Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Hello 2015 from Bukit Tinggi.

Actually, dalam bucketlist aku ada banyak tempat lagi nak round, dalam Malaysia sebelum keluar Malaysia. Antaranya Bukit Tinggi. Aku nak pergi Terengganu tapi kan sekarang musim tengkujuh dan banjir pulak so memang cari masalah pulak kan?

Memandangkan cuti panjang, which is 4 hari. Hewhewhew. Aku sambung jadi 5. Maka kita pujuk lah suami nak bawak jalan-jalan. Bapak aku pun datang secara mengejut so angkut dia sekali.

Here we go : Bukit Tinggi, Pahang.


Ni lah tempat iklan "awak memang cantik dari kecil ke?" Ada banyak area dalam sini untuk dilawati dengan bayaran RM 12.00 satu kepala. Antaranya :

Colmar Tropicale Berjaya.
Japanese Garden.
Rabbit Park.
Adventure Park.

Tapi kami pergi Colamar Tropicale Berjaya sahaja, kerana nak pergi Japanese Garden perlu menaiki beratus anak tangga yang curam (drama queen). Aku memang lah tak larat mengandung ni naik tangga. Kau gila?

Walaupun sedih tak dapat tengok Zen garden dan minum green tea tapi tak apa kita jalan-jalan naik bus persiaran pusing kawasan.


Mereka yang mengandung.


Suami ku dengan kuda peliharaannya.


Sesuka hati je panjat sini.



Dalam bus persiaran yang akan bawak pusing kat dalam ni. Padahal kami dah pusing dulu baru parked.

Best sangat tu tak lah tapi seronok sebab sejuk fefeling overseas. Lepas tu boleh gambar banyak-banyak. Beli popcorn dengan fridge magnet je yang mampu. Sob sob.

Ok bye.

Welcome 2015.

Saturday, September 6, 2014

Johor Kuasa Dua :)

Hari kedua diteruskan lagi berjalan disekitar Johor Bahru. Ni pun termasuk dalam wish list iaitu Legoland. Tapi aku bukan nak masuk pun sebab memang sangat panas okay. Tengoklah semua gambar mata tahan panas. Almaklumlah tak boleh pakai spek nanti pening.

Nasib baik hotel kami berada di area bandar dekat dengan Danga Bay dan semua-semua yang wish list so tak perlu lah jalan jauh-jauh. Yang Legoland, Nusajaya ni dalam 20 minit dari hotel. Kami pergi lepas sarapan dan check out sebab lepas dari sini terus pecut KL.


Wajib dekat entrance.


Untunglah boleh pakai sun glasses.

Sebenarnya aku nak beli souvenirs dekat kedai dia, tapi setelah ditanya nak masuk kedai dia kena ada pas dan kena bayar RM140 untuk pas. Lepas tu kena beli minimum RM100. Kaya pulak aku kan padahal nak beli magnet je. Macam dekat USS kedai dia dekat luar so boleh je beli tak masuk pun, TransBandung pun sama. So untuk tak menghampakan aku pergi souvenir shop dekat Lego Hotel.



Ini jelah mampu beli dengan total RM 45. Mula-mula nak beli yang tulis Johor je tapi tak jumpa yang murah dan cantik, yang mahal tak cantik adalah. So ni pun boleh lah rare jugak kan. Bertambah koleksi di peti ais i. Yang kotak tu bakal perhiasan dekat almari buku baru yang akan dibeli tak lama lagi. Yeay.


Bye.


Friday, September 5, 2014

Bucket List - Johor.

Alhamdulillah kami berjaya sampai ke Johor. Minggu lepas kan ada cuti tambahan which is hari merdeka. So on that 31st kami bertolak ke Johor baru awal pagi tu. Sebenar FIL aku pun pergi Johor jugak melawat adik ipar aku yang belajar di MRSM sana. Kira waktu kami bertolak hampir sama.

Sebelum ni aku pernah bagitau wish list aku kan. Aku ada 3 negeri yang tak pergi lagi dalam Malaysia iaitu Johor, Terengganu dan Sarawak. Memandangkan Johor paling dekat kita pergi sana dulu.

