Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Addicted To This.

Hari tu laki aku amik aku lambat dari ofis. Then dia suruh aku dinner dulu dekat One City. Memandangkan esok gaji aku ada duit lebih sebelum gaji so aku pun jalan-jalan dekat tingkat 1A. Nak dijadikan cerita aku berminat dah lama dengan lego (bukan lego sebenar) yang murah tu. Ada pulak kedai dia kat tingkat tu so aku pun pergi lah.

Niat asal nak usya harga dan tengok-tengok je tak ada pun nak beli sangat. Tapi bila uncle yang kedai tu macam bersungguh sangat layan aku siap keluarkan set-set baru yang bagi dia best (bukan aku paksa). Aku pun layankan. Last-last atas alasan uncle apek tu dah tua dan kesian kedai dia tak ada orang pergi aku pun beli lah set yang ada 8 figures. Hehe.

Aku beli set Star Wars sebab aku nak set Avengers tapi dah habis. Mula-mula nak beli asing konon nak beli dua je ke kan. Tapi aku terbeli 8. Uncle tu cakap ada discount kalau 1 RM 5 kalau set 8 RM30. Dia ada yang RM3 je tapi uncle cakap kadang-kadang ada part yang hilang. Aku pilih jenama yang nampak semahal lego. 

Lagi, masa pergi baby expo Shah Alam minggu lepas laki aku pulak terjebak. Aku dok sibuk-sibuk cari barang baby, tiba-tiba dia hilang lama. Lepas tu datang balik senyum-senyum. Aku dah agak dah sesuatu yang buruk berlaku, firasat. Haha. Rupanya dia beli set Superhero 8 figures pulak. Harga sama RM 30.

Nak marah pun dah dibelinya. So kitorang pun berebut lah nak pasang yang paling susah. Konon hebat lah kan. Masing-masing tak nak kalah. Tapi sebab dia yang beli kali ni so aku kena lah pilih figure yang tak best. Sob sob. Ni contoh set tu dia ada kad sekali tapi aku tak tahu kad tu untuk apa.



p/s : Tak lama lagi nak capai target.

Bye.

Wednesday, September 17, 2014

Cuti

Minggu ni walaupun ada cuti 3 hari tapi adalah hari yang sungguh unproductive buat aku. Sabtu sibuk mengemas sebab malam mak aku nak datang tidur rumah jap. Maklumlah cuti sekolah dorang nak pergi bercuti ke Vietnam. So memang tak keluar rumah. Malam je pergi airport kejap bawak makan then balik rumah. Ahad pulak hantar pergi KLIA stay sampai petang. Then balik rumah. Memang tak keluar langsung.

Isnin pulak aku buat keputusan untuk kerja dan laki aku pulak nak half day. Pun buat kerja terpaksa sebab mood malas melanda. Then Selasa cuti seharian bermalas-malasan atas katil main game, bangun pukul 3 prtang masak, makan then sambung baring-baring. Petang nak maghrib baru keluar pergi rumah mertua. Oleh kerana terlalu bosan aku ajak laki pergi downtown Mines tu je paling dekat yang buka malam-malam. Sebenarnya nak makan char kuew tiaw dan beli asam jeruk. Tapi kedai asam jeruk tu tutup. Char kuew tiaw je la dapat. Dan beli tudung 2,3 helai. Pas tu balik da kul 12.30malam mata pun dah nak tertutup.

Dan hari ni kerja balik. Aku dan laki dah malas-malas nak menghadapi hari-hari kerja setiap hari. So aku cadangkan kami kena jadi bos. Maksudnya buka bisnes sendiri lah kan. Which is kena tunggu tahun depan sebab kena kumpul modal banyak-banyak dulu. Bak kata lecturer aku nak berhenti kerja kena ada at least simpanan 6 bulan gaji. Mampu? 12k lah maksudnya? haha. Pengsan. Lagi 10 tahun kerja belum tentu dapat kumpul simpanan banyak tu.

Aku suka bekerja sendiri yang berkaitan dengan bisnes. Walaupun penat kan tapi puas lah tak delah pergi kerja buat muka ketat. Anyway aku sedang fikirkan bisnes apa yang sesuai lagi pun tahun depan InsyaAllah ada baby, kena lah spend time dengan baby selalu. So ada bisnes ni senang lah nak spend time dengan dia ye tak?


Okaylah aku nak sambung buat kerja. See you when i see you.

Bye.

