Tuesday, October 28, 2014

MGTT Test

Semalam (27hb October) aku terpaksa menjalani MGTT test untuk wanita yang mengandung. Sepatutnya aku amik bulan lepas tapi aku terskip bulan ni sebab datang lambat. Ikut prosedur kena puasa malam sebelum ujian, then pergi klinik seawal 8 pagi, buat test dan tunggu sehingga 2jam.

Ujian air gula atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) dilakukan kepada ibu-ibu hamil ketika usia kandungan pada 20 minggu & 28 minggu  Ibu hamil yang mengalami keadaan seperti berikut adalah diwajibkan ujian ini, iaitu :-
1 – Berat badan naik berlebihan
2 – Sejarah ahli keluarga yang mengalami kencing manis
3 – Sejarah keguguran
Tapi dengar sekarang dah wajib untuk check up dekat klinik kerajaan.
Tujuan MGTT ini adalah untuk mengenalpasti kadar gula / glukosa dalam badan sama ada kurang / lebih yang mungkin mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Ia mungkin menyukarkan proses melahirkan dan mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut. Elok-elok boleh bersalin secara normal, sudahnya kena ceaserian pula.
Aku ni mempunyai sejarah mak dan nenek aku ada kencing manis. Tapi dorang kena baru sajalah bukan sebelum aku lahir. Tapi terpaksa buat jugak. Mula-mula sampai dia akan amik darah untuk dianalisis. Then akan diberi segelas air gula untuk dihabiskan. Perasaan minum air itu sangat nightmare. Bayangkan minum air yang pekat tak ada perasa cuma ada gula sahaja. Memang amik masa jugak nak habiskan segelas.
Aku masa tu cuma mampu berdoa dalam hati semoga tak termuntah sebab memang dah rasa kat hujung tekak. Aku minum air mineral curi-curi, sebab dia cakap jangan makan je kan? Memang kalau muntah akan buat balik ujian tu tapi bukan hari yang sama. Siapa yang nak kan? Sebab tu kawan aku pesan kalau muntah sikit jangan bagitau nurse tapi kalau muntah banyak or semua, baru bagitau. Siapa sanggup minum dua kali? 
Lepas dah settle minum pergi makmal untuk cek air kencing dan amik darah dekat jari. Lepas tu baru masuk untuk consultation tapi aku minggu ke-20 so kena cek denyutan jantung bayi. Lepas dari tu amik ubat then tunggu untuk amik darah kedua lepas dua jam minum air gula tu.
Tapi keputusan tak dapat hari yang sama kena tunggu beberapa hari. Dan kalau klinik call means ada masalah dengan kita, kalau tak call means selamat lah ye. Aku berjaya muntah selepas amik darah kedua tu. Memang seharian aku rasa loya-loya sebabkan ujian tu. Sekarang hanya mampu berdoa semoga gula aku normal.

Bye.

No comments:

Post a Comment