Showing posts with label Beauty Reviews. Show all posts
Showing posts with label Beauty Reviews. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Review : SebaMed

Product Description :

Sebamed Feminine Intimate Wash Ph 3.8 is the perfect cleaning agent to support the acid mantle against pathogenic micro-organisms. It is 100% free of soap and the low 3.8 pH value supports the ecological balance of normal micro-flora for genital protection. Sebamed Feminine Intimate Wash provides you with all the necessary ingredients for a fresh and clean wash whilst leaving you with a beautiful scent.

Aku guna product ni sejak aku disahkan mengandung. Masa mula-mula mengandung aku asyik nak ke tandas dan rasa senak kat bawah perut. Lepas tu asyik rasa sakit bila nak kencing. Ingatkan kena jangkitan kuman ke apa kan.

So aku pun buat check-up then doktor bagi ni even kencing tak kotor pun. Tapi bila dah pakai memang berkesan dah tak ada rasa sakit bila nak kencing tu. Sebenarnya sakit tu proses awal sebab bayi baru terbentuk dan agak menekan dekat pundi kencing tu.

Lepas dah habis aku pun try balik pencuci yang berasaskan sirih tu tapi tak berkesan infact makin gatal pulak kat bahagian tu. So cari lah balik product ni. Dekat watson macam tak jumpa ni pun jumpa dekat Guardian tapi set besar gedabak.

Harga pasaran RM 27.90 aku dapat masa sale RM 23.90. Okaylah kan dapat free gift sebotol untuk travel.

Aku recommended product ni untuk sensitive skin masa mengandung. Seriously berkesan. Hee.

Bye.

Thursday, December 4, 2014

Review - Wet & Wild MegaLast Lip Color

Kali ni aku nak review untuk product make up yang ni pulak. Even aku baru beli dua colors tapi itu tidak menghalang aku untuk membuat review. Ceh. Apakah itu? Wet & Wild MegaLast Lip Color.


About:

This 4-hour, long wearing lip color leaves a semi-matte, crème finish in one stroke. Glides on easily with rich, velvety color that doesn't cake, feather, or bleed. Made with hydrating skin-care ingredients: Hyaluronic Microspheres provide extraordinary adhesion to lips, an exclusive polymer complex offers cushion-like feel and texture

Benefits

  • Natural marine plant extracts Coenzyme Q10 and Vitamins A & E help smooth lips.
  • Made with hydrating skincare ingredients
  • An exclusive polymer complex offers cushion like feel and texture
  • Glides on easily with rich velvety color
  • Made with hydrating skincare ingredients
  • Offers cushion like feel and texture

Ini review product ni. Tapi bagi pengguna macam aku, yang aku setuju adalah long lasting dan semi-matte atau velvet finish tu. Aku ni penggemar mate lipstick jadi ni tak menjadi kegemaran nombor 1.

Yang kedua bagi aku lip color ni mengeringkan bibir. Tak tahu lah faktor mengandung atau persekitaran memainkan peranan dalam pengeringan bibir aku, tapi serious even aku pakai lip balm sebelum pakai ni pun bibir tetap kering.

Ketiga, if kita pakai dalam keadaan bibir yang kering or mengelupas warna dia akan menjadi tak cantik sebab dia akan ikut membentuk bentuk-bentuk merekah itu. Faham? Aku pun tak berapa faham tapi yang penting tak cantik.

Keempat dari segi packaging even penutup dia membolehkan kita nampak warna lipstick dekat dalam tapi kena berhati-hati time buka. Sebab penutup dia boleh terkena dekat lipstick yang mengakibatkan kerosakan dekat lipstick tu. Nak tutup pun kena hati-hati.

Aku beli dua warna, 24 Carrot Gold dan Stoplight Red.


Bukan bibir aku. Ni Stoplight Red.


Ni warna untuk 24 Carat Gold. Harga yang aku beli dari Lazada RM 16.00 sebatang.

Boleh tengok dekat sini : Color Cosmetic

Harga murah, servis pun okay, siap bagi freebie lagi.

Bye.

Friday, November 21, 2014

Review - Pearl Aura Brightening Essence Etude House.

Semalam masa nak balik kawan ofis aku tegur yang aku putih sebenarnya. Siap buat perbandingan kulit. Dia memang putih aku ni bak kata abang dekat ofis kejap nampak cerah kejap nampak gelap.

Aku pun terfikir product apa yang aku pakai nampak putih. Kalau lotion badan tu aku tak ada pakai lotion yang pemutih tu sebab nak habiskan lotion Body Shop hadiah kawen. Setahu aku lotion tu just moisturize kulit.