Tuesday, September 9, 2014

20 facts about me.

Okay memandangkan ni dah jadi viral, aku pun merajinkan diri untuk buat tapi tidak disertakan gambar :p

1. Nama panggilan di rumah ialah Pia.

2. Anak pertama dari 5 orang adik beradik.

3. Berbangsa ikut IC Brunei tapi ikut salasiah dari bapak aku Jawa+Brunei kahwin dengan Sri lankan+Cina, dari mak aku kadazan+cina.

4. Sudah berkahwin pada 31 Januari 2014, dan sedang berbadan dua hari ni 3bulan. Hehe.

5. Berasal dari Sabah, lahir di Tawau, rumah di KK dan sekarang menetap di Seri Kembangan 5 minit dari The Mines.

6. Aku suka melancong, membaca buku, tengok cerita yang berkenan dan shopping.

7. Kenal suami aku waktu zaman MySpace April, 2009. Waktu tu dia kawan kepada ex aku tapi dia add aku dekat Yahoo dari August, 2008.

8. Kitorang couple 30 June 2009. Awal-awal tu berbalas comment tentang praktikal je sebenarnya yang membawa aku ke Ampang.

9. Aku dah hampir around Malaysia, tinggal dua negeri tak pergi lagi which is Terengganu dan Sarawak. Target tahun ni atau tahun depan.

10. Kalau luar negara yang aku pernah sampai ialah Thailand, Indonesia, Singapore dan Brunei sahaja.

11. Pengumpul magnet tegar, sekarang start kumpul novel. Nak buka library kat rumah. Hehe.

12. Ada kucing bernama Blackey.

13. Aku ada lesen kereta dari 2007 tapi takut nak drive. Last drive 2010.

14. Buat masa ni kerja sebagai Assistant ID di B&G Concept Engineering Sdn. Bhd.

15. Cepat mengalirkan air mata.

16. Suka benda-benda comel, murah, cantik, unik, permainan pun suka.

17. Suka makanan korea dan japan.

18. Dulu aku aktif kadet polis sampai 5 tahun aku involved, peringkat negeri lah jugak kan. Tapi skill tu dah hilang. Aku ada sijil menembak peringkat daerah.

19. Setakat ni aku dah pernah kerja 3 tempat, 3 environment dalam masa 2 tahun. Kalau termasuk praktikal 2, so 5 environment dan tempat.

20. Kalau tidur mesti kena ada bantal tutup muka, selimut kaki. Panas atau sejuk.

p/s : aku dah amik gambar kahwin, kalau rajin nanti aku masukkan gambar terpilih dalam ni.

Bye.

Friday, August 22, 2014

CITA - CITA

Dulu masa kecil - kecil seawal sekolah rendah dah start ditanya cita-cita bila besar nak jadi apa. Siap tulis dalam buku rekod pelajar yang sekali dengan markah periksa dan tinggi berat tu setiap tahun tu.

Aku tak berapa ingat aku cakap nak jadi apa tapi setiap tahun berubah. Yang aku ingat ada tiga pilihan tapi pilihan pertama aku taruk peramugari. Tapi masa tu aku dikutuk kawan-kawan sebab dorang cakap berdosa tunjuk rambut, pakai seksi nanti mati kalau kapal terhempas. Jahat sungguh mulut budak kecil dahulu.

Ada satu tahap aku rasa dah tak ada idea nak cakap apa kat cikgu pasal cita-cita, yelah setiap tahun tanya kan? Makanya aku jawablah nak jadi penyanyi. Confident kau suara sedap. Haha. Lepas tu menyesal bila tengok kat buku rekod tu. Adik aku lagi lah cita-cita nak jadi ustazah.

Lepas tu dah sekolah menengah dah matang sikit, nak jadi peguam. Masa tu stick lah jugak dengan cita-cita tu berapa tahun. Tapi bila naik tingkatan empat orang dah sibuk cerita pasal universiti semua. Aku masa tu duk usya borang UPU yang manual masa tu. So baca la requirement setiap cita-cita.

Aku tengok peguam macam sangat susah je nak kena score banyak subject. So masa tu macam tiba-tiba tertukar cita - cita nak jadi pereka dalaman. Aku mohon tu first choice kedua arkitek, ketiga landscape dan lain-lain. Masa tu dimomokkan dengan gaji besar tapi hakikatnya bila dah kerja. Hurm.

