Tuesday, August 19, 2014

Cara Mengetahui Jantina Baby.

Sebelum ni bila orang tanya aku apa alahan aku apa yang aku alami waktu pregnant ni ramai yang meramalkan aku akan dapat baby lelaki. Betul ke? So aku pun tanya encik google antara cara orang meramal jantina baby sebelum scan. Ini cuma sekadar perkongsian yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Kalau baby lelaki :-


Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.

Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.

Perut anda “rendah”.
Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Kulit anda menjadi kering.
Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
Anda tidur mengiring ke kiri.
Air kencing anda berwarna kuning cerah.
Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.




Kalau bayi perempuan :-

Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
Perut anda bulat.
Perut anda “tinggi”.
Muka anda tidak berseri-seri.
Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
Kulit anda lembut.
Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
Anda tidur mengiring ke kanan.
Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
Air kencing anda berwarna kuning samar.



Tapi aku pulak rasa perempuan sebab muka aku memang nampak sembab dan tak berseri. Aku baca ikut kajian 90% kalau berjerawat masa hamil adalah anak perempuan. Aku memang tumbuh jerawat teruk seminggu dua ni sebabnya aku pun tak tahu. Aku sampai cuci berus make up aku semua. Sebab sebelum pregnant dan kahwin aku jarang tumbuh jerawat kalau ada pun seketul setahun 2,3 kali je. Ni berlambak jerawat siap bersepah lagi kat muka, aku pun naik takut.

Lagi satu aku tak boleh makan daging terutamanya rendang. Aku akan mengalami pedih ulu hati yang teruk dan tak selesa sepanjang hari even makan daging seketul kecil je. Sob sob. Makan ayam dengan ikan jelah.

Aku kan selalu rasa mual loya-loya so aku tak berapa suka asam sangat kalau dulu yes suka, jadi bagi hilangkan perasaan itu aku suka manis-manis macam gula-gula ataupun kismis. Mulut akan rasa tawar pahit-pahit tak selesa so makan lah benda manis untuk hilangkan rasa tu. Tapi mangga mentah aku tak tolak kalau mangga tu ranggup-ranggup cicah sambal kicap. Hurm hurm terliur. Haha.


No comments:

Post a Comment