Sunday, June 22, 2014

Tempat yang wajib pergi lepas kahwin.

Semalam serious panas yang teramat, siap gaduh-gaduh dengan suami. Salahkan dia sebab panas, padahal bukan salah dia pun. Sebenarnya tak puas hati dia dapat tidur nyenyak yang aku ni dah 20kali berkalih tak dapat tidur balik. Cemburu weyh. Terbangun sebab haus gila. Suami pun rasa bersalah pergi tandas amik air basahkan muka aku. Haha.

Okay post kali ni nak cerita tentang tempat yang aku akan pergi sejak-sejak jadi isteri ni. Antaranya :


Tempat ni untuk beli barang-barang rumah yang basic.

Tempat ni untuk beli hiasan yang murah.

Tempat ni pulak untuk beli perabot.

Tahun ni struggle sikit sebab berusaha nak penuhkan rumah dengan perabot dan barang elektrik. Patut sebelum kahwin kena beli siap-siap tapi apakan daya persiapan kahwin pun dah beribu-ribu habis. Antara kesemua tempat suami aku boleh bawak ke Daiso je sebabnya dia tak suka Ikea sebab ramai orang bersesak-sesak, Kaison pulak jauh dari rumah. Dia memang malas nak bawak aku tempat jauh-jauh, ramai-ramai siap bergaduh merajuk belum tentu sampai. Haha.

Tapi akan ku paksa bila gaji nanti. Senarai dah panjang ongkosnya je tak cukup. Aku siap buat list untuk Ikea sekali dengan harga dan plan. Semangat itu perlu. Dan sekarang niat nak cat dulu, ke nanti je sebab raya pun bukan kat rumah. Ntahlah. Yang penting nak tukar pintu.

Bye.

Saturday, June 21, 2014

Sinar Mustika

Ni gambar pelamin yang aku nak untuk nikah ni.Majlis nikah aku pada 31hb Januari 2014 diadakan di Dewan Sinar Mustika, Putatan. Memandangkan alamat aku Kota Kinabalu jadi aku kena buat tempat yang dekat dengan rumah. Sebetulnya aku nak buat dekat masjid office bapak aku, masjid baru. Tapi kena buat surat sebab tu sudah masuk daerah Putatan. Kena booked ustaz lain. Dan nak dijadikan cerita aku buat dalam borang nikah tu Masj aku adalah Masjid Putatan.

Masjid Putatan dalam proses pembinaan masa tu. Jadi tak dapat buat dekat situ yang paling dekat adalah dewan itu. So nak tak nak terpaksa lah buat situ. Harga sewa dewan termasuk hi-tea tak silap aku dalam RM 1500 ++. Aku memang nak buat dekat rumah tapi rumah aku mempunyai masalah parking dan ruang pun tak melayakkan untuk memuatkan 100++ orang tetamu.

Ni contoh pelamin yang aku nak untuk nikah.

Pelamin ni budget dalam RM 1500 termasuk inai. Ni mak aku sponsor kan. Orang yang sama jugak buatkan hantaran aku nak bagi pihak lelaki aku tak ingat harga tu termasuk hantaran ke tidak. Nanti aku pastikan tapi aku rasa termasuk. Aku memang siap buat list damage untuk persiapan kahwin dari sekecil- kecil kasut sampai lah sebesar-besar pelamin, semuanya dalam diary aku.

Sesi menyarung cincin. Persalinan nikah.

Cousins.

Family dengan tema putih.


Family in law.

Dinner dan majlis merenjis. Persalinan kedua.

Aku syorkan berinai tu buat sebelum nikah sebabnya memang lama, takut tak mengikut jadual jadi bagi mengelakkan majlis tidak berjalan lancar elok buat sehari sebelum nikah. Aku bersyukur sangat sebab buat sehari sebelum nikah sebab dia nak ukir-ukir tu memang lama dengan juru inai lambat datang, mengandung lagi kena tunggu dia take time dengan nak inai aku dan suami. Ini dulu buat masa ini.

Bye.

Friday, June 20, 2014

Kucing.


Sempena tahun 2014 ni buat pertama kalinya aku membela kucing. Yeay! Sebenarnya aku dan suami dah lama nak bela kucing. Tapi kami feeling2 nak British Short Hair, over sangat tau. Dah beberapa kali amik kucing jalanan tapi kebanyakan ditinggalkan di rumah parents suami.

Sebabnya rumah yang kami duduk sekarang ni apartment dan tak boleh pelihara pet. So apa kami buat? Kami bawak masuk curi2. Ceritanya bermula 2 minggu lepas suami aku post gambar siapa nak bela kucing, tapi tagged aku, motif kan dia tu. Cakap je lah kalau dia nak. Nak minta back up pulak. Then aku cakap nak lah.

So dia balik je keje suruh tunggu dekat lift, aku tengok siap bawak kandang, makanan, pasir berak dan biskut. Semangat lebih ni. Kucing tu dia jumpa dekat site ada 4 ekor. Dia berebut dengan kawan dia, tapi kawan dia dapat yang comel. :( Nak bela 4,4 memang tak mampu. So masalah pun bermula, yelah macam mana nak angkat semua tu lalu cctv? Haha.

So kitorang tutup guna kain dan angkat sikit2. Nasib lah kitten tu tak berbunyi, senyap saja. Waktu tu aku rasa kucing tu baru nak masuk usia 2 minggu sekarang maybe nak masuk sebulan or mungkin dah sebulan. Aku rancang gaji ni nak bawak pergi vet.


Ni masa hari pertama aku amik.

Ni Brownie, dia macam lambat membesar.

Ni Blackie besar sekali ganda dari Brownie.

Bye.