So aku pun dapat interview untuk first choice masa tu kena suruh lukis aku siap tanya interviewer cantik tak aku lukis. Haha, nasib dia jawab cantik. Masa tu dia tanya kalau dapat dekat Kelantan okay tak, aku diam. Haha. Jawab jugak tapi saya baca dekat dalam UPU pereka dalaman ada dekat Shah Alam dengan Perak je ada ke dekat Kelantan? Dan-dan dia cakap mungkin akan pindah ke Kelantan aku iyakan saja. 

Alhamdulillah aku dapat dan aku kerja sejajar dengan cita-cita aku. Walaupun kadang-kadang aku give up dengan kerja aku tapi nikan pilihan aku masa tu. Aku harap sangat kalau masa tu sebenarnya cita-cita aku lain. Haha. Untuk yang pramugari tu aku memang ada mohon 3 kali sekali manual 2 kali aku pergi untuk MAS dengan Malindo tapi reject dekat interview. Sebab aku cakap aku nak kahwin.

Kalau add math aku okay mungkin aku dah kerja dekat laut sekarang. Aku terpilih antara beberapa ribu orang shortlist interview untuk Jurutera Marine tapi add math ku sangat teruk walaupun matematik A. Harapan bersyukur lah nak dengan apa yang ada sekarang.

Tak ada maknanya pakai pensel computer sudah.

p/s : Semalam kami tidur hotel.

Bye.

Saturday, June 28, 2014

Archidex.

Ini Jumaat punya cerita, aku baru masuk office dah lah terlambat sebab suami pergi hantar pekerja Myanmar. Sampai office, aku baru nak tenangkan diri dan update blog, dan sambung kerja yang terbengkalai. Tiba-tiba tengah sambil buat kerja dan update blog, dalam pukul 10 pagi kena suruh pergi Archidex dengan seorang akak QS ( chinese ). Aku yang terpinga-pinga terpaksa pergi. ( Bos garang ).

Archidex



Disebabkan aku blur aku pun tak tahu nak ambil brochure apa. Tapi dalam tak tahu tu nak patah bahu jugak bawak beg kain yang banyak itu. Aku tak sempat buat research nak pergi mana dulu nak amik apa dulu. Sampai sana baru register dan ambik plan exhibition. Aku pergi booth yang bagi free gift menarik sahaja. :p

Aku tak ambik gambar pun sebabnya aku bawak hp cikai je pergi kerja. Kami bertolak pukul 10.15 pagi, hantar drawing ke Puchong pukul 11 pagi dan bergerak ke klcc pukul 11.30pagi, sampai sana pukul 12 tengah hari sebab jam dan cari parking. Sampai je aku dah lapar so makan dulu dekat food court ( korean food ).

Meneruskan misi mencari brochure jam 1 tengah hari, disebabkan parking dekat klcc sebab parking dekat convention centre penuh, maka jauhlah perjalanan. Aku duk berfikir macam mana lah nak bawak berat-berat pergi kereta nanti. Dan akhirnya semuanya menjadi kenyataan. Paling best kitorang lupa mana parking. Fuh! Memang nak patah bahu. Tapi aku terus call guna intercom dan nasib jumpa kereta tapi setengah jam kemudian.

Memandangkan keluar pun pukul 4.30 petang jumpa kereta dalam pukul 5, penat lagi, jammed teruk lagi, kami buat perbincangan nak balik atau nak pergi office. Aku duduk seri kembangan dan dia duduk sungai besi. So kalau nak balik office Subang Jaya, kami kena lalu rumah dan patah balik. Waktu kerja pun habis pukul 6, so kami pilih untuk balik. Itu jelah cerita untuk semalam.



p/s : Add la twitter kita http://twitter.com/nursufirar dan instagram http://instagram.com/nursufira .

Bye.

Wednesday, June 25, 2014

Hobi - Kumpul Fridge Magnet

Hi,
Kali ni aku nak tulis pasal Fridge Magnet. Aku memang suka kumpul fridge magnet ni sejak 2010 lagi. Tapi waktu itu belum boleh dikira tegar. Tapi sejak aku pergi Hatyai kemudian Singapore minat tu semakin mendalam. Ececeh. Cuma yelah aku tak banyak round negara lagi so hasil pengumpulan aku adalah terhad kepada Asia. Kalau ada nampak yang Europe macam dekat bawah ni tu semua from my husband late mother.

Banyak ke tidak? Rasanya masih sikit sebab pintu bawah masih kosong. Hehehe.

