Wednesday, September 17, 2014

Cuti

Minggu ni walaupun ada cuti 3 hari tapi adalah hari yang sungguh unproductive buat aku. Sabtu sibuk mengemas sebab malam mak aku nak datang tidur rumah jap. Maklumlah cuti sekolah dorang nak pergi bercuti ke Vietnam. So memang tak keluar rumah. Malam je pergi airport kejap bawak makan then balik rumah. Ahad pulak hantar pergi KLIA stay sampai petang. Then balik rumah. Memang tak keluar langsung.

Isnin pulak aku buat keputusan untuk kerja dan laki aku pulak nak half day. Pun buat kerja terpaksa sebab mood malas melanda. Then Selasa cuti seharian bermalas-malasan atas katil main game, bangun pukul 3 prtang masak, makan then sambung baring-baring. Petang nak maghrib baru keluar pergi rumah mertua. Oleh kerana terlalu bosan aku ajak laki pergi downtown Mines tu je paling dekat yang buka malam-malam. Sebenarnya nak makan char kuew tiaw dan beli asam jeruk. Tapi kedai asam jeruk tu tutup. Char kuew tiaw je la dapat. Dan beli tudung 2,3 helai. Pas tu balik da kul 12.30malam mata pun dah nak tertutup.

Dan hari ni kerja balik. Aku dan laki dah malas-malas nak menghadapi hari-hari kerja setiap hari. So aku cadangkan kami kena jadi bos. Maksudnya buka bisnes sendiri lah kan. Which is kena tunggu tahun depan sebab kena kumpul modal banyak-banyak dulu. Bak kata lecturer aku nak berhenti kerja kena ada at least simpanan 6 bulan gaji. Mampu? 12k lah maksudnya? haha. Pengsan. Lagi 10 tahun kerja belum tentu dapat kumpul simpanan banyak tu.

Aku suka bekerja sendiri yang berkaitan dengan bisnes. Walaupun penat kan tapi puas lah tak delah pergi kerja buat muka ketat. Anyway aku sedang fikirkan bisnes apa yang sesuai lagi pun tahun depan InsyaAllah ada baby, kena lah spend time dengan baby selalu. So ada bisnes ni senang lah nak spend time dengan dia ye tak?


Okaylah aku nak sambung buat kerja. See you when i see you.

Bye.

No comments:

Post a Comment