Memandangkan sekarang aku dah berada di minggu yang ke-15, ada lebih kurang lagi 25 minggu sebelum bersalin. Walaupun orang tak nampak lagi perut aku, aku pun tak rasa perut aku besar tapi aku dapat rasakan yang kebanyakan seluar berzip yang baru beli dah tak muat or muat tapi sempit. Kalau yang lama masih muat sebab dulu aku suka beli seluar yang bersaiz besar, satu atau dua saiz.
Baju tak ada masalah lagi setakat ni. Cuma kain yang getah je dah agak ketat. So antara barang yang perlu dishopping :
Baju/Jubah/Dress mengandung (maybe perlukan 2,3 je lagi)
Seluar Mengandung (kena ada atleast 2 helai warna basic)
Blouse Mengandung (yang ni aku rasa 1,2 helai okay kot sebab boleh beli baju besar)
New Bra & panties (ini agak perlu)
Kasut yang selesa (atleast beli 2)
Baju mengandung or maternity clothes ni agak mahal okay. Aku tengok dekat H&M dan Ginger Snap ada tapi harga melebihi RM 50 sehelai. Hehe.
Untuk bulan ke-7 nanti :
Kad Lawatan Hospital
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai)
Stokin (2 pairs)
Kain Batik (2 helai)
Bra (3 helai)
Panties (5helai)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
Selipar (1pasang)
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai)
Sikat
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (2 helai)
Ini aku tiru je dulu dari blogger lain tapi aku rasa nanti aku akan confirmkan balik untuk kegunaan diri sendiri.
Set berpantang :
Set Berpantang
Stokin tebal
Baju Sejuk
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut
Tu jelah dulu yang sempat aku list down nanti aku update dari masa ke semasa.
Bye.
No comments:
Post a Comment