Tuesday, October 21, 2014

Review : The Face Shop Eyebrow Pencil


Aku sebenarnya kehabisan eyebrow definer yang aku beli di Daiso. Mula-mula cadang nak beli jenama Tony Moly yang ada branch kat ofis aku. Tapi bila aku pergi dia dah tutup forever pulak. So sedih. Memandangkan aku nak ke Mid Valley sebab ada baby expo so aku cadang nak beli sana je sebab aku tengok branch dia ada dalam AEON. Tapi pusing-pusing tak jumpa jugak. Tak ada jodoh.

Last-last keluar dari AEON aku ternampak kedai ni kat level atas. Memandangkan ni pun product Korea why not cuba kan. Masuk-masuk promoter tu dah bersedia aku pun cakap lah nak cari eyebrow definer yang jenis pencil tapi bukan yang kena sharpen tu. So memang ada ini je pun. Aku pun cuba warna yang sesuai, tapi tak nak black. So dia cadangkan dark brown number 4.

Lepas dah berkenan kenalah tanya harga. Aku tak ada member so cuma dapat discount 20%. Aku dah conggak harga Tony Moly RM 19.90, harga ni RM22.90 lepas discount jadilah RM18.30. Aku masih untung di situ. Kan? Hehe. Overall, aku recommended benda alah ni untuk mereka yang jenis kening nipis macam aku. Warna sesuai tak nampak garang natural je, didatangkan dengan berus. Design dia bentuk 3 segi macam selalu yang mahal jual kat Watson tu. 

Untuk maklumat lanjut boleh buka sini, made in Korea tu yang penting.

thefaceshop.net.my/

Bye.

No comments:

Post a Comment