Maybe ada pakai scrub Sumber Ayu itu pun kalau aku rajin dan ingat. Sebulan 2 kali je kot aku pakai. Tu pun tak bersungguh pakai. Aku syak maybe sebab kerja dalam aircond lepas tu pakai long sleeves kan. Mungkin.

Muka pulak masa keluar dengan Nisa dua bulan lepas dia ada bagi set trial dari Etude House. Boleh pakai berbulan-bulan walaupun trial. Nama dia Pearl Aura Brightening Essences. Ada dua set 1 cream 1 lagi lotion muka.

Gambar ehsan google.

Ada separuh lagi tahu. Walaupun dia state situ untuk kegunaan seminggu. 

Pearl Aura Brightening has the main ingredient from ‘Black Pearl Particles’ which came from Tahiti area, that is called as gift of god. Also self laminating bio plant ‘Aura Particle’ and deep clean ocean water’s Mineral Particle’ is included for instant brightened and clear skin. 
The ‘ ‘Black Pearl Particle’ has abundant of mineral and organic ingredient great for antioxidant and whitening and the ‘Aura Particle’ that is produced while fermentation reflects the light for brightened skin.
The deep clean ocean water’s ‘Mineral Particle’ fills in the uneven skin texture with moisture and strengthens the light penetration for even and bright skin tone
The ‘Pearl Aura Brighten Essence’ is used right after cleansing for long lasting transparent skin.
The ‘Aura Particle’ inside the clear essence shines and dissolves into the skin is a natural plant luminescent extract that adds light to your skin by reflecting them by temperature and arrangement.

Kalau dah habis mampu ke aku nak beli, harga dia RM 109.00 untuk 100ml. Pengsan. 10ml aku pakai 2 bulan kalau 100ml mungkin mahu 18 bulan. Hahaha. Kalau tak tumpah lah.

Bye.

Monday, November 3, 2014

November Haul - Body Shop

Memandangkan aku nak pertahankan member Body Shop aku untuk tahun depan aku pun kena lah beli something kat Body Shop. Tapi bukan sebab itu saja, aku pun suka product dia yang less chemical. Anyway, aku sedih sebab harga barang kat Body Shop dah mencanak naik. Baru last month tengok harga hujung bulan dah tukar. Hurm.

So bulan ni aku beli Body Cleanser, sebab aku punya yang Honeymania dah habis. Nasiblah kau habis hujung bulan.

Bau dia sangat-sangat best, dan ini best seller tau. Vineyard Peach Shower Gel. Harga RM29.90.

Second item yang aku beli ialah BB Cream.

Tea Tree Flawless BB Cream. Aku amik nombor 02, tak kan nak fefeling putih kan? Lagipun tu je warna yang ada aku rasa untuk Asia dia jual color tu je kot. Ni harga dia RM 55. Dari segi tekstur okay sebab dia tak melekit even tak pakai bedak after apply. Cuma dia ada bau-bau ubat sikit.

Untuk dua item ni aku habis :

Body Cleanser - RM 29.90
Paper Bag - RM 0.50
BB Cream - RM 55 tolak aku punya rebate RM15 = RM 40

Total - RM 70.40

Aku beli dekat Body Shop Branch Times Square. Aku ingat tak de branch dia kat situ.

Okaylah aku tak de mood nak cakap banyak-banyak.

Bye. 

Tuesday, October 21, 2014

Review : The Face Shop Eyebrow Pencil


Aku sebenarnya kehabisan eyebrow definer yang aku beli di Daiso. Mula-mula cadang nak beli jenama Tony Moly yang ada branch kat ofis aku. Tapi bila aku pergi dia dah tutup forever pulak. So sedih. Memandangkan aku nak ke Mid Valley sebab ada baby expo so aku cadang nak beli sana je sebab aku tengok branch dia ada dalam AEON. Tapi pusing-pusing tak jumpa jugak. Tak ada jodoh.

Last-last keluar dari AEON aku ternampak kedai ni kat level atas. Memandangkan ni pun product Korea why not cuba kan. Masuk-masuk promoter tu dah bersedia aku pun cakap lah nak cari eyebrow definer yang jenis pencil tapi bukan yang kena sharpen tu. So memang ada ini je pun. Aku pun cuba warna yang sesuai, tapi tak nak black. So dia cadangkan dark brown number 4.

Lepas dah berkenan kenalah tanya harga. Aku tak ada member so cuma dapat discount 20%. Aku dah conggak harga Tony Moly RM 19.90, harga ni RM22.90 lepas discount jadilah RM18.30. Aku masih untung di situ. Kan? Hehe. Overall, aku recommended benda alah ni untuk mereka yang jenis kening nipis macam aku. Warna sesuai tak nampak garang natural je, didatangkan dengan berus. Design dia bentuk 3 segi macam selalu yang mahal jual kat Watson tu. 

