Monday, October 13, 2014

Lunch Date

Hari Sabtu tu aku kerja half day, tapi dah rancang nak kuar dengan kawan-kawan lama ni. Sebabnya tengah bulan so rancang nak makan-makan disusuli window shopping. Nak cari tempat nak lepak pun dah makan masa dua hari. Ada macam-macam cadangan, mula-mula Times Square, tapi sebab baru-baru ni ada orang buang bomb dekat BB so macam rasa tak selamat je.

Lagipun aku baru je pergi minggu sebelumnya. Selain tu ada yang Sunway Pyramid lah, Pavilion, KLCC, Avenue K, The Curve pun ada. Tapi last-last semua setuju pergi tempat yang mudah iaitu Mid Valley. Dari Ktm Serdang tu dalam 4 station dah sampai tak perlu exchange.

Aku habis kerja dalam jam 1, so terus gerak dari Subang pergi Seri Kembangan. Tira dah gerak awal sebab dia nak bershopping. Aku jumpa Nisa dalam Ktm sebab dia dari Seremban. Acha pulak dari Wangsa Maju lambat sikit. Tapi time kami sampai pukul 2.30 dia da sampai jugak.

Bila dah sampai masing-masing kena fikir tempat nak makan. Pusing-pusing cari nak dekat pukul 4 baru jumpa tempat makan tu. Padahal masing-masing dah kebulur tapi still memilih. Ikutkan aku nak makan korea atau japan tapi tak sebulat suara pulak. So last-last dah penat pilih NY Steak and Shack.

Muka lapar dan penat decide tempat makan. Padahal sebelum keluar dah senarai tempat nak makan mana. Tapi tak pilih jugak.



Antara makanan yang kami pilih. Specialties dia adalah banana milk shake. Tapi tak nampak pulak dalam gambar. Aku dan tira pilih Coklat Banana Milk Shake harga RM 9.90. Nisa Caramel Banana Milk Shake harga sama dan Acha Orange Juice RM 7.90. Range makanan pulak dari RM 17.90-RM35.90. Dia sekali dengan pilihan side dishes.


Memandangkan kitorang memang nak makan-makan sambil lepak so haruslah cari tempat makan yang grand-grand. *Bluek* Tapi makanan dia berbaloi dengan harga. Boleh cuba lagi tapi bukan selalu. Hee.

New York - the concrete jungle where dreams are made of- is known as the cultural melting pot and the food capital of the world. At NY Steak Shack, you’ll find American favourites that are taken to the next level to give you the best mouthwatering meat-eater's experience. Food is prepared freshly upon ordering so you’ll definitely taste the difference in quality and effort. With favourites such as the Char-Grilled Southwest Chicken, Country Fried Steak, Philly Cheese Steak Sandwich and the variety of milkshakes, you’ll definitely be coming back for more!

Bye.

No comments:

Post a Comment