Friday, December 27, 2013

Cek kesihatan : Ujian HIV dan Talesemia

Okay nak cerita pasal cek kesihatan pulak. Benda ni kena cek atleast 3 bulan awal or selewat-lewatnya  seminggu sebelum bernikah. Mungkin takut buat awal tiba-tiba last minit terkena tak pun buat lambat-lambat tak sempat. Benda ni penting jugak sebab nak dijadikan cerita ada salah faham sedikit. Aku ni dah isi borang permohonan nikah di Sabah pihak perempuan punya. Masa tu jugak dah buat test HIV dan talesemia. So aku tanya Mizi borang dia perlu isi tak? Dia cakap tak cukup dengan borang aku saja. Nak dijadikan cerita aku pun suruh lah adik aku bawak balik. Yelah kita takut hilang kan. So last minit dia cakap dia kena isi borang minta pengesahan JAKIM. Dalam borang tu mesti ada bukti test tu, padan muka. Terpaksa lah pergi klinik yang sama minta salinan keputusan ujian. Nasib ada. Tak mahu aku ambik darah sebotol lagi sekali.

Sakit okay.

So sebelum nak pergi kena cek jadual kat klinik kerajaan tu. Sebab dia ada masa-masa tertentu contoh kat klinik Serdang dia setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Masa lepas pukul 2 petang sehingga habis waktu pejabat. Bayaran adalah RM1. Kalau ada yang ikut giliran kena tulis nama then dibagi number. So tidak lah menunggu lama. Seeloknya bersama pasangan. Mula2 isi borang beberapa muka surat then timbang ukur tinggi. Lepas tu pergi bilik ambik darah. Bagi lelaki kena ambik sedikit sahaja sebab kena cek HIV sahaja. Perempuan kena ambik untuk HIV dan talesemia. Tapi keputusan boleh dapat hari tu jugak.
Okay lah selamat mencuba. Gituh.

Next : kain dan tempat menjahit berbaloi.

Bye.

Thursday, December 26, 2013

Kursus kahwin

Bagi yang mencari kursus kahwin selepas selesai bertunang bolehlah mencari di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Boleh serah internet kata kunci kursus kahwin, ada yang siap dengan jadual.
Kena cek awal sebab kalau cek minggu ni belum tentu boleh buat minggu ni jugak atau minggu depannya.
Macam aku terpaksa tunggu bulan depannya sebab masa tu kursus kahwin agak laris sebab ada ura2 kena tidur lah ada ujian lah.
Aku ada contact Number seorang ustazah yang urus pasal kursus kahwin ni tapi Number da tak simpan, rasanya search internet berlambak.
Pilih tarikh yang dua2 free, then message ustazah/ustaz untuk book tarikh tu dengan bagi Number i/c dan nama.
Aku tak pastilah kan sama ada semua area yang buat kursus kahwin ni masa dia sama or tidak.
Tapi yang pasti jumlahnya bayaran adalah RM80 dan di bayar waktu pendaftaran.
Bagi mereka yang masih berada di universiti bolehlah terus buat masa belajar tu sebab dengar kata free ke hala price macam tu.
Setiap sijil kahwin tak ada tarikh luput macam muet, tapi kalau hilangkan kena buat balik.
Then kalau nak kahwin lagi bagi lelaki tak perlu buat semula.
Macam aku, aku buat di Putrajaya, masa pendaftaran 12 tengah hari - 2.30 petang. Lepas tu terus start sampai pukul 6 petang.
Ia dua hari, hari kedua 8 pagi - 6 petang. Tapi masa tu balik awal sebab ada karnival dekat Putrajaya.
Sijil akan diberi lepas seminggu, diberi maksudnya ambil sendiri dekat pejabat JAIS tu. 
Kalau yang nak kahwin dalam masa beberapa hari lepas kursus boleh request nak awal.
Tapi memang ceramahnya sempoi tak rasa kerdil pun. Sebab kadang2 ada ceramah yang menyindir-nyindir buat kita rasa terasa.
Secara keseluruhan buat kat Putrajaya agak best sebab dewan dia auditorium, aircond memanjang so tak adalah berpeluh-peluh.
Disaran kan buat awal misalnya macam aku dah bertunang bulan 2 eloklah buat kursus dalam bulan 3 atau 4 sebab buat last minit banyak benda yang perlu disettlekan.

Sampai sini dulu tunggu next post.

Next : ujian HIV dan talesemia.

Bye.

26.12.2013

Assalamualaikum semua.
Lama benar tak update blog ni, password pun dah hampir lupa.
Kepada yang sering mengintai walaupun tak ada pembaharuan terima kasih daun keladi aku ucapkan.
Mak jemah busy uols maklumlah majlis dah nak dekat katanya.
Pejam celik lagi 35 hari tau banyak lagi tak siap ni.
Di kesempatan ini mak jemah akan cuba update untuk membantu mereka2 yang jugak menguruskan perkahwinan sendiri, yang jimatkan cost dengan memberitahu step by step dan jugak tempat2 yang berbaloi untuk beli barang kahwin.
Dari beli door gift, hantaran hingga lah ke kain.
Tapi mak jemah tak expert sangat, pernah terkandas jugak tapi tak mengapa pengajaran untuk adik2 yang baru nak up, ok? Gituh.
Tunggu post yang seterusnya tau.

Kau hade?

Bye.