Wednesday, November 5, 2014

Novel Ketigabelas & Keempatbelas : Bukan Kerana Aku Tak Cinta & Tuan Rumah Pembantu Rumah

Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.




Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) kerana Taufeeq curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zam Zam). Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya. Dengan bantuan Sara (Syahira), Areen berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan). Areen memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan tentang latar belakang diri serta keluarganya.

Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.

Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk kenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.

Lut (Syafiq Kyle) iaitu pemandu peribadi keluarga Emir telah jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu. Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan Areen dari Lut.

Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul dalam dirinya terhadap Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen sengaja memulakan pertengkaran.

Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin (Hilal Azman) iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu, Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini merupakan seorang chef dan anak orang berada.

Taufeeq pula kembali untuk mencari Areen selepas terdesak oleh kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Taufeeq bertemu Areen dia ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang mengekori Areen dalam diam telah menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serta mengaku dia adalah kekasih Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada padanya untuk memaksa Areen menjadi teman wanitanya. Apakah yang akan terjadi selepas itu?



Bye.

Tuesday, November 4, 2014

Kepentingan Obimin

Kandungan Obimin :

Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin B3
Vitamin B5
Folic Asid, 
Iron, 
Calcium, 
Copper, 
Iodine.

Kepentingan Obimin :

Obimin akan diberikan apabila ibu mengandung masuk ke stage second trimester. Ia membantu meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien. Nanti tidaklah gusi berdarah, kaki cramp, rasa nak pitam dsbg.

Aku tak tahu pulak orang anggap yang obimin ni membesarkan saiz baby. Aku jarang makan obimin ni, aku hanya makan kalau aku rasa tekak aku masa tu tak ada rasa mual yang kuat. Seminggu makan 2,3 bijik je, tapi aku cakap kat nurse aku makan hari-hari. Hewhewhew. Yelah saiz dia besar pastu bila dah makan akan rasa pahit kat mulut dan tekak rasa nak muntah.

Kebaikan lain obimin adalah ia vitamin untuk menambah kandungan darah. Ianya akan menambah unsur ferum(Fe), untuk sel darah merah yang baru supaya ibu mengandung tidak mengalami anemia (kurang hemoglobin). Ini akan mencegah ibu mengadung daripada letih dan kelihatan pucat. Kekurangan ferum menyebabkan ibu mengandung mudah letih dan ini tidak bagus untuk kandungannya.

Bye.

Monday, November 3, 2014

November Haul - Body Shop

Memandangkan aku nak pertahankan member Body Shop aku untuk tahun depan aku pun kena lah beli something kat Body Shop. Tapi bukan sebab itu saja, aku pun suka product dia yang less chemical. Anyway, aku sedih sebab harga barang kat Body Shop dah mencanak naik. Baru last month tengok harga hujung bulan dah tukar. Hurm.

So bulan ni aku beli Body Cleanser, sebab aku punya yang Honeymania dah habis. Nasiblah kau habis hujung bulan.

Bau dia sangat-sangat best, dan ini best seller tau. Vineyard Peach Shower Gel. Harga RM29.90.

Second item yang aku beli ialah BB Cream.

Tea Tree Flawless BB Cream. Aku amik nombor 02, tak kan nak fefeling putih kan? Lagipun tu je warna yang ada aku rasa untuk Asia dia jual color tu je kot. Ni harga dia RM 55. Dari segi tekstur okay sebab dia tak melekit even tak pakai bedak after apply. Cuma dia ada bau-bau ubat sikit.

Untuk dua item ni aku habis :

Body Cleanser - RM 29.90
Paper Bag - RM 0.50
BB Cream - RM 55 tolak aku punya rebate RM15 = RM 40

Total - RM 70.40

Aku beli dekat Body Shop Branch Times Square. Aku ingat tak de branch dia kat situ.

Okaylah aku tak de mood nak cakap banyak-banyak.

Bye.