Untuk maklumat lanjut boleh buka sini, made in Korea tu yang penting.

thefaceshop.net.my/

Bye.

Wednesday, October 15, 2014

Review : Cetaphil

Cetaphil

Cetaphil is a therapeutic skin care line recommended by dermatologists for dry, sensitive or disease compromised skin. Fragrance free, non-comedogenic and hypoallergenic, the product range includes specific cleansers moisturizers and UV protectants for both face and body.

Cetaphil cleansers provide clinically proven effective non-irritating, non drying skin cleansing.

INDICATION
  • Gentle yet effective skin cleansing even for baby’s skin.
  • Recommended for gentle daily cleansing of damaged skin associated with common skin conditions and following dermatological treatments

PROPERTIES

  • Gentle, non-irritating daily cleanser for sensitive and dry skin.
  • Soap free formula removing dirt, make-up and other impurities without drying the skin.
  • Helps skin retain needed moisture.
  • Leaves skin feeling soft, smooth and healthy.
  • pH balanced.
  • Fragrance-free.
  • Non-comedogenic.
  • High tolerance.

DIRECTION FOR USE

  • Apply Cetaphil to the skin and massage gently.
  • Without water: wipe off excess with soft tissue or cotton wool.
  • With water: rinse and pat dry with a soft towel.

Sekarang kena cuba cleanser yang mild macam ni sebab muka dah ditumbuhi ruam dan jerawat dengan pesat. Aku beli dekat Watson baru-baru ni, mula-mula nak beli yang khas untuk jerawat tapi takut chemical kuat sangat. Cousin aku cakap dia guna yang ni so kita trylah cleanser pun dah habis kan.

Harga pasaran RM 19.80 tapi aku dapat RM 13.80 sebab masa tu Watson ada buat tawaran purchase of purchase atas RM 20 dan termasuk barang ni. So jimat sangat.

Bye.

Sunday, October 12, 2014

Review : NYX Products

Sejak dah masuk 4 bulan ni keinginan untuk membeli belah semakin tinggi. Aku setiap hari duk usya website pasal make up, beg, apa-apa yang mengenai kecantikan dan perempuan. Kalau aku jalan-jalan pun mesti nak singgah Sephora lah, Tonymoly, Body Shop. Tapi aku berminat yang jenama je. Demand kan? Haha.

So baru-baru ni aku pergi Sephora lagi untuk beli lipstick yang menjadi kegilaan ramai, which is NYX matte lipstick.


Aku beli MLS02 which is Shocking Pink. Aku tak tahu kenapa suka sangat dengan colour tu. Hehe. Tapi aku ada cuba MLS05 Indie Flick macam sesuai dengan warna kulit aku. Mungkin nak beli warna tu pulak lepas ni. Haha. Bagi aku okay lah dapat bertahan selama 4jam if tak makan or minum sebab texture dia matte. Tapi dia bukan matte yang kering macam Stila dia matte yang greasy sikit.

Tapi disebabkan warna dia agak terang aku tak pakai pergi kerja dikhuatiri sangat menonjol. Selain itu aku ada beli NYX xtreme lip cream, warna Strawberry Jam.



Sebenarnya warna dia lebih kurang je cuma ini sangat glossy dan terang dah namanya pun extreme lip cream ye dak. Yang orang selalu beli tu matte lip cream tapi tu selalu habis stock. Harga untuk dua jenis lipstick ni RM 26. Orang cakap beli online murah tapi entahlah aku tengok sama je harganya RM26-27 jugak seketul. Tak termasuk postage pulak tu. Ada yang murah, murah sangat ragu-ragu pulak dengan keoriginalannya.

Sebelum ni aku pakai mascara dia, nak kata terbaik tidaklah tapi okaylah nampak lah bulu mata aku yang suam-suam kuku ni lebih panjang dan melentik. Sebab ada orang tegur. Hehe. Ni harga dia tak silap RM 26. Aku pakai yang La Amoureux.

Aku recommend sesiapa nak berjinak-jinak dengan makeup boleh start dengan ini, sebabkan harganya yang agak murah dan kualiti yang bagus.

p/s : Nak try beli Blusher Cream dia pulak. Hehe.

Bye.

