Tuesday, October 14, 2014

4 Bulan

Sebenarnya aku ada amik gambar every month progress guna polaroid. Cuma guna hp je tak ada. Sebab perut macam tak nampak lagi. Tapi baru-baru ni macam dah nampak bulat, so aku pun amiklah gambar.

Sekarang dah masuk 4 bulan, atau 17 minggu 6 hari. Setakat ni symptom yang aku kena ialah masuk angin, kejang kaki and perut, dan cepat penat. Selain tu muka pun tumbuh ruam dengan pesatnya. Pertambahan berat badan tu kira normal lah.

Masuk 20 minggu dah kena 3rd check up. Dan maybe masa tu dah boleh rasa pergerakan baby. Sekarang belum dapat rasa lagi even dalam scan boleh nampak dah dia aktif. Lagi boleh tahu jantina. Tapi entahlah macam nak rahsiakan je. Hehe. Hurm, rasanya nak buat 4d scan ke? Hehe.


Si gemuk.

p/s : aku target nak dapat pageviews 10k by the end of this year. Sekarang aku dah dapat 9400. Angan-angan.

Bye.

2 comments: