Sunday, September 14, 2014

Majlis Bersanding

Okay ini adalah hari terakhir majlis aku. Bagi yang tertanya-tanya berapa hari majlislah berapa helai baju lah. Meh nak cerita. Majlis aku dua hari which is nikah dan sanding. Aku buat nikah dulu terus sanding esoknya jimat belanja perjalanan. Tapi acara aku ada 3, which is nikah, merenjis yang sepatutnya berinai dan sanding.

Baju pulak yang aku tempah ada dua untuk nikah dan sanding. Tapi aku sewa ada 3 iaitu baju merenjis, baju potong kek dan satu baju tradisi kadazan. Aku nak baju tradisi Brunei tapi dia terlalu membahayakan sebab ada benang emas. Hehe.







Berkenaan kedatangan CM ke majlis aku ni, bukanlah sebab aku anak somebody tapi sebab bapa aku selalu jadi MC untuk majlis-majlis besar. Dia selalu buat majlis kahwin menteri kadang-kadang untuk TYT. So bapa aku jemput lah CM ni, dia memang dah masukkan dalam dia punya atucara. Lebih-lebih lagi time aku kahwin tu CNY so dia banyak acara mana yang dekat dia singgah terus. Tapi dia kena confirm kan dia singgah sebabnya dia nak sedia angpau dan nak suruh polis cek keadaan dulu. Begitulah ceritanya.











p/s : Orang tu pun dah kahwin.

Bye.

No comments:

Post a Comment