Destinasi pertama kami ialah JPO. Sebab dia yang paling dekat dengan highway. Sebelum sampai kami dah janji seorang satu baju je beli. Haha. Tapi disebabkan tujuan aku datang sini selain jejak kaki ialah konon nak early birthday celebration suami lah kan. Alang-alang cuti dan berjalan-jalan kita buat sekali lah ye dak.


Sikit lagi nak sampai.

Muka teruja dah sampai, tak pandang camera terus.

Malu tapi mahu. Di situ lah (Adidas) aku berjaya habiskan duit untuk beli hadiah dia ni.

Ni je yang mampu tapi ni sebelum rambang mata. Sebab ngam-ngam pulak dorang buat sale merdeka patutlah berbaris manusia.


Bila dah penat habiskan duit kita check in hotel, which is M Suites Hotel. Harga berbaloi dengan kualiti. Tak silap 3 star ke 4 star. Hehe. Malam tu kita orang pergi Bazaar Karat sebab termasuk dalam wish list jugak. Tapi aku dah sangat penat untuk tangkap gambar. Perempuan mengandung katanya. Aku pun tak beli apa sebab rasanya macam sama je dengan yang dekat downtown. Beli makanan je sebab lapar yang amat.

Lepas tu makan kat kawasan steamboat lori yang harga dia mahal macam fast food. Hoho. Aku mencari magnet Johor tapi tak jumpa last-last esoknya aku beli magnet Legoland. Tapi tu kita cerita di lain column.

Bye.




Saturday, August 30, 2014

Baby Fair Meet Up.

Ni cerita Ahad minggu lalu aku ajak lah suami pergi tengok baby fair sebab dekat dengan rumah kan MIECC, The Mines je. So dengan terpaksa dia pun ikut, haha. Dia tak suka sebenarnya pergi tempat ramai orang. Tapi demi baby dia bersetuju.

So pagi tu cousin aku call. Dia cakap nak ajak jumpa sebab saja-saja. So dia tanya aku ada pergi mana-mana ke? Aku cakap nak pergi tengo baby fair dia pun nak ikut sebab dia pun bakal ada baby bulan 11 ni. So kami jumpa dekat The Mines pukul 12.

Aku tak ada beli apa pun sebenarnya. Saja nak usya list apa lagi yang perlu beli. Sebab laki aku cakap awal lagi. Lagipun aku rasa bulan depan kot baru nak start. Budget pun tak sedia lagi. So jalan-jalan saja. Cousin aku lah yang banyak membeli sebab pameran sekali dengan home punya kan.


Tu mak cik aku, Hiew Chong Lim kakak mak aku. Tu cousin aku Trace Jevayaraj, anak dia Declan suka senyum.

Ni aktiviti sambungan kat rumah aku sebab dah dorang dekat ajaklah datang rumah. Lagipun hujan lebat nak balik macam bahaya. 

Bye.

Saturday, August 9, 2014

Raya Ketiga Part 2.

Lepas dari Rumah Terbalik kami bertolak ke Papar untuk pulang ke kampung, tapi sebelum tu isi perut dulu dekat Seafood Restaurant.



Sebelum sampai kampung kami singgah lagi di air terjun. Dah lama aku tak pergi sini. Tapi celup-celup kaki je lah mampu nak mandi berkelah macam tak sempat.





Tulah cerita di raya ketiga. Balik Sabah bukan beraya sangat pun lebih kepada berjalan-jalan. Tahun depan suami cakap balik Perak. Kita tunggu.


p/s : godek-godek gambar kat ipad untuk buat cerita.

Bye.


Wednesday, July 30, 2014

Raya ketiga.


Kami berjaya sampai ke rumah terbalik. Cuma satu je tempat tak dapat pergi iaitu 1Borneo. Tapi tak apa ini sudah cukup baik.







Memandangkan tak boleh tangkap gambar dalam rumah kami just round-round luar saja dan singgah souvenir shop beli magnet.

Bolehlah balik kl dengan tenang esok. Hehe.

Bye.



Tuesday, July 29, 2014

Jalan-jalan Raya.


Lunch di Pasta Pasta, Gaya Street.


Spaghetti dan macaroni.


Observation Tower.


