Sunday, December 29, 2013

Door Gift murah 2.

Semalam lupa nak review pasal reben plastik dan reben kain yang dekat door gift tu.
Reben plastik tu beli dekat Westar, Shah Alam.
Aku pun tak ingat dah nak beli berapa gulung nak cukupkan mungkin dalam 15 gulung.
Harga dalam RM 1.50 segulung.
Aku buat door gift campur2 450 pieces sahaja.
VIP punya door gift cadang nak bagi 100 pieces sahaja.
Yang reben kain tu aku beli kat Westar jugak.
Tapi baru2 ni Fah Lean, Seri Kembangan ada buat sale reben tu dalam 10-20% tak silap. So harga dari RM 1.50 jadi dalam RM 1.20 yang harga reben kain tu RM 1.00 jadi RM 0.50 tak silap.
Tapi kat Sayang U, Semua House reben kain satin tu agak murah RM 0.45 sen segulung.
Kena pandai tengok berapa yard segulung takut tak cukup.
Aku beli reben satin tu dalam 10 gulung jugak tak silap.
Tak ada silap sangat kalau ada silap sikit2 tu aku guna semula.

Okay nak cerita pasal 28.12 pergi majlis tunang cousin dekat Papar.
Cousin yang ni sebaya cuma beza bulan.
Dia bertunang sebab aku dah bertunang. Haha.
Apa pun Selamat Bertunang Joyce. Selamat menguruskan majlis perkahwinan.


Ni ja gambar yang sempat ambil, okay lah dari tiada.

Next : kad kahwin murah.

Bye.

No comments:

Post a Comment