Antara negara yang aku pernah pergi dan beli FM (fridge magnet) :-
Brunei
Singapore (2kali)
Thailand (Hatyai)
Indonesia (Jakarta & Bandung)

Kalau dalam negara :-
Melaka (2kali)
Penang
Perlis (Padang Besar)
Sabah (of course)
Kuala Lumpur ( aku beli dekat Central Market )
Menara KL.
Perak (Pangkor Island)
Universal Studio Singapore
Trans Bandung
Beli dekat Kaison pun banyak.
Beli fridge magnet cartoon dekat kedai biasa.
Beli dekat Amcop Mall.
Beli dekat BBW.

Yang orang bagi :-
Vietnam
Singapore
London
Brunei

Yang lain tu dah memang ada dekat peti ais aku tinggal susun saja. Disebabkan minat yang mendalam kadang sebulan sekali aku susun semula dan bersihkan. Kadang-kadang ada orang langgar pecahkan, ada orang datang rumah amik (budak-budak) dan kalau suami jatuhkan, pecah memang merajuk seminggu. Jangan main-main.

Ni dari Sabah.

Ni dari Singapore.

Ni dari Brunei.

Ni dari USS.

Peti ais rumah mak aku dekat Sabah pun aku yang penuhkan (belum amik gambar). Selain fridge magnet aku kumpul hiasan rumah dari luar negara. Aku suka susun-susun dekat almari dan gantung dekat rumah. At least ada kenangan dari negara yang pernah pergi. Minat memang macam mak cik- makcik, ada aku kesah? Cuma keychain sahaja yang aku jarang beli. Dulu masa sekolah memang kumpul, sebab kawan-kawan melancong dengan family mesti belikan keychain untuk member, ye dak? Kalau aku bercuti dengan family pun dulu beli keychain, kalau tak bercuti pun aku memang beli keychain yang watak cartoon gantung kat beg banyak. Sampai aku sedia satu tempat gantung bentuk pencil yang ada hang banyak-banyak untuk koleksi keychain aku. Ex-BF zaman sekolah pun bagi aku hadiah keychain. Hehe. Sekarang baru nak berjinak kumpul balik yelah rumah sendiri kan mesti lah nak hias ikut citarasa sendiri.

Yang ni beli dekat Soekarno Hatta airport, Jakarta.

Bye.



Tuesday, June 24, 2014

Berhijab

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa aku tiba-tiba berhijab? Sebenarnya aku dah minat dengan mengumpul shawl dan bawal ni sejak zaman study di Shah Alam. Masa tu banyak booth yang jual tudung dekat tapak tempat makan sebelah kolej aku, Kolej Melati. Kadang-kadang tengok je, kadang-kadang terbeli. Terbeli okay. Haha. Dari situ aku start kumpul tapi tak start pakai lagi. Kelas agama pun aku tak pakai, ngeh ngeh ngeh, nasib ustazah tu tak sindir.

So lepas dari tu, bila mak aku datang KL kami selalu tidur hotel dekat Jalan TAR. What do you expect kan, kat sana lagi banyak jual shawl dan bawal ni. Aku pun terbeli lagi. So bila koleksi dah banyak aku beli hanger pulak. Yang bulat-bulat tu.

Tapi aku rasa niat tu datang tahun 2013. Masa tu memang keinginan membuak-buak tapi hati ragu-ragu, sebab aku takut tak kekal, on off, takut panas dan macam-macam lagi. Tapi kalau jalan aku still terbeli tudung jugak, kawan-kawan pun ramai bertudung so aku belajarlah dari dorang. Kadang-kadang teman dorang cari shawl kan? Cuma aku lebih berminat dengan bawal satin. Tak tahulah kenapa, aku suka tengok dia ngam-ngam je lebarnya, lepas tu kilat-kilat.

Pada tahun ni, lepas kahwin, umur pun dah 25 tahun aku macam berazamlah nak berubah kan. Tiada paksaan dari suami or orang lain, semuanya datang dari hati sendiri. Aku mula pakai lepas nuzul al-Quran, 13hb Jun 2014. Aku berazam dapat je kerja aku nak berubah. Nak berhijab. Tapi aku berubah sikit-sikit dan masih belajar. Pakai tudung dulu, jaga solat, jaga akidah. Mula-mula agak kekok tapi dah lama-lama mungkin akan biasa. Fitrah manusia kan.

