Wednesday, August 6, 2014

Peralatan Rumah.

Bagi kami yang baru kahwin, adalah menjadi rutin mengikut perancangan untuk merancang perbelanjaan bulanan agar tidak menjadi papa kedana sebelum waktunya. Tapi bulan ni terpaksa dibuat pengecualian kerana merupakan pertama kalinya kami menyambut syawal bersama. Jadi perbelanjaan melambung naik dari start beli tiket flight lagi, diikuti dengan beli baju dan barang-barang raya lain.

Mengikut perancangan awal, satu barang elektik setiap bulan. Tapi aku baru start kerja lepas 5 bulan kahwin makanya tak dapat lah den tolong. So barang letrik pertama suami aku belikan iaitu rice cooker which is sebelum ni masak nasi guna gas. So lepas aku dah kerja ni aku rasa dah boleh start kumpul aset.

So mengikut perancangan macam ni :-

8% dari gaji : RM 150 simpan ASB
10% dari gaji : RM 200 beli barang keperluan sendiri (makeup, baju, tudung dll)
20% dari gaji : RM 400 (rahsia)
17% dari gaji : RM 300 untuk belanja ke pejabat.

Baki 55% ni lah yang digunakan untuk kecemasan, beli perabot IKEA, beli barang dekat DAISO, perhiasan dekat KAISON dan beli barang elektrik. Tu dari pihak akulah. Sebab sometimes kena membantu perbelanjaan dari segi dapur dan bil.

Memang itu tanggungjawab suami dan tak boleh manjakan suami sangat tapi kalau kita redha dan ikhlas membantu InsyaAllah pahala menanti. Tapi jangan beri lebih uols nanti suami naik lemak nanti dia lepas tangan pula. Jinak-jinak miaw orang kata. Hehe. Untuk bulan ni aku nak beli ini :-

Jug air tapi tak tahu antara dua, yang macam ni ke atau yang cenggini,

Kalau boleh nak harga berpatutan dan tahan lama aku rasa antara dua ni harga berpatutan lah. Yang atas tu RM 53, yang bawah RM 102 tak lari dari budget bulanan. Nak jenama Philips tapi apakan daya mahal sangat. Nanti kalau dah beli aku bincang barang lain pulak tahu. 

p/s : hari ni bawak bekal beramai-ramai.

Bye.

No comments:

Post a Comment