Wednesday, July 2, 2014

Hadiah kahwin

Siapa yang tak suka hadiah kan (selain duit), termasuklah aku. Haha. Benda awal tanya mak aku lepas sanding banyak tak hadiah. Nampak benau mata hadiah (bunyi mata duitan). Tapi tak banyak pun hadiah aku dapat. Tak sebanyak angpau yang dah dipau mak aku. Sob sob. So ini antara hadiah aku dapat.

1. Frame gambar family.
2. Jam dinding vintage.
3. Periuk.
4. Gelas kaca x 2
5. Cadar.
6. Set mangkuk.

Ini lah antaranya.


Angpau ni yang ada nama aku je aku punya yang tak ada mak aku amik. Sedih mak nak. :( Jangan ditanya mana yang tak ada nama aku tak sempat snap sebabnya mak aku dah simpan dalam guni dia. Memandangkan aku kahwin ngam-ngam CNY hari kedua so banyak lah angpau aku dapat. Sebab family belah mak aku memang chinese semuanya. Keluarga Hiew katanya. Tapi dorang siap cakap ni angpau terakhir sebab dah kahwin. Sentap.


Ini pulak hadiah dari bestfriends aku yang tiga orang tu iaitu blender. Nisa tanya aku nak hadiah apa, pilihan dia ada 3 je Blender, Toaster atau kettle comel. Kalau tak of course mak jemah nak TV plasma 41" sebijik ye dak. Memandangkan aku tak ada blender lagi aku nak blender lah sebab itu lebih penting untuk orang yang rajin masak macam aku. Sila muntah. Haha.

Ini pulak Aunt aku bagi.


Thank you for your presents guys, yang ada nama mahupun tiada. Mak jemah guna semuanya.

Bye.

Tuesday, July 1, 2014

Berinai Cara Moden

Aku berinai dekat rumah sehari sebelum majlis nikah. Tak ada majlis berinai dan tak ada acara makan-makan. Apatah lagi nak buat majlis berinai kecik berinai besar. Semua tu costing, baiklah duit yang dibazir itu digunakan untuk berhoneymon, ye dak? Make up pun tak, baju pun pakai baju sedia ada.

Sebenarnya mak aku nak berinai ni dibuat pada malam makan keluarga lepas nikah tu. Tapi aku nak buat before nikah. Ada percanggahan pendapat di situ. Mak aku siap bagi contoh Cik Ta lagi, katanya dia berinai lepas nikah. Aku memang nak sebelum nikah so masa sarung cincin nanti dah ada inai. cantiklag bergambar kan, ni kosong. Last-last aku menang, dan nasib baik aku berinai sehari sebelum nikah, kalau tak mungkin sampai ke subuh tetamu tunggu aku berinai. Haha. Yelah nak buat time dinner keluarga. Lama owh lukis inai.

Memandangkan suami aku pun dah datang waktu ni, maka dia berinai sekali dengan aku. Tapi aku tak amik gambar dia sebab yang amik gambar pun adik aku. Lagipun lelaki inai basic je 3 jari tangan dan tapak tangan. Dah siap.

First step. Aku macam tak ada design inai berkenan so aku request dia buat ikut apa yang dia pandai.

Dah kering-kering sikit dah.

Siap.

Kaki. Sekejap je merahnya.

Aku tak cerewet sangat pasal inai sebabnya bertahan pun seminggu je kan, cuma kalau ada inai di tangan dan kaki bolehlah fefeling pengantin baru. Ahak.

p/s : Kami ada berbincang pasal majlis belah lelaki, patut buat ke tak. Tapi masing-masing macam rasa dah tak pengantin baru, macam dah terlambat.

Bye.




Baju Nikah dan Sanding Murah.

Semalam aku sahur makan coco crunch saja. Harap-harap lah mampu bertahan kekenyangannya itu. Hari ni aku nak cerita pasal wedding dress aku even dah berkurun tetap nak cerita jugak memandangkan aku belum cerita. Huahuahua.