Cuma aku tak berapa berkenan dengan orang yang memang dah mendapat hidayah Allah SWT sebelum orang lain. Sibuk nak tanya "ko ni pernah sembahyang ke?" "tahu ke sembahyang?" "mesti dari lahir tak pernah sembahyang, kan?" Siapalah kita untuk jadi judgemental? Jangan ingat dengan amal yang sedikit tu kau dipandang mulia lebih dari orang lain, lebih-lebih lagi yang jahil. Itu bukan tiket untuk kau berlagak, siapa tau hidayah Allah SWT nak bagi kat dia?

Masa awal-awal pakai. Tak senonoh lagi.

Hari first kerja.

Hari-hari seterusnya.

p/s : Ada mulut longkang tanya aku dengan nada sindiran, "baju seksi yang dulu-dulu tu mana, tak pakai dah?"

Bye.

Sunday, June 22, 2014

Tempat yang wajib pergi lepas kahwin.

Semalam serious panas yang teramat, siap gaduh-gaduh dengan suami. Salahkan dia sebab panas, padahal bukan salah dia pun. Sebenarnya tak puas hati dia dapat tidur nyenyak yang aku ni dah 20kali berkalih tak dapat tidur balik. Cemburu weyh. Terbangun sebab haus gila. Suami pun rasa bersalah pergi tandas amik air basahkan muka aku. Haha.

Okay post kali ni nak cerita tentang tempat yang aku akan pergi sejak-sejak jadi isteri ni. Antaranya :


Tempat ni untuk beli barang-barang rumah yang basic.

Tempat ni untuk beli hiasan yang murah.

Tempat ni pulak untuk beli perabot.

Tahun ni struggle sikit sebab berusaha nak penuhkan rumah dengan perabot dan barang elektrik. Patut sebelum kahwin kena beli siap-siap tapi apakan daya persiapan kahwin pun dah beribu-ribu habis. Antara kesemua tempat suami aku boleh bawak ke Daiso je sebabnya dia tak suka Ikea sebab ramai orang bersesak-sesak, Kaison pulak jauh dari rumah. Dia memang malas nak bawak aku tempat jauh-jauh, ramai-ramai siap bergaduh merajuk belum tentu sampai. Haha.

Tapi akan ku paksa bila gaji nanti. Senarai dah panjang ongkosnya je tak cukup. Aku siap buat list untuk Ikea sekali dengan harga dan plan. Semangat itu perlu. Dan sekarang niat nak cat dulu, ke nanti je sebab raya pun bukan kat rumah. Ntahlah. Yang penting nak tukar pintu.

Bye.

Friday, June 20, 2014

Kucing.


Sempena tahun 2014 ni buat pertama kalinya aku membela kucing. Yeay! Sebenarnya aku dan suami dah lama nak bela kucing. Tapi kami feeling2 nak British Short Hair, over sangat tau. Dah beberapa kali amik kucing jalanan tapi kebanyakan ditinggalkan di rumah parents suami.

Sebabnya rumah yang kami duduk sekarang ni apartment dan tak boleh pelihara pet. So apa kami buat? Kami bawak masuk curi2. Ceritanya bermula 2 minggu lepas suami aku post gambar siapa nak bela kucing, tapi tagged aku, motif kan dia tu. Cakap je lah kalau dia nak. Nak minta back up pulak. Then aku cakap nak lah.

So dia balik je keje suruh tunggu dekat lift, aku tengok siap bawak kandang, makanan, pasir berak dan biskut. Semangat lebih ni. Kucing tu dia jumpa dekat site ada 4 ekor. Dia berebut dengan kawan dia, tapi kawan dia dapat yang comel. :( Nak bela 4,4 memang tak mampu. So masalah pun bermula, yelah macam mana nak angkat semua tu lalu cctv? Haha.

So kitorang tutup guna kain dan angkat sikit2. Nasib lah kitten tu tak berbunyi, senyap saja. Waktu tu aku rasa kucing tu baru nak masuk usia 2 minggu sekarang maybe nak masuk sebulan or mungkin dah sebulan. Aku rancang gaji ni nak bawak pergi vet.


Ni masa hari pertama aku amik.

Ni Brownie, dia macam lambat membesar.

Ni Blackie besar sekali ganda dari Brownie.

Bye.

Tuesday, June 17, 2014

Skypark, One City.