Saturday, October 11, 2014

Review : Stila Art Signature Set


Masa beli barang hantaran nikah untuk pihak aku, suami aku yang beli sendiri. Sebabnya masa tu aku dah kat Sabah urus persiapan majlis kat sini. Aku ada berkenan dengan satu set BareMineral ni kira lengkap lah semua ada untuk trial kit tapi sebab masa tu Sephora buat sale time Christmas suami aku beli dah nak dekat CNY so dah habis lah set tu.

Aku pun dah nada-nada kecewa. Yela tak ada kat sana so tak dapat nak usya mana yang aku nak, suami aku mana reti. So dia pun tangkap gambar sambil tanya pekerja Sephora tu mana produk yang okay. Last-last masa tu cuma ada set Stila ni yang tengah promotion dan berbaloi.

Dia ada 4 palettes of eye shadow, one lip gloss/cream blusher, one brush eye shadow applicator, one black pencil twist eyeliner dan one lip stick matte. Dia ada bagi 1 manual untuk pengunaan eye shadow. Dan kotak kayu yang ada lock tu untuk simpan semuanya.

Yang sedihnya lipgloss/cream blusher tu hilang. Aku tak tahu ia dicuri ke atau aku hilangkan. Tapi memang aku simpan dalam beg je, aku tak tahu siapa amik dahlah baru guna 2,3 kali banyak lagi. :( Yang paling aku suka eyeliner dia sebab pekat dan tak mudah hilang sampailah kita hilangkan guna make up remover. And the lip stick matte tu sangat best kalau pakai tahan lama dan tak terlekat dekat gelas or straw kalau minum. Yang penting kena tunggu dia kering which is tak sampai dua minit.

Cuma eye shadow and the brush macam tak berapa berkenan dihati. Sebabnya bila guna berus tu eye shadow tak lekat dekat berus dan tak adalah dekat mata melainkan guna jari. Tapi sebab dia jenis yang serbuk so bersepah sikit lah. Tak berapa suka.




Stila Cosmetics is an American cosmetics company founded in 1994 by makeup artist Jeanine Lobell. The name Stila (pronounced STEE-la) was derived from the Italian word "stilare," which can mean "to pen". Stila's official website is quoted as saying that they chose that name because they believe "every woman’s makeup should be as individual as her own signature". Jeanine Lobell writes on her blog that, "We kind of just made up the name, ‘Stila.’ It sounds sort of like stil in Swedish, which means style." Lobell grew up in Sweden.
Estée Lauder Companies bought Stila in 1999 and sold it to Sun Capital Partners, Inc in the spring of 2006. In 2009, Stila became a Lynn Tilton company when it was sold to the private equity fund Patriarch Partners, LLC.

And the price is RM 120 for the set.

Bye.

Friday, June 27, 2014

Penjagaan diri - Body Shop

Aku dah nak masuk 3 tahun consume Body Shop punya range of products. Mula-mula jadi member pun sebab belikan hantaran untuk husband aku. So lepas tu dah ada member aku belilah untuk aku pulak. Sebabnya kalau pembelian RM 150 ke atas boleh dapat voucher pembelian RM15, dia akan redeem mata pembelian kita. Caranya dia tolak lah 150 mata. Tapi mata terkumpul dia akan rekod dan kalau mata tu melebihi 300 points kita akan automatically jadi ahli dia lagi. Tak perlu register dan cukupkan beli barang untuk jadi ahli. Senangkan?



Ini aku beli untuk hantaran tunang.




Yang aku pakai sekarang adalah Vitamin C Cleansing Face Polish, Vitamin C Energizing Facial Spritz dan Vitamin C Micro Refiner. Dulu aku pakai serum Nutriganics Drops of Youth tapi dah habis dengan jayanya. Aku suka sebab dia memang berkesan, bukanlah muka nampak muda lepas pakai, tapi texture kulit jadi lebih lembut dan tak kering dah lebih-lebih lagi kat tepi hidung.


Harga dia RM 129. Tapi sebab aku ada voucher RM 15 jadilah RM 114.

Lotion pun aku suka sebab dia bau macam boleh dimakan. Kalau aku pakai je mesti laki aku tegur bau apa yang macam manis-manis ni, wangi. So sekarang aku pakai lotion strawberry sekali dengan body wash dan body butter. Tapi body wash dah habis aku tukar beli yang Honeymania. Harga body wash strawberry dan honeymania adalah RM26.90 sebotol. Bolehlah pakai 3 bulan. Wangi okay Honeymania, aku jatuh cinta.


Harga body butter RM 25.00 masa aku beli tu. Beli yang mini tak habis lagi.




Ini aku beli untuk hantaran nikah suami aku tapi aku tambah perfume.


