Wednesday, December 24, 2014

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU KE 29 - 32

Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.


Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.


Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.


Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.


Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.


Minggu 32

Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Bye.

No comments:

Post a Comment