Kipas yang aku beli telah rosak tanpa sempat aku gunakan. Sebenarnya boleh return tapi sebab tak ada masa so burn macam tu saja. Nak hantar repair pun malas. So dah tak nak beli barang letrik online, buat masa ni.
Demi Blackey yang kusayang, aku pun beli ni untuk hari jadi dia ke 5 bulan:
Tempat tidur pink
Aku harap dia dapat tidur sini sebab dia suka tidur merata-rata. Walaupun Blackey suka mencakar dan mengigit but I still love you.
Untuk aku pulak :
Hair dryer
Akukan dah berhijab kadang cuci rambut basah-basah pakai tudung tak dapat nak ikat rambut. Nanti busuk pulak kan. So benda ni wajib ada. Nak keringkan semula jadi pun boleh tapi ni untuk kadang-kadang.
Bukan tadi cakap taknak beli barang letrik?
Ni paling best aku cuba beli lipstick yang menjadi kegilaan ramai. Berdasarkan review orang tekstur dia sama dengan jenama MAC. Aku beli Wet n Wild Megalast Lipstick. Hehe. Aku cuba 1 warna dulu sebab nak tahu betul ke tak orang cakap kan.
24 karat gold
Nanti aku review ke'best'an dia okay?
Yang last ni untuk baby, sebab aku konon-konon nak bagi dia pakai lampin kain. Rajin ke nanti?
Pin comel
Bye.
Friday, October 31, 2014
Thursday, October 30, 2014
Perkembangan Bayi Minggu Ke 21-24
Minggu 21
Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.
Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.
Minggu 22
Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.
Minggu 23
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.
Minggu 24
Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.
Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.
Bye.
Tuesday, October 28, 2014
MGTT Test
Semalam (27hb October) aku terpaksa menjalani MGTT test untuk wanita yang mengandung. Sepatutnya aku amik bulan lepas tapi aku terskip bulan ni sebab datang lambat. Ikut prosedur kena puasa malam sebelum ujian, then pergi klinik seawal 8 pagi, buat test dan tunggu sehingga 2jam.
Ujian air gula atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) dilakukan kepada ibu-ibu hamil ketika usia kandungan pada 20 minggu & 28 minggu Ibu hamil yang mengalami keadaan seperti berikut adalah diwajibkan ujian ini, iaitu :-
1 – Berat badan naik berlebihan
2 – Sejarah ahli keluarga yang mengalami kencing manis
3 – Sejarah keguguran
Tapi dengar sekarang dah wajib untuk check up dekat klinik kerajaan.
Tujuan MGTT ini adalah untuk mengenalpasti kadar gula / glukosa dalam badan sama ada kurang / lebih yang mungkin mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Ia mungkin menyukarkan proses melahirkan dan mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut. Elok-elok boleh bersalin secara normal, sudahnya kena ceaserian pula.
Aku ni mempunyai sejarah mak dan nenek aku ada kencing manis. Tapi dorang kena baru sajalah bukan sebelum aku lahir. Tapi terpaksa buat jugak. Mula-mula sampai dia akan amik darah untuk dianalisis. Then akan diberi segelas air gula untuk dihabiskan. Perasaan minum air itu sangat nightmare. Bayangkan minum air yang pekat tak ada perasa cuma ada gula sahaja. Memang amik masa jugak nak habiskan segelas.
Aku masa tu cuma mampu berdoa dalam hati semoga tak termuntah sebab memang dah rasa kat hujung tekak. Aku minum air mineral curi-curi, sebab dia cakap jangan makan je kan? Memang kalau muntah akan buat balik ujian tu tapi bukan hari yang sama. Siapa yang nak kan? Sebab tu kawan aku pesan kalau muntah sikit jangan bagitau nurse tapi kalau muntah banyak or semua, baru bagitau. Siapa sanggup minum dua kali?
Lepas dah settle minum pergi makmal untuk cek air kencing dan amik darah dekat jari. Lepas tu baru masuk untuk consultation tapi aku minggu ke-20 so kena cek denyutan jantung bayi. Lepas dari tu amik ubat then tunggu untuk amik darah kedua lepas dua jam minum air gula tu.
Tapi keputusan tak dapat hari yang sama kena tunggu beberapa hari. Dan kalau klinik call means ada masalah dengan kita, kalau tak call means selamat lah ye. Aku berjaya muntah selepas amik darah kedua tu. Memang seharian aku rasa loya-loya sebabkan ujian tu. Sekarang hanya mampu berdoa semoga gula aku normal.
Bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)