Baru-baru ni kan ada sale meletup mak hayam tapi aku tak dapat nak beli apa-apa sebabnya aku belum bergaji. Dapat tengok email sajalah. Hopefully tahun ni aku dapat mengekalkan member untuk tahun depan.

Bye.

Wednesday, May 18, 2011

price tag

aku sebenarnya sudah lama mau beli benda ni tapi tak cukup duit.. wuwuwu. sedih ni.
tapi ada duit sikit ni terus beli.
beli dua2 terus. puas hati memandangkan guardian buat sale.

bb cream from maybeline and magic bb foundation from silky girl, both *new.
lepas ni tinggal nak beli mascara dengan eye liner pulak. rasa2 apa yang best, murah dan berbaloi?

Bye.

Tuesday, March 29, 2011

love that red.

okayy. seriously warna gincu ni memang merah menyala.
hot item for this summer style design.
must have in your collection.
kalau nak lawa, pakai lip balm dulu baru letak gincu ni. then kepit tisu kat bibir bagi kesan smear.
mata xpayah pakai eyeshadow.
kalau nak pakai juga warna kuning or gold.
sebab merah ni nak emphasis bibir.
so kalau mata pun emphasis nanti macam badut pula.

Bye.

Sunday, March 20, 2011

tips 1

nak tau tak tips macam mana nak kekalkan make up seharian.
tak payah nak touchup2 bagai banyak kali.
ni mungkin ada kat majalah tapi aku pun ada cara sendiri.
caranya sebelum make up cuci dulu muka pakai air biasa je.
jangan bagi minyak2 tau.
then pakai toner dulu.
lepas da pakai toner baru pakai cream muka@moisteriser.
then pakai la crim yang ada spf.
nanti tak hitam.
baru pakai foundation.
tapi aku suka pakai bb cream.
ada orang kalau da pakai bb cream xpayah da pakai yang lain.
tapi aku suka pakai lagi.
ikutlah cara masing2.
then barulah pakai bedak compact or cream ke apa2 lah.
pas tu baru pakai blusher, eyeliner, maskara dan eye shadow.
lepas ni tak payah touch up blusher ng eyeshadow lagi.
da siap.

Bye.

Thursday, March 17, 2011

penjagaan muka lagi

oil control by follow me
okay sekarang aku memang berminat dengan penjagaan muka.
aku pun da boleh make up dengan cepat and cara make up yang sesuai.
kira memang berhasil la penat lelah aku selama ini menjaga muka.
haha. sekarang da boleh nampak sikit perbezaan tau.
sebab da tak kering or tak ada bintik2 da.
warna kulit pun da berkurang sikit.
tapi blackhead tak dapat dibantu.
sentiasa ada. menci.
kalau make up tu okay la tapi yang simple2 je la macam socket eye dengan smokey.
ni antara set yang aku pakai dulu.
sekarang pakai lain da.
muka aku bukan jenis yang berminyak tapi saja gatal nak try sebab ni murah okay.
then memang okay la.
sampai habis aku guna tau. hehe.
ni sekadar share kepada anda kalau sedang mencari2 produk yang sesuai.
apa kata cari yang bagi satu set lengkap tapi murah.
siapa tau berhasil anda juga yang untung kan. hehe.
cheer. :)

Bye.

Thursday, February 10, 2011

penjagaan diri

kalau ikutkan cara aku sama je macam orang lain.
tak banyak beza pun.
basuh muka sehari sekali.
guna tuala muka.
seminggu sekali pakai scrub.
pas tu pakai mask.
kalau nak pakai make up je pakai pencuci muka.
pakai pencuci muka selalu nanti kulit kering.
then pakai toner.
moisterizer diikuti dengan krim mata.
kadang2 pakai krim yang ada spf.
ni yang terbaru aku pakai, baru nak mencuba. hehe. dari kiri : dewy cream, energy water dan cleansing.
selain dari tu, aku selalu juga guna losyen.
kulit aku kan cepat kering.
sebenarnya dulu aku tak peduli sangat pun semua ni.
tapi lepas aku masuk diploma aku dah mula care.
aku salahkan semuanya sebab hormon. haha.
ni antara produk2 lain aku guna.
kalau rambut pula, aku just guna syampu and perapi pas tu pakai serum.
cuci rambut 2hari sekali.
kalau dah berminyak sangat tu letak bedak tak pun pakai cekak. hehe
klu mask aku pakai ini.
make up pun dari dulu sampai sekarang aku pakai lite2 je.
kalau heavy pun pakai eye shadow tak pun pakai eyelashes.
buat masa ni aku nak tnjuk ini je tau.
maklumlah internet tak ada. hehe
ni je yang aku ada.
Bye.