Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

MIB3

Minggu lepas memang sangat hectic.
Buat kerja tapi tak pergi kelas.
Boleh pula macam tu.
Cuti awal sebelum cuti sebenar.
Naik cuti ni mampus nak menghantar kerja berjela2.
Lepas saja hari Khamis, heaven.
Tengok wayang cerita MIB3.
Lepas tu pergi Uptown Shah Alam.
Then balik, tidur bangun pukul 1.
Pukul 4 keluar lagi pergi Jusco Bukit Tinggi.
Karaoke 5,6 lagu then bershopping di Cotton On.
Memang sessi menghabiskan duitlah gamaknya.
Apa boleh buat, pesanan ayahanda untuk enjoy minggu ni lupakan kerja tidak disia2kan.
Isnin ambik kau. Haha.

Bye.

Wednesday, December 28, 2011

Wayang.

Kadang-kadang lelaki memang suka romantik senyap-senyap.
Macam bf aku ni.
Selama ni kami agak kekurangan duit so jarang dapat dating.
Baru-baru ni dia tiba-tiba ajak tengok wayang.
Aku tanya dia, " Eh banyak ke duit nak tengok-tengok wayang ni?"
" Ala adalah, orang nak belanja. Sugar mummy i."
" Eleh ye la tu".
So, aku pun bersiap lah.
Setiap 5minit tanya aku, nak pergi ke tak nak.
Sengaja ja nak buat aku cepat-cepat siap.
Then, sampai sana kiranya kami berdua ja tengok.
Dia saja lah nak romantik-romantik, konon tak nak bagitau nak ajak dating.
Ada duit sikit lah tu. Haha.
Mula-mula nak tengok cerita Ombak Rindu, tapi midnight je yang ada.
So, tengok apa yang ada yang habis awal.
Yang best masa itu Songlap lah.
Lepas tengok tu, ajak makan McD pula, sebab sebelum ni ada cakap nak makan tapi masa tu masa yang tak sesuai.
Kadang-kadang ayang ni romantiklah.
Love you~

Bye.

Sunday, July 3, 2011

; Sekali Lagi

Semalam ( 2 July ) tengok cerita ni. Owh, sebab pelakon dia Lisa Surihani, ada Sam Saheizy dengan Mia Sarah. Ini cerita cinta sedih. Lelaki itu, Arman (Sam) ada penyakit optistik (betul ke eja cengini?) macam barah otaklah bila dikeluarkan dia macam tak ingat langsung apa2 terus jadi macam budak2 balik. Lisa ( Shila ) seorang ibu tunggal, dia ada anak nama Ami ( Mia ). Kalau nak tau cerita lanjut, tengok lah sendiri. Ngee~
Tapi memang bestlah tak rugi tengok. Aku syorkan ni. Hehe. Okay antara wayang yang aku berjaya tengok tahun ini ;

- Sekali Lagi ( July )
- Green Lantern ( Jun )
- Nur Kasih The Movie ( Jun )
- Fast 5 ( May )
- Big Momma ( April )
- Faster ( January )
- Gulliver ( January)

Itu saja yang aku ingat.

Bye.

Sunday, June 19, 2011

Ahad.

Okayy kenapa aku guna nama2 hari sebagai tajuk post aku? Haha. ;P Sebabnya sejak aku mula mengenali erti bekerja aku sudah mula menghargai hari2 yang dilalui. Ceewah! Sebenarnya gue malas donk mau bekerja. Esok Isnin gue harus membanting tulang empat kerat. Duhh!

Lupakan hal2 yang berkaitan kerja. Kalau kita bincangkan panjang lebar pun tak guna. Hakikat harus ditempuhi.Okayy hari ini aku menonton wayang, wah skemanya, haha, okayy serius, aku menonton cerita baru ditayangkan 16 June iaitu 3hari lepas, GREEN LANTERN.

Ulasan untuk cerita ini sangat best okayy. Aku memang sangat mencintai cerita2 science fiction seperti itu. Ceritanya bermula apabila di antara banyak2 planet diluar bima sakti, ada planet yang mempunyai penghuni yang mempunyai kuasa. Tiba2 ada raksasa bahaya yang dikurung terlepas. Dia akan mengambil segala isi dalaman (roh) orang yang takut. Jadi orang itupun terus mati. Penjaga yang menjaga makhluk itu berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan nazak dan terkandas di bumi. Dia melepaskan Green Lantern yang disimpan di dalam cincinya untuk mencari pahlawan baru. Orang yang dipilih akan menyelamatkan planet mereka dari musnah.

Heronya adalah yang hero definitely maybe tu, tak ingat nama dia. Sangat tough okayy. Heroinnya Lively Black. Tak meminati beliau sangat. Tak rugilah tengok, bagi peminat2 cerita Tron cerita ni ala2 cerita tu. Aku memang meminati cerita watak2 superhero macam tu.