Okay, untuk dress nikah aku terjatuh cinta dengan rekaan Rizman Ruzaini yang model dia Izara Aisyah. Baju tu design macam kebaya tapi dia dress. Aku jatuh cinta dengan that lace too, but its too expensive. Sebabnya aku usya kat Jakel and the price up to RM600 per meter which is out of my budget. So aku cari la lace tu dekat Kamdar, Gulati's dan Madras. Madras ni aku ternampak kat luar tingkap dia, lace yang cantik dengan harga murah. Kedai dia berdepan Semua House, on the way nak ke Station lrt Masjid Jamek.

Aku searching dah nak half day, cari kain sekali dengan lace. Nak cari yang sama macam baju tu tapi harga murah memang susah. Yelah ada ke lace yang putih tapi campur hitam, selalunya lace 1 warna saja. Last-last aku buat keputusan untuk cari warna hitam as a lace.

So kena cari kain untuk lelaki jugak. Aku tak prefer kain satin untuk baju melayu lelaki sebabnya ia nampak sangat kilat kalau amik gambar. So aku amik ada satu kain ni off white tak nipis dan tak licin aku tak tahu jenis dia sebab dia cakap chiffon 1 Malaysia. Aku beli 4 meters yang mana semiter jatuh pada harga RM 5.00. Samping aku jumpa yang sama dengan lace aku dekat Muaz Textile harga dalam RM 14.90.


Inilah baju nikah itu.

Cerita dia aku dah hantar baju suami aku dekat kedai area rumah dia dekat pekan Serdang. Situ amik jahit baju Melayu modern RM 110. Aku nak hantar kain aku dekat situ tapi waktu tu aku tak beli lagi, lagipun aku takut mak cik tu tak pandai jahit sebabnya aku tengok kebanyakkan dia jahit baju kurung.

So, mula-mula aku nak hantar kat kawan aku which is designer dia (UITM) bukan kawan aku pun. So aku deal dengan dia lah senang, memandangkan dia pun faham tentang design kan. Tapi ada masalah yang tak dapat diceritakan berlaku. Aku pun malas nak cerita. Tindakan tak professional. So aku pun amik balik kain aku.

Aku dah runsing tak tahu nak hantar mana sebabnya aku lagi dua minggu nak balik Sabah. Nak hantar kat Shah Alam tempat baju tunang dulu suami aku cakap jauh. Aku pun terfikir gak if aku kena fitting ke siapa nak hantar. And kalau aku dah balik Sabah susahlah dia nak amik kat sana. Satu hari aku hantar kad dekat rumah aunt aku kat Ampang (yang tempat aku tinggal masa praktikal). Aku tertanya dia tau tak tempat menjahit yang boleh hantar kain last minit. Dia cakap ada dekat Medan Mara yang dia selalu hantar dan dipercayai. Tapi akak (isteri cousin aku) sempat bisik cakap situ mahal.

Tapi aku tak ada pilihan so aku pergi sana dengan aunt aku dan hantar jugak kain aku. Kain aku ada dua which is off white dengan mint green. Dua-dua satin georgette dan lining satin. Untuk baju nikah (off white ), aku beli 8 meter untuk baju 2 meter untuk veil. Lining 5 meter. Untuk baju sanding ( mint green ), aku beli 10 meter untuk baju 1.5 meter untuk veil. Guna banyak kain sebab dia empire dress dengan ekor-ekor bagai.

Kedai akak ni nama dia Boutique Sharifah, tingkat 2 Medan Mara ( lama ) dan lagi satu dekat Kampun Baru. Yang kat Kampung Baru ni lebih kepada konsep rumah boutique. 

Harga baju nikah :

Jahit  RM 150
Patch lace  RM 200
Veil  RM 150

Harga baju sanding

Jahit  RM 250
Jahit Manik  RM 200
Veil  RM 150

Total  RM 1100.

Ini baju untuk sanding.

Ini contoh empire dress yang aku amik dekat majalah.

Inilah contoh baju itu. Fefeling kurus.

p/s : Semalam tak dapat nak sambut anniversary dekat Mid Valley atas sebab tertentu. I is sad. Taaaapi akan ditunda jugak macamana pun.

Bye.