Friday, October 17, 2014

9 Bulan

Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk 9 bulan usia perkahwinan. Walaupun orang cakap baru tak sampai setahun jagung tapi bagi aku alhamdulillah ada jugak kan. Kau ada? Memang awal-awal perkahwinan sangat mencabar dari segi mental dan fizikal. Almaklumlah baru nak mula hidup, perbelanjaan pun tak banyak mana. Lebih-lebih lagi waktu tu aku belum bekerja.

Kitorang kahwin 31hb Januari 2014, then mak aku belanja honeymoon Bandung kitorang pergi dalam hujung bulan dua. Memang tak banyak ongkos masa tu sebab dah habis waktu sanding kan. Tapi gigih jugak pergi. Then dah balik dari sana memang struggle lah kan. Masa tu aku suri rumah lama jugak aku tak kerja dalam bulan June pertengahan aku start kerja. So adalah duit poket sendiri kan dapat lah jugak beli apa yang patut, tolong apa yang patut.

Kira dalam 5 bulan jugak aku menganggur, bayangkan kehidupan waktu tu. Tak lah susah tapi memang sakit sikit. Sekarang alhamdulillah dah 4 bulan aku kerja dah boleh bernafas sikit, boleh mengumpul balik. Dah boleh buat list tiap bulan dan tick perbelanjaan. Lepas sebulan start kerja aku disahkan mengandung anak pertama kami. Hurm agak 5 bulan je kot aku berhoneymoon berdua. Hehehe.

Aku rasa dalam tempoh 9 bulan kahwin ni 3 kali kami honeymoon, pertama pergi Pulau Sapi, Sabah. Kedua pergi Bandung dan ketiga pergi Johor. Mungkin ada yang keempat sebelum aku bersalin. Hehehe. Awal-awal perkahwinan kami memang start berdikari. Mak bapak memang lepas tangan. Memang pandai-pandai kau lah nak makan nak hidup. Yelah duduk rumah sendiri pas tu ada kereta sendiri.

Setakat ni perbelanjaan bulanan kami adalah tertakluk pada belanja dapur which is beli barang basah untuk masak kan, beras, minyak, ikan, bahan-bahan perasa tambahan dan sebagainya. Lepas tu kena beli barang untuk cuci baju sabun semua tu. Untuk makanan dan pasir Blackey lagi yang kami adopt dah 4 bulan. Selain itu, bayar maintenance rumah, air, letrik, astro, kereta, dan tambahan lain macam insurans kereta dan roadtax. Lepas dah ada gaji sendiri aku start pulak beli barang keperluan rumah macam barang elektrik kan yang mana tak cukup atau tak ada atau rosak. Maklumlah rumah lama so barang-barang lama ada yang dah tak ley guna. Nasib perabot tak perlu beli banyak.

Kalau ada pun yang nak tambah macam rak buku, meja komputer/ meja kerja, tempat tv sebab dah patah pintu, dan sofa. Sebab benda macam katil, meja makan, peti ais, mesin basuh dah ada. Cuma kena servis sikit. Aku punya dream nak beli TV Plasma ke LED ke. Hehe. Mungkin tahun depan.

Lepas ni kena masukkan list untuk barang-barang si kecil pulak. Kehidupan lepas kahwin ni walaupun orang kata seronok tapi banyak ranjau onak duri harus ditempuh. Eceh ayat. Bagaimana kita survive macam tulah tahap bahagia yang kita dapat. Gaduh-gaduh sikit tu biasa lah sebab nak mulakan hidup siapa je yang pakar kan? Tapi alhamdulillah dah 9 bulan ni masing-masing going with the flow, gaduh tetap ada tapi macam kena cari penyelesaian lah instead of merajuk 2,3hari. Haha.

Kepada yang bakal berkahwin selamat menempuh alam yang lebih mencabar dan bakal mematangkan diri. Kepada yang dah berkahwin tahniah untuk langkah pertama dan seterusnya.

Langkah pertama penting untuk menentukan corak yang cantik.

Bye.

No comments:

Post a Comment