Okayy, kenal dengan benda alah ni?
Kecillah pulak gambar dia. Domo-kun kan? Kenapa orang suka dia. Sekarang ni dekat mana2 pergi mesti ada dia. Haha. Aku biasa2 je pun.

Hurm aku sangat memerlukan duit sekarang ni. Honestly, sudah berbulan2 aku tidak ke bank untuk mencucuk duit. Ini kerana aku yakin seyakin-yakinya duit di bank aku itu memang tidak banyak. Haha. Tapi nafsu bershopping aku memang susah untuk dikawal. Ia hanya berjaya dibendung apabila aku kehabisan sumber kewangan. Selagi ada setiap inchi akan dihabiskan. Lebih2 lagi sekarang tengah sale. Tadi aku pergi Suria Sabah macam2 ada, COTTON ON tengah buat sale! Dress2 dia sangat cantik dan berbaloi untuk dibeli. MNG pun sale! Argghh! Kenapalah kenafsuan aku diuji sewaktu aku ketiadaan wang??

Bye.

Thursday, December 23, 2010

tron legacy

aku tak pasti dari mana pengaruhnya tapi aku cukup suka tengok cerita2 sains fiksyen.
buat aku berfikir, kagum dan rasa teruja. ala2 macam budak2 dapat permainan baru lah kan??
gila gempak nak buat costume dan set filem 2.
mesti orang yang buat tu jenis yang berfikir ke depan dan berkerja keras.
aku memang salutelah.

macam cerita ni, dia tentang seorang budak dan ayahnya. ayahnya pembuat game terkenal. ada arcade ada syarikat.
1 hari bersama2 kawan dia ayah dia dapat selesaikan satu penyelesaian sains dan jumpa satu keajaiban.
ayah dia bagitau anak dia and nak bawa anak dia tengok nanti.
tiba2 ayah dia hilang tanpa berita. ghaib macam tu jela.
anak dia pun sedih lah sangat2 ayah dia dah janji nak balik and bawa dia pergi arcade dan tunjukkan dia sesuatu.
sampailah 20 tahun kemudian. masih tak tau ayah dia kat mana.anak dia ni waris syarikat encom. pemegang syer terbanyak lah.
tapi dia tak nak jaga syarikat tu, dia bagi kat kawan baik ayah dia handle.
satu hari dia dapat message dari ayah dia suh dia pergi ke arcade. bayangkan ayah dia dah 20tahun hilang tiba2 kelui dia nak jumpa.
dia tak percayalah kan. tapi dia pergi juga sebab kawan ayah dia paksa siap bagi kunci.

tu jelah yang aku boleh cerita yang selebihnya tengok lah sendiri k? haha. cerita ni berkaitan dengan grid and logarithma. tapi tak mention sangat pun.
tapi serius visual dengan 3d dia gempak. disney i lap u la.

Bye.

Wednesday, December 22, 2010

harry potter

you had nothing to afraid if you had nothing to hide.

i'm so addicted to you harry potter, i mean the whole story.
so so so in love with the movie.
owh i wish it's real.
i can't wait to see HP7.
i've promise to myself that no matter what i must watch HP7 in the movie theater.

Bye.

Wednesday, November 3, 2010

wayang ohh wayang.

weekend ni saja dua kali aku tengok wayang.
lepas gian orang cakap.
hahaha. mula2 tengok mid night tak silap aku tajuk dia LIFE AS WE KNOW IT.
best juga la cerita tu.
then esoknya tengok wayang lagi.
sebab tak tau nak buat apa.
kali ni cerita Melayu, CUTI2 CINTA.
kelakar lah. boleh tahan la.
lepas ni nak tengok cerita apa pula ye??
haha
kena tunggu habis final la kot.
aku rancang nak buat part time job.
aku nak shopping kt times square lagi.
wah!
kalau boleh ak nak pergi sana sebelum konvo ni.
wait for me..

Bye.

Sunday, June 20, 2010

menyengalkan~~~

hari ini aku telah pergi menonoton wayang TOY STORY 3 di panggung Mega Long. berbaloi lah juga sebab cerita dia lucu dan best. aku rasa antara semua cerita toy story ini yang the best. walaupun terpaksa tunggu 2 jam sebab tidak mahu beli tiket yang 11.30pg. panggung dia tersorok dan jauh.

lepas dah habis tengok terus balik rumah. petang tu jalan lagi ke centre point. jalan2 masuk satu kedai yang ala2 parkson tapi nama dia ngiukee superstore. aku tengok lah baju dekat area rev sport. aku tidak pegang pun baju dia tapi beg aku terlanggar hanger baju salah satu baju yang ada. tidak lah jatuh. tapi ada seorang promoter ni dalam jarak 50 meter dari aku dengan sepantas kilat pergi ke arah baju tu dan betul2 dengan muka kekwat. adik aku caca, tunjuk lah baju lain bahagian yang sama tapi di hadapan. dia cakap cantik baju ni. aku pun yang tiba2 terasa promoter tu agak over dalam menjaga baju dia terus cakap kat adik aku dengan nada2 kekwat juga lah, "hey, tak payah lah kau pegang baju2 di sini, nanti orang dia cepat2 kemas." sekuat yang boleh. aku rasa promoter tu dengar kot. padan muka kau!

