Friday, September 5, 2014

Bucket List - Johor.

Alhamdulillah kami berjaya sampai ke Johor. Minggu lepas kan ada cuti tambahan which is hari merdeka. So on that 31st kami bertolak ke Johor baru awal pagi tu. Sebenar FIL aku pun pergi Johor jugak melawat adik ipar aku yang belajar di MRSM sana. Kira waktu kami bertolak hampir sama.

Sebelum ni aku pernah bagitau wish list aku kan. Aku ada 3 negeri yang tak pergi lagi dalam Malaysia iaitu Johor, Terengganu dan Sarawak. Memandangkan Johor paling dekat kita pergi sana dulu.

Destinasi pertama kami ialah JPO. Sebab dia yang paling dekat dengan highway. Sebelum sampai kami dah janji seorang satu baju je beli. Haha. Tapi disebabkan tujuan aku datang sini selain jejak kaki ialah konon nak early birthday celebration suami lah kan. Alang-alang cuti dan berjalan-jalan kita buat sekali lah ye dak.


Sikit lagi nak sampai.

Muka teruja dah sampai, tak pandang camera terus.

Malu tapi mahu. Di situ lah (Adidas) aku berjaya habiskan duit untuk beli hadiah dia ni.

Ni je yang mampu tapi ni sebelum rambang mata. Sebab ngam-ngam pulak dorang buat sale merdeka patutlah berbaris manusia.


Bila dah penat habiskan duit kita check in hotel, which is M Suites Hotel. Harga berbaloi dengan kualiti. Tak silap 3 star ke 4 star. Hehe. Malam tu kita orang pergi Bazaar Karat sebab termasuk dalam wish list jugak. Tapi aku dah sangat penat untuk tangkap gambar. Perempuan mengandung katanya. Aku pun tak beli apa sebab rasanya macam sama je dengan yang dekat downtown. Beli makanan je sebab lapar yang amat.

Lepas tu makan kat kawasan steamboat lori yang harga dia mahal macam fast food. Hoho. Aku mencari magnet Johor tapi tak jumpa last-last esoknya aku beli magnet Legoland. Tapi tu kita cerita di lain column.

Bye.




No comments:

Post a Comment