Saturday, October 4, 2014

Novel Kesebelas & Keduabelas : Kerana Terpaksa Aku Relakan & Aku Bukan Mitress

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

“AKU ISTERINYA” mengisahkan Mya Arlissa yang dibesarkan oleh neneknya dan menumpang di rumah makciknya sejak kematian ibubapanya. Bukan sahaja sentiasa dibuli oleh makciknya dan sepupunya, Mya juga hidup dalam ketakutan kerana suami makciknya,  Abang Murad menyimpan niat jahat terhadapnya. Akhirnya, Mya telah dijual oleh Murad kepada David yang menjalankan kegiatan pelacuran sehingga Mya bertemu dengan Mikail dimana Mikail telah menebus Mya dari tauke kelab malam.

Walaupun sudah 2 tahun Mya hidup bersama-sama Mikail, mereka tidak pernah berkongsi kisah peribadi dan tidak mengenali hati budi masing-masing. Mikail menganggap Mya tiada bezanya dengan perempuan murahan yang sanggup menggadaikan diri demi kemewahan. Namun, selama mereka tinggal sebumbung, tidak pernah Mya meminta apa-apa daripadanya. Segala keperluan Mikail dijaga dengan teliti oleh Mya.

Pada satu malam selepas Mikail mabuk dan tidak sedar diri, kawan baiknya, Adam telah mengambil kesempatan untuk merogol Mya. Apabila Mya meronta-ronta dan merayu, Adam telah menempelak Mya tidak perlu berlagak suci kerana Mikail juga menganggapnya sebagai pelacur semata-mata. Keesokan harinya, Mikail berang apabila mengetahui Mya dirogol. Mya hanya mendiamkan diri kerana dia tahu Mikail tidak akan percaya jika Mya memberitahu Adam telah merogolnya. Hati Mya remuk kerana Mikail mengelak pertanyaan Mya benarkah Mikail menganggapnya sebagai seorang pelacur. Mya sedar bahawa dirinya tidak suci dan tidak layak meletak sebarang harapan pada Mikail.

Mya mula mencari arah hidupnya dan  tidak mahu hidup dalam dosa. Mikail sakit hati dengan kehendak Mya untuk dilepaskan tetapi dia sendiri tidak pasti jika dia mempunyai perasaan sayang kepada Mya. Mikail masih dihantui dengan kisah silamnya apabila kekasihnya, Lisa berkahwin dengan ayahnya, Datuk Lutfi sehingga memecah-belahkan keluarganya kerana kakaknya, Mufiza telah membawa diri ke Australia. Ibu Mikail, Datin Adiba pula hidup dalam kesunyian dan hanya ditemani oleh anak bongsunya, Mimi.

Mikail meletakkan syarat kepada Mya untuk membayar RM50 ribu balik kepadanya sekira mahu dirinya dilepaskan. Pada waktu yang sama, Mikail telah menyorokkan telefon bimbit Mya kerana tidak mahu Mya meminjam duit daripada sesiapa. Mikail tahu Mya tidak mempunyai sesiapa kecuali kenalan lamanya, iaitu Nadia. Mikail pasti yang dia tidak mahu kehilangan Mya tetapi mungkinkah perasaan cinta sudah hadir dalam hubungan mereka tanpa disedari?

Bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali meraih cinta dari Mikail dan sentiasa menghasut Datin Adiba supaya membenci Mya. Keadaan menjadi keruh apabila bekas kekasih Mya, Shamil datang menagih janji lama. Apakah akhirnya Mya akan menemui sinar bahagia dan ketenangan dalam hidupnya?

Bye.

No comments:

Post a Comment