aku pun terus blah dari situ. dijadikan cerita aku terpaling balik tempat kejadian. hati aku masih panas lagi ni. aku terpandang lagi promoter tu. dia jeling aku dengan kelajuan 29km per saat, 180 degree. rupanya dia pandang aku dari tadi, aku pun dengan muka kekwat dan cekak pinggang pusing 270 degree berpaling dari dia. hey, hello aku buat salah kah? tidak betulkah apa yang aku cakap tu? cuba bayangkan kalau kita tengok baju dia belum pegang lagi dia sudah betul2 kedudukan baju dia apa maksudnya. maksudnya dia tak mahu kita beli sebab dia sayang hanger dia terpindah 0.001cm dr kedudukan asal. kalau kita tak tengok dulu macammana lah mahu beli? damn! awak tu cuma promoter memang lah tugas awak jaga baju bukan jaga baju dari dibeli pelanggan.

p/s : jaga laki di rumah lagi bagus kalau takut sangat orang kebas. persoalannya, ada kah laki kau? opsss!

Bye.

Saturday, June 12, 2010

di sebalik lagenda budak setan|

hari tu aku tengok wayang dengan adik aku perempuan yang kecil. memang hazab. awal2 masa nak beli tiket da macam2 masalah timbul. mula2 aku pergilah kaunter tanya tiket. aku tengok poster da ada. maklum lah hari pertama wayang itu di tayangkan. so aku tanya lah tiket untuk hari ini yang terdekat. akak jaga kaunter dengan ala2 kekwat cakap tiket belum buka kena tunggu dalam sekejap lagi baru buka. so fine lah. tunggu la kejap. pas tu another 15minutes aku pun pergilah kaunter tanya lagi. dia cakap tadi dah buka tapi ada problem lagi so kena tunggu lagi. aku da mula nak naik angin. nasib je aku memang nak tengok cita tu kalau tak tak hingin mek nak tengok akak ala2 kekwat tu banyak kali.
so nak jadikan cerita aku pun da fed up dengan akak tu aku pergi kaunter yang lain kat bawah. akhirnya aku dapat beli tiket tapi lambat, lagi sejam setengah. so kamipun makan lah kejap kat mc d. lepas habis makan, jalan2 kat sekitar situ buang2 masa nak tunggu wayang mula. pas tu pergilah beli pop corn segala. nasib dapat masuk panggung awal.
yang menyakitkan hati, orang2 yang duduk kat belakang seat aku. punyalah kampungan. sebab apa? sebab ok da lah aku tengok cerita tu jauh dari expectation. yelah jalan cerita cepat sangat. pelik! baru jumpa sekali dah boleh bercinta macam da kenal setahun. pas tu part kawen pun cepat sangat. fine lah. nasib lagu best. orang belakang ni pula macam mau kena maki je gayanya. boleh tak time kau nak feel2 cerita yang tak berapa nak best tu nak sedapkan hati tak nak rugi duit dorang boleh jadi tukang cerita dan tukang sampuk setiap dialog pelakon tu. kalau cakap di antara mereka yang ber6 je boleh dengar lantak kau lah. ni satu panggung dengar. pula tu siap tendang2 kerusi aku pula tu. tak ke biadap tu??
antara dialog yang diolah oleh mereka:
- part yang kasyah nak lamar ayu, "wah, ni la kan yang macam dalam video clip tu. wah. ceyh! ceyh!
bengap ( aku nak feel pun tak sampai ).
- asal ada part romantic, "wah cair aku. eh! eh! eh!
- yang part kasyah kena ubat belum lagi kena tangan kat kat luka tu dorang da, " adoiyyyy!!!!!!
- part yang ayu marah lepas kena pukul boleh gelak kuat2.

tak ke rasa macam nak bagi penyepak?? akupun bayar tiket sengal. aku tak perlukan suara latar yang sumbang. kalau ko nak kecoh macam bapak kau yang punya panggung tu kau sewa ja satu panggung. aku faham lah kau tu ponteng sekolah (sebab pakai baju sekolah di waktu cuti sekolah jam 10 pagi) mungkin ni kali ke2 ko tengok wayang tapi tak payah lah tunjuk sangat ke'bego'an kau tu.

aku nak pinjam ayat cikgu aku... " manusia ni ada dua jenis, satu yang beradab lagi satu yang biadap. kau rasa kau tergolong dalam golongan yang mana?" sendiri mau ingat ah.



Bye.