Sunday, December 29, 2013

Kad kahwin Murah

Tajuk tak beragak.
Okay kali ni nak sembang pasal kad kahwin.
Sebenarnya aku ni tak tahu apa pasal kahwin2 ni first time katanya.
Mula2 lepas je rancang nak tunang bulan dua hari tu hujung tahun 2012 aku start beli majalah Inspirasi Pengantin dan Pesona Pengantin, harga satu antara RM 12.90- RM 14.90.
Tapi bila dah belek2 aku lebih suka Inspirasi Pengantin so beli yang tu jelah, mak tak kaya nak beli dua2.
So sekarang dah setahunya beli majalah tu untuk rujukan.
Memang dari zero terus dah tahu serba sikit pasal kahwin.
Siap bergaduh lah dengan pasangan kalau tak dapat teman beli. Hehe.
Aku rancang nak beli sampai bertandang.
Okay lah berkaitan kad kahwin ye, aku ada tengok2 majalah tu design yang aku suka, then nampak ada pasport, ada tiket, ada buku sekolah, surat, macam2 lah.
Tapi last2 aku pilih tiket penerbangan sebab simbolik cinta jarak jauh aku Sabah dia Selangor. Boleh gitu?
Kad ni aku tanya dua tempat dua2 kawan aku jugak.
Tapi aku pilih yang kedua.
Contoh kad,


Ni yang draf sahaja nak yang betul kena bagi alamat.
Aku mula2 nak buat 500 keping saja tapi harganya sama pulak dengan 1000 keping.
So fikir2 last2 buat 1000 keping.
Harga aku tak boleh mention, tapi memang berbaloi sebab dia termasuk kad, design dan sampul.
Nak tanya lebih lanjut boleh buka sini, dakcetak.blogspot.com .
Sebab kan kawan2 so dia memahami lah situasi kita. Selain buat kad dia jugak ada buat veil, bunga tangan, hantaran, macam2 lah boleh usya2 kalau nak tahu lebih lanjut. Hehe.
Okay lah teman nak siapkan door gift sikit nanti sambung lagi.

Bye.

No comments:

Post a Comment