Monday, September 22, 2014

Second Younger Sister

Yang pakai tudung mint green tu adik aku yang paling bongsu. Sekarang umur dia 15 tahun. Dia sekolah di sekolah yang sama dengan aku dulu SMK Tansau. Nama dia Nur Shania, diambil sempena mak aku masa tu minat Shania Twain. Tapi kami panggil dia Caca. Masa dia kecil aku pernah jaga dia sebab dia lahir aku dah 10 tahun. Masa tu mak aku baru nak mohon pindah ke KK sebab adik aku ni lahir Labuan.

So akulah yang baby sit dia. Dari baby sebab tu dia manja dengan aku. Aku lah yang buat susu dia, tukar lampin, tidurkan dan macam-macam. Dulu kami selalu macam tunjukkan kasih sayang macam kiss ke apa tapi orang yang tak biasa macam tu akan rasa pelik. Padahal bagi kami biasa.

Dia ni rabun, even dia paling kecil dalam family tapi dia dah macam mak nenek. Haha. Aku dengan dia start pakai tudung sama-sama which is bulan 6 tahun ni. Dulu dia pakai jugak tapi on off. Kalau nak harapkan kerja rumah dia ni banyak tak tahu selalu kena marah sebab dia dari kecil ada orang gaji yang buat. Ikut kem pun jarang so tak berdikari sangat. 

Dia cakap kat mak aku dia tak nak kerja nak duduk rumah tunggu duit mak aku. Haha. Aku pun tak tahu lah dia ni. Dia kalau bab artis bab lagu semua dia tau lebih-lebih artis hollywood tapi bab pelajaran lemah. Mana taknya tak study pun dengar lagu je. Kena suruh pun selalu blur-blur. Tapi dia je lah adik yang aku ada.

Bye.

No comments:

Post a Comment