Thursday, October 9, 2014

Perlukah Insurans dalam hidup?

Baru-baru ini waktu aku nak balik kerja, suami aku suddenly tunggu dekat bawah bangunan office aku instead of dalam kereta macam selalu (dekat bustop). Rupanya dia duduk dekat booth yang jual insurans. I'm not quite remember apa nama agent tu but agak famous. Suami aku nak dengar sebab nak belikan aku. Sebab that banner tunjuk gambar perempuan mengandung and baby.

Aku tak berapa berminat sebab aku rasa macam semua agent adalah menipu. Kenapa dia susah-susah nak tarik kita beli insurans if it's not because of money. Kan? Ada ke orang paksa kau untuk terima duit dari dia? Tak ada. No. Yele. Pu. So aku pun buat muka toya je sambil dengar penerangan orang tu.

Aku tak berapa suka dengan konsep yang dorang ketengahkan macam cakap if you got cancer one fine day and dia state in a year. Means dia tahu bila kita akan kena? If esok? Kita boleh ke guna terus. I don't think so. Itu macam minta-minta and doa pulak kan? Yela kita memang tak tahu bila kita kena but if kita sihat kita akan menyimpan dengan dorang sampai bila? That's on my mind yang aku tak keluarkan dekat salesperson tu.

So aku pun beransur-ansur belah nak tengok kasut dekat booth sebelah, dan berjaya paw suami belikan aku satu. Okay main point dia aku memang terfikir nak beli insurans ataupun takaful untuk masa depan. What my husband said was right dia nak belikan aku insurans tapi aku tak nak dengar sama sebab aku ingat semua agent adalah penipu. Well it's a cruel world. Aku banyak pengalaman kena tipu sebelum ni. So haruslah berhati-hati. Lebih-lebih lagi berkaitan duit.

Cuma aku tak nak that kind of insurans dan dia punya bayaran dalam RM200 minimum agak mahal bagi aku. So aku pun google lah apa insurans yang terbaik dan tidak cekik darah. Apa yang lecturer aku cakap nak beli insurans or takaful sila tanya pendapat pihak yang tiada kepentingan dan bukan jual insurans. Of course semua penjual insurans akan cakap dia punya terbaik right?

1. Kena tau yang dia adalah sumber halal. Dari pembacaan aku insurans haram, takaful halal. Sila betulkan if i'm wrong.

2. Makin banyak bayaran makin banyak dia cover. Tapi kena baca betul-betul polisi dan tanya sampai faham. Bagi aku RM150 reasonable lah untuk setiap bulan.

3. Bergantung kepada apa yang kita nak cover. Kesihatan? Rumah? Nyawa? Kereta? Pastikan ianya sesuatu yang penting.

4. Prinsip insurans untuk pelindungan bukan pelaburan atau simpanan. Asb kan ada.

5. Setakat ni yang penting adalah pelindungan perubatan dan kereta.

Aku tak amik mana-mana insurans/takaful lagi buat masa ni sebabnya aku masih dalam proses mencerna kepentingan dan kebenaran insurans, ceh. So kalau aku dah jumpa yang sesuai dari segi bayaran dan kebaikan aku akan share.

Rasa macam tua pulak cerita pasal insurans. Ahaks.

Bye.

No comments:

Post a Comment