“At One City, life won’t come to a halt until we say ‘stop’”

Nampak tak kata-kata hikmah dia? Ha, translate sendiri ye. Sebenarnya bukan nak cerita tentang One City atau Skypark tu sebab aku pun baru naik tingkat 10 tu sekali saja. Cuma aku nak cerita yang aku kerja kat sini buat masa sekarang. Bukan kerja sebagai pelayan dekat restaurant sini tau, bukan yang tu. Tapi office aku dalam bangunan ni, buat masa sekarang. Aku nak cerita lanjut pun susah sebab aku pun faham-faham blur, nak attach link pun nan hado. So aku ringkaskan lah ye.

Onecity

Since 2005, MCT Consortium Berhad has been realising the dreams of those who dare to dream. The potent blend of our expertise in the property development industry and the continual passion in creating long-lasting structures with dynamic outlook enables us to be at the forefront of the booming scene.

As an aspiring developer, MCT Consortium Berhad is optimistic on being at the lead of the thriving property development scene. Equipped with thorough know-how, profound passion and a team of certified professionals, we are able to create a series of advanced masterworks, all richly entwined with natural elements and environment-friendly approaches. With every single aspect is taken into account, we can assure you that our high quality developments are made to last for generations.

Our Vision

“To be the forefront developer of the future”

Our Mission

“To become a highly trusted brand that delivers excellent quality and innovative development. Equipped with thorough know-how, profound passion and a team of certified professionals, we pay attention to every detail, aiming to create dynamic and sustainable structures that can last for generations.”

Core Values

We are Passionate in building and developing for future.
We strive to uphold our Integrity in delivering advanced masterworks with excellent quality.
We consistently exercise Innovation to produce dynamic and sustainable structures.
Teamwork is the key to success. Effective communication and respect are important in cultivating a productive workforce to deliver exceptional service to our customers.


Ni bangunan akan datang dia, dalam proses.

So yang aku faham lah kan MCT Consortium Berhad dimiliki oleh 3 orang, yang aku kerja ni B&G Concept Engineering SDN. BHD. milik seorang antara 3 orang tu. Faham ke tidak? Dalam masa terdekat MCT Consortium Berhad akan ambil B&G Concept Engineering SDN. BHD. sebagai anak syarikat. So bangunan yang aku kerja ni hak milik MCT Consortium Berhad.

Bye.

Friday, January 24, 2014

It's my birthday.

Hi geng yang bertambah usia hari ni. Sep sep dulu.
Terima kasih kepada semua yang with dekat aku.
Love you guys.
See you soon.


Kembang tak hidung mak jah? Diam kau di situ.

Ok bye.


Tuesday, September 18, 2012

Laptop rosak.

Ye laptop aku rosak sebab tu lama tidak updates.
So mungkin aku akan updates secara pukal.




I love shopping.
Okay bye.

Saturday, March 24, 2012

20 sebab perlu bersyukur

1. Kerana masih hidup.

2. Masih boleh bernafas.

3. Sihat tubuh badan.

4. Mempunyai sepasang kaki yang boleh berjalan.

5. Mempunyai sepasang mata yang boleh melihat.

6. Tangan yang berguna.

7. Telinga yang mampu mendengar.

8. Mulut yang boleh bersuara dan makan.

9. Mempunyai tempat tinggal.

10. Ada rezeki makanan.

11. Mempunyai keluarga.

12. Tidak papa kedana.

13. Mempunyai kawan.

14. Ada orang yang menyayangi kita.

15. Tinggal di negara yang aman.

16.  Duit yang cukup walaupun tidak kaya.

17. Tidak kelaparan.

18. Lengkap kemudahan.

19. Bebas bergerak.

20. Mampu membaca post ini.

Bye.

Friday, March 23, 2012

3D part 6 Degree

Okay ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk okay.
Ini sekada perkongsian sahaja.
Saya masih lemah dalam membuat 3D apatah lagi membuat drawing CAD.
Ini pun di buat atas bantuan kawan saya Liana yang membantu dan menunjuk ajar.
Ini untuk projek akhir part 6 degree iaitu Boutech Hotel.
Dari segi carpet ada masalah.
Enjoy.






Bye.

