Saturday, October 18, 2014

JANGAN

Jangan terlalu teruja memberitahu semua betapa kayanya kita kerana ramai yang masih miskin.

Jangan terlalu teruja bercerita tentang betapa kita bahagia punya ibubapa kerana ada yang sudah yatim piatu.

Jangan terlalu teruja menceritakan perihal mempunyai teman lelaki kerana masih ada yang belum berjumpa sesiapa.

Jangan terlalu teruja bercerita mengenai kehidupan bertunang kerana ada jodoh yang tak panjang.

Jangan terlalu teruja memberitahu semua betapa bahagianya perkahwinan kerana ada yang masih belum bertemu jodoh diusia tua.

Jangan terlalu teruja mengkhabarkan tentang perihal kehamilan kerana ada yang usahanya belum dimakbulkan Tuhan.

Jangan terlalu teruja mempamirkan anak dikhalayak ramai kerana ada yang mencuba, berjaya tapi ditarik balik Tuhan.

Sentiasa menjaga hati, berpada-pada dalam teruja.

Pesan untuk diri sendiri dan sesama kita.

Bye.

No comments:

Post a Comment