Tuesday, December 31, 2013

Pre-wedding

Bulan October tak silap aku kitorang buat photoshoot pre-wedding.
Kengkonon nak buat theme oldskool or vintage, tapi budget ciput pulak.
So kita buat jugak tapi kurangkan props.
Mula2 cari baju dekat Amcop Mall, sebab kat sana hari Sabtu Ahad ada orang jual2 barang lama yang rare2.
Niat nak cari dress dengan beg untuk prop tapi tak jumpa beg yang sesuai pulak.
Prop lain macam tak menepati budget, so beli dress sahaja.
Barangan lain guna yang sedia ada.
Mula2 nak buat dekat FRIM, Kepong, dah pergi tangkap gambar sikit.
Ingatkan bayar untuk masuk je RM6 tapi rupanya nak ambil gambar ada charge2 yang berlainan.
Macam model sahaja dalam RM 150 kalau berbaju kahwin terus jadi RM300. Memang ewah2 lah kan.
So disebabkan tak sanggup bayar maka terus berpindah tempat ke Taman Metropolitan,Kepong.
Ini antara hasilnya,




Okay itu je boleh tunjuk sebabnya kesemua gambar terpaksa dirahsiakan, permintaan Mizie.
Camera man : Purnamatigabelaslensa
MUA : Aku sendiri
Props : kawan Purnamatigabelaslensa (aku lupa tanya) Hehe

Kalau korang berminat boleh search nama beliau di blogspot atau di instagram.
Harga memang berpatutan dan senang di bawak berunding.
Bolehlah contact beliau untuk keterangan lanjut sebab dia kawan sebatch aku dekat Uitm Shah Alam.

Okay lah aku sebenarnya curi masa sebab sekarang busy urus bisnes online sekarang, nak kumpul duit kahwin. Kepada yang berminat nak follow aku bolehlah search kat instagram @enchantedwordrobe. Boleh contact sebab harga berpatutan. Hehe. 

P/s : hari ni hari last 2013. Bye2 selamat datang 2014.

Bye.

No comments:

Post a Comment