Clock Tower.


Art street.


Sutera Harbour.

Bye.





Friday, July 25, 2014

Singapore Trip Day 2 - USS

Disebabkan masa malam sebelumnya semua kepenatan meronda Bugis Street aktiviti hari ni yang dirancang awal menjadi lambat beberapa jam dari jadual. Kitorang sampai ke USS dalam jam 11 pagi. Selepas berbaris membeli tiket ( abang ipar cousin dan cousin aku ), berita baiknya ialah abang ipar cousin belanja tiket kami.

Dia kerja di Sentosa Island jadi dia dapat staff price untuk ticket. Tak adalah murah sangat tapi adalah discountnya. Dan kami pun masuk USS untuk bersarapan which aku pilih nasi lemak kerana kebanyakkan stall dalam tu macam tak halal.

Inilah rupa nasi lemak itu. Sini setiap barang yang dibeli dia bagi rebate sebab dia ada charge tax, so nanti sebelum naik flight tukar rebate tu dengan duit boleh lah shopping di airport. Tapi aku tak naik flight balik. Aku bagi dekat cousin aku resit-resit aku yang ada.


Masuk-masuk je nampak segala macam kedai cenderamata yang menggiurkan. Haha.


Yang ni kedai souvenir Betty Bopp.


Yang ni gerbang rumah Shrek.


Ni lah Istana Far Far Away.


Gambar-gambar lain tak dapat di post atas sebab-sebab aku seksi masa ni. Ini gambar masa nak keluar dari USS, orang kata gambar wajib bagi yang masuk USS ataupun tak.


Bukti-bukti penting.


Lepas dari itu kitorang makan kat area Sentosa Island. Dan semua rasa nak shopping lagi sebab nak tengok sea musical baru je habis. Jadi terus semua pergi balik Bugis Street dan China Town untuk beli souvenir lagi.


Ini pulak magnet aku beli di dalam USS.


Adalah lagi cerita last day lepas ni. Tapi nanti lah aku cerita kalau aku dah tak ada cerita nak ditulis. Okay? Itupun kalau menarik, kalau ramai pembaca.

p/s : Hari ni last kerja sebelum cuti raya. Macam mana nak shopping raya lagi kalau suami isteri demam?

Bye.





Thursday, July 17, 2014

Perlis.

Awal bulan 6 yang lalu, mak dengan adik aku datang ke kl dan tidur rumah aku. Puas lah berjalan meronda KL, berjalan je puas shopping tak puas. So tujuan mak aku datang sebab bapak aku suruh dia teman bapak aku di Perlis. Maklumlah bapak aku pengulas sukan wakil Sabah dari RTM untuk SUKMA yang sampai sekarang kitorang tak tahu keberapa dah.


Kitorang pergi sini, Padang Besar. Memandangkan pergi hujung minggu waktu peak makanya harga pun mahal. Aku beli fridge magnet je dekat sini selain sehelai seluar. Haha. Tapi aku adalah beli bantal yang Thailand tu tapi bukan 3 segi yang 4segi. Sebenarnya bagi aku Wang Kelian lagi best.


Ini (Pepero) dengan yang oat wheat tu memang banyak kat sini murah pulak tu. Maklumlah masa tu musim. Tinggal dua sebab adik aku kebas 1. -__- 



Suami aku ikut sama sebagai penghantar tapi dia tidur sehari je sebab dia kerja. Aku belum kerja waktu ni, so masa kami bergambar kat padang ni semata untuk buktikan kami pergi sini dia dah balik. Haha.


Tiba-tiba nampak rumput dia cantik pulak.  Tulah seluar yang aku beli dekat Padang Besar. Memang besar.

 

Yang ni kawan mak aku ajak makan, dia siap buat sambal belacan lagi untuk cicah. Nama dia buah Keriang. Orang belah utara tahu la kot.


Itu jelah aku nak cerita, even macam nak basi je cerita ni kan. Mak okey je. Daripada mak lupa peram lama-lama tak guna. Sehari satu post katanya. Gambar orang tak dapat dipost sebab belum berhijab masa ni.

p/s : Adakah aku lambat masuk ofis hari ni?

Bye.