Monday, March 12, 2012

kesedihan hati.

kini sudah terungkai.
kalau nak kata aku benci semua orang kat dunia ni tak boleh juga.
ada juga yang aku sayang tapi kenapa aku selalu jumpa manusia yang menyakitkan hati.
jangan marah aku kalau aku benci kau sebab itu hakikat.
aku kah yang kena bertanggung jawab di atas kesalahan kau?
benci betul lah. menyampah tahap gaban.
sudahlah tidak meminta maaf, perasaan diri bagus.
masih nak menegakkan benang yang basah.
tapi nak tuduh orang lain.
yang tua ke muda ke sama saja.
semua perasan diri bagus.
orang lain akan tetap salah tanpa perlu diselidik.
tak payah lah susah2 nak nasihatkan aku.
urus dulu ahli keluarga sendiri.
mak aku masih boleh ajar aku mana betul mana salah.
jangan bodoh sombong.
macam mak ketam nak betulkan jalan anak sendiri, sendiri jalan mereng.
tak tau cerita a-z, mungkin tau a-q je terus nak blame orang ni jahat.
come on. kalau ko dewasa sangat selidik dua2 pihak baru buat kesimpulan.
sedih lah dengan perangai yang macam ni.
don't be bias. berdosa besar menyembunyikan kebenaran. sebab menzalimi orang lain.
aku rasa korang lagi arif bab2 ni.
sudahnya aku juga yang di cop kanak2 riang, besarkan hal kecil.
fikirlah semua ni berpunca dari siapa.
jadi kalau orang tak boleh guna purpose fb semata2 nak jaga hati orang lain.
duduk dalam gua la wey.
tak ada kemudahan internet orang tak kacau perasaan kau.
kalau betul2 tak salah tak perlu terasa.
kalau betul kenapa diam.
aku dah tak ada baru berani nak cakap?
nak takut apa. kalau ko betul aku sanggup minta maaf sebab aku salah tuduh.
tapi dari cara ko memang menunjukkan bukti ko salah.
siapa yang stupid sebenarnya?
ko ingat aku ketagih sangat ke dengan baju 10hengget tu?
aku tak kisah pun. tapi minta lah izin jangan main amik je dari beg.
macam baling batu sembunyi tangan.
dah kantoi, nak marah2 orang lain pulek.
aku lagi sakit hati dengan perangai ko tu.
belajarlah menghormati perasaan orang lain.
kalau nak diri tu kena hormat lah.

p/s : aku harap tak ada orang nak halang aku nak tulis apa kat blog aku. sebab ni hak aku aku punya suka lah. fb ko nak control tak kan ini pun ko nak sapu juga. siapa suruh jadi stalker?

Bye.

Saturday, March 10, 2012

Chop. Chop. Chop.

Telah menukar image baru.
Telah membeli baju baru.
Mungkin akan membuat bertambah semangat untuk pergi ke kelas.
Mr. Boyfie pun telah mendapat kerja baru.
Tempat baru.
Gaji baru.
Semuanya baru di bulan baru.
:)

Bye.

Tuesday, February 28, 2012

Kemalasan melanda

Aku rasa esok-esoklah baru aku sambung cerita Cinta aku dan Roy tu k?
Walaupun ramai permintaan *perasan* tapi aku macam malas nak taip lah.
Lagipun macam, " hey hari-hari cerita yang sama bersambung-sambung tak thrill lah nak baca".
Okay aku faham jadi bagi mengelakkan kebosanan aku selang seli lah cerita itu.
Tapi untuk pengetahuan korang, tajuk boyfriend 1,2,3,4 itu bukan bermaksud I ni ramai jantan, tidak sama sekali.
Watak dalam cerita itu tetap seorang, Azrul Azmiezie Aziz.
I malas lah nak cerita cinta yang sudah lapuk, yang sudah menjadi sejarah uols.
I cerita yang sedang berlaku sahaja.
Jadi maksud nombor 1,2,3,4 itu adalah part atau bahagian.
Jadi jangan buat spesikulasi nakal tau.

Dekat rumah aku ni semua orang ada laptop, ada 6 buah laptop kecuali adik aku yang kecil itu belum ada.
PC pulak ada 2, termasuk PC aku ada 3.
Patutlah line internet aku selalu lembab-lembab mungkin sebab ramai sangat bukak laptop online.
Eh? Ada kaitan ea? Aku main agak saja tu. Hahaha.
Tapi tetaplah laptop aku paling buruk. *Tetiba*

Okaylah uols jangan lupa like page R boutique dan singgah ke blog aku yang lagi satu http://sufiyasmin.blogspot.com belilah apa yang patut k?

Esok jelah aku sambung cerita percintaan aku tapi I tak janji. Kuikuikui

Me and my mum, ni masa dekat kampung. I memang suka senyum lebar tayang gigi yang cantik itu. Pffft.
Gambar sekadar perhiasan.

