Okay memandangkan ni dah jadi viral, aku pun merajinkan diri untuk buat tapi tidak disertakan gambar :p
1. Nama panggilan di rumah ialah Pia.
2. Anak pertama dari 5 orang adik beradik.
3. Berbangsa ikut IC Brunei tapi ikut salasiah dari bapak aku Jawa+Brunei kahwin dengan Sri lankan+Cina, dari mak aku kadazan+cina.
4. Sudah berkahwin pada 31 Januari 2014, dan sedang berbadan dua hari ni 3bulan. Hehe.
5. Berasal dari Sabah, lahir di Tawau, rumah di KK dan sekarang menetap di Seri Kembangan 5 minit dari The Mines.
6. Aku suka melancong, membaca buku, tengok cerita yang berkenan dan shopping.
7. Kenal suami aku waktu zaman MySpace April, 2009. Waktu tu dia kawan kepada ex aku tapi dia add aku dekat Yahoo dari August, 2008.
8. Kitorang couple 30 June 2009. Awal-awal tu berbalas comment tentang praktikal je sebenarnya yang membawa aku ke Ampang.
9. Aku dah hampir around Malaysia, tinggal dua negeri tak pergi lagi which is Terengganu dan Sarawak. Target tahun ni atau tahun depan.
10. Kalau luar negara yang aku pernah sampai ialah Thailand, Indonesia, Singapore dan Brunei sahaja.
11. Pengumpul magnet tegar, sekarang start kumpul novel. Nak buka library kat rumah. Hehe.
12. Ada kucing bernama Blackey.
13. Aku ada lesen kereta dari 2007 tapi takut nak drive. Last drive 2010.
14. Buat masa ni kerja sebagai Assistant ID di B&G Concept Engineering Sdn. Bhd.
15. Cepat mengalirkan air mata.
16. Suka benda-benda comel, murah, cantik, unik, permainan pun suka.
17. Suka makanan korea dan japan.
18. Dulu aku aktif kadet polis sampai 5 tahun aku involved, peringkat negeri lah jugak kan. Tapi skill tu dah hilang. Aku ada sijil menembak peringkat daerah.
19. Setakat ni aku dah pernah kerja 3 tempat, 3 environment dalam masa 2 tahun. Kalau termasuk praktikal 2, so 5 environment dan tempat.
20. Kalau tidur mesti kena ada bantal tutup muka, selimut kaki. Panas atau sejuk.
p/s : aku dah amik gambar kahwin, kalau rajin nanti aku masukkan gambar terpilih dalam ni.
Bye.
No comments:
Post a Comment