Sunday, August 31, 2014

Buku Pink : IC Baby

Bagi bakal ibu, akan perlu untuk membuat buku kesihatan bayi. Ia macam catatan kesihatan bulanan lah. Aku pun tak terkecuali. Khamis tu aku lunch then aku tertelan tulang ikan keli so tulang tu menyangkut lah dekat tekak. Aku dah rasa tak selesa tapi aku biar je.

Esoknya aku rasa macam demam so aku cadang nak amik mc. Aku pun pergi klinik kesihatan. So dah alang-alang aku buat buku pink ni terus. Al maklumlah office aku susah nak cuti. Mula-mula dia akan tanya lah ada penyakit ke apa ke. Then dia akan brief sikit mengenai pregnancy. Lepas tu timbang berat. Dah siap timbang dia akan suruh kencing dan darah untuk check HIV dan Talesemia.

Dah settle dia akan scan sebab aku ni kan hari tu ada masalah sikit. So lepas dah scan tu aku nampak lah baby dia cakap saiz normal dengan minggu dia. Sebab aku dah 11 minggu 2 hari masa tu. Cuma perut aku je tak nampak lagi. Maybe hujung bulan ni nampak. Lepas tu doktor tu tengok lah tekak aku mana tulang ikannya. Tapi tak nampak so refer aku ke Hospital Serang.

Walaupun nampak lawak tersangkut tulang tapi bahaya sebab boleh kena cancer kalau biarkan. Aku dah lah penat kan tunggu sehari pulak kat kecemasan kat hospital tu. Suami aku terpaksa EL temankan. Then masuk je jumpa doktor, doktor tak dapat buat pulak. So dia refer aku pulak pergi ENT. Malangnya lepas masukkan macam-macam dalam mulut aku (camera, besi, etc.) tak nampak jugak tulang tu. Aku sampai kuar air mata nak muntah-muntah.

Last-last dapat ubat dan buat appointment lain. Doktor ingat perasaan aku je sebab dia ingat tulang tu dah kat dalam. Tak nampak kan. Dia ingat luka je ke aku rasa macam tulang tersangkut. Sebab aku cakap sakit dia pindah-pindah macam ada dua tempat. Memang betul pun dia sakit tak tetap sebab dia bukan melekat cuma sangkut je.

Aku dah rasa takut kalau sakit camne nak makan, camne nak bercuti ke Johor. Hurm. So malam tu aku macam paksa nak keluarkan. Nak jolok macam tak berani sebab loya aku berada di tahap yang tinggi. So aku pun batuk-batuk sampai rasa dia dah kat tekak. Then keluarkan kahak banyak kali, last-last aku dapat rasa tulang tu dah kat lidah. Aku berjaya keluarkan sendiri. Alhamdulillah. Panjang gak tulang tu patut lah sakit.


Bye.

No comments:

Post a Comment