Sunday, October 12, 2014

Review : NYX Products

Sejak dah masuk 4 bulan ni keinginan untuk membeli belah semakin tinggi. Aku setiap hari duk usya website pasal make up, beg, apa-apa yang mengenai kecantikan dan perempuan. Kalau aku jalan-jalan pun mesti nak singgah Sephora lah, Tonymoly, Body Shop. Tapi aku berminat yang jenama je. Demand kan? Haha.

So baru-baru ni aku pergi Sephora lagi untuk beli lipstick yang menjadi kegilaan ramai, which is NYX matte lipstick.


Aku beli MLS02 which is Shocking Pink. Aku tak tahu kenapa suka sangat dengan colour tu. Hehe. Tapi aku ada cuba MLS05 Indie Flick macam sesuai dengan warna kulit aku. Mungkin nak beli warna tu pulak lepas ni. Haha. Bagi aku okay lah dapat bertahan selama 4jam if tak makan or minum sebab texture dia matte. Tapi dia bukan matte yang kering macam Stila dia matte yang greasy sikit.

Tapi disebabkan warna dia agak terang aku tak pakai pergi kerja dikhuatiri sangat menonjol. Selain itu aku ada beli NYX xtreme lip cream, warna Strawberry Jam.



Sebenarnya warna dia lebih kurang je cuma ini sangat glossy dan terang dah namanya pun extreme lip cream ye dak. Yang orang selalu beli tu matte lip cream tapi tu selalu habis stock. Harga untuk dua jenis lipstick ni RM 26. Orang cakap beli online murah tapi entahlah aku tengok sama je harganya RM26-27 jugak seketul. Tak termasuk postage pulak tu. Ada yang murah, murah sangat ragu-ragu pulak dengan keoriginalannya.

Sebelum ni aku pakai mascara dia, nak kata terbaik tidaklah tapi okaylah nampak lah bulu mata aku yang suam-suam kuku ni lebih panjang dan melentik. Sebab ada orang tegur. Hehe. Ni harga dia tak silap RM 26. Aku pakai yang La Amoureux.

Aku recommend sesiapa nak berjinak-jinak dengan makeup boleh start dengan ini, sebabkan harganya yang agak murah dan kualiti yang bagus.

p/s : Nak try beli Blusher Cream dia pulak. Hehe.

Bye.

No comments:

Post a Comment