Friday, August 22, 2014

CITA - CITA

Dulu masa kecil - kecil seawal sekolah rendah dah start ditanya cita-cita bila besar nak jadi apa. Siap tulis dalam buku rekod pelajar yang sekali dengan markah periksa dan tinggi berat tu setiap tahun tu.

Aku tak berapa ingat aku cakap nak jadi apa tapi setiap tahun berubah. Yang aku ingat ada tiga pilihan tapi pilihan pertama aku taruk peramugari. Tapi masa tu aku dikutuk kawan-kawan sebab dorang cakap berdosa tunjuk rambut, pakai seksi nanti mati kalau kapal terhempas. Jahat sungguh mulut budak kecil dahulu.

Ada satu tahap aku rasa dah tak ada idea nak cakap apa kat cikgu pasal cita-cita, yelah setiap tahun tanya kan? Makanya aku jawablah nak jadi penyanyi. Confident kau suara sedap. Haha. Lepas tu menyesal bila tengok kat buku rekod tu. Adik aku lagi lah cita-cita nak jadi ustazah.

Lepas tu dah sekolah menengah dah matang sikit, nak jadi peguam. Masa tu stick lah jugak dengan cita-cita tu berapa tahun. Tapi bila naik tingkatan empat orang dah sibuk cerita pasal universiti semua. Aku masa tu duk usya borang UPU yang manual masa tu. So baca la requirement setiap cita-cita.

Aku tengok peguam macam sangat susah je nak kena score banyak subject. So masa tu macam tiba-tiba tertukar cita - cita nak jadi pereka dalaman. Aku mohon tu first choice kedua arkitek, ketiga landscape dan lain-lain. Masa tu dimomokkan dengan gaji besar tapi hakikatnya bila dah kerja. Hurm.

So aku pun dapat interview untuk first choice masa tu kena suruh lukis aku siap tanya interviewer cantik tak aku lukis. Haha, nasib dia jawab cantik. Masa tu dia tanya kalau dapat dekat Kelantan okay tak, aku diam. Haha. Jawab jugak tapi saya baca dekat dalam UPU pereka dalaman ada dekat Shah Alam dengan Perak je ada ke dekat Kelantan? Dan-dan dia cakap mungkin akan pindah ke Kelantan aku iyakan saja. 

Alhamdulillah aku dapat dan aku kerja sejajar dengan cita-cita aku. Walaupun kadang-kadang aku give up dengan kerja aku tapi nikan pilihan aku masa tu. Aku harap sangat kalau masa tu sebenarnya cita-cita aku lain. Haha. Untuk yang pramugari tu aku memang ada mohon 3 kali sekali manual 2 kali aku pergi untuk MAS dengan Malindo tapi reject dekat interview. Sebab aku cakap aku nak kahwin.

Kalau add math aku okay mungkin aku dah kerja dekat laut sekarang. Aku terpilih antara beberapa ribu orang shortlist interview untuk Jurutera Marine tapi add math ku sangat teruk walaupun matematik A. Harapan bersyukur lah nak dengan apa yang ada sekarang.

Tak ada maknanya pakai pensel computer sudah.

p/s : Semalam kami tidur hotel.

Bye.

No comments:

Post a Comment