Bye.

Wednesday, February 22, 2012

Hari ini dalam sejarah.

Okay, hari ini result keluar tapi haram tak dapat check.
Ini boleh menimbulkan kemarahan.
Lebih-lebih lagi orang lain sudah dapat tengok.
Urghh! Tension.
Kenapa harus begini?
Aku nak tukar topik lain supaya kemarahan ini tidak membara.
Semakin hari semakin ramai kawan-kawan yang sebaya aku kahwin @ tunang.
Terasa diri i sangat tua pula.
Okay bukan itu yang aku nak cerita.
Kepada orang sekeliling, yang kenal aku atau yang buat-buat kenal.
Mungkin korang jarang nampak aku post tentang kawan-kawan aku.
Mungkin korang buat andaian masing-masing.
Anggap aku ni makhluk yang tiada siapa-siapa melainkan boyfriend.
Jangan tersilap ye adik-adik.
I do have a bunch of friend.
Tapi dorang tiada blog.
Sebab itulah tak boleh nak bercerita sangat.
Dorang bukan baca pun.
Sebab itulah follower aku tak ramai.
Lagipun ini adalah blog rahsia, malulah i kalau diketahui umum.
Hehe.
Mereka cuma ada fb.
Sebab itulah aku keseorangan di sini dan di twitter.
Harap maklum okay?

K lah aku tengah mood tak berapa okay ni.
Nak out dlu.
Bye. Adios.

Sunday, February 12, 2012

Memory

Tiba-tiba teringat memori lama.
Cinta monyet zaman dulu2.
Adakah ini salah?
Adakah ini kategori curang?
Hey, mak tak minta ini semua berlaku noks.
Mak terperangkap dalam dilema.
Ah! Sudahlah kau.
Tiba-tiba(ke?) terstalked FB bf lama.
Teringat cerita cinta dolu-dolu.
Ahaha. Sorry sayang kalau u terbaca, jangan risau u yang terakhir.
Muah. muah.
Ini bukan salah I, ini semua salah tangan I yang mengemas almari lalu terjumpa surat cinta lama.
Huahuahua. Motif?
Meh aku nak senarai nama ex-ex aku.
Ha! Kau mampu?

1. Trigunawan bin Subagio
(Ni zaman form 3, mak baru mengenal dunia cinta. Agak terlambat di situ, tapi ada aku kesah?)
2. Anto bin Anuar
(Ni cinta mati mak dulu, menangis menonggeng bagai. Dari kebal terus jadi kertas. Merayu-rayu jantan.)
3. Mohd. Izzuddin bin Hamzah
(Masa form 4-5. Banyak persamaan tapi tak ada jodoh.)
4. Abang Zam
(Tak ingat nama sebenar, sebab couple kejap je.Boleh? Tak ada restu keluarga nyah, mak tak nak derhaka.)
5. Zakaria@ Zachary
(Ni pun cuma sementara, tapi dia pandai masak i like.)
6. Lahanat
( Mak tak kuasa nak tulis nama dia)
7.  Mohd. Nasrun bin Ramlee
( Dia bakal cikgu)
8. Azrul Azmiezie bin Aziz
(Hopefully yang terakhir)

Okay sebenarnya bukan itu saja ( nak bagitau yang dia laku lah itu ), mak banyak scandal dulu noks, mak kan wanita hot haruslah punya scandal. Mak tampu ingat nama scandal mak ramai sangat nyah (okay ini propa ). Tapi ada yang adik-adik(muda), ada yang laki orang (hey, mak tak tau okay), ada yang bf orang (okay ini caras namanya), ada yang suka-suka sebab mak disponsor nyah (tipu). Mak rasa kalau dikira-kira dengan mata kasar scandal mak mungkin ada lebih kurang 9 orang menjadikan jumlah terkumpul 17 orang. Wah perempuan gatal sangat kau.

Eh, jangan salah sangka, scandal itu tidak lebih dari kawan kurang sikit dari kekasih. Mereka datang di waktu yang betul tapi tempat yang salah. Haruslah mak tak salah noks.

Tapi sejak mak bersama yang no.8 mak terus berubah, mak dah tak layan jantan nyah. Mak insaf. Mak sudah membuat keputusan untuk setia. ( Fefeling pakai serkup ala siti sambil pasang lagu Cobalah untuk setia KD ). Ini betul.

Bye.