Sebenarnya mula-mula tujuan aku nak ke Sunway Pyramid adalah untuk mencari seluar mengandung dekat Aeon dan beli kabuki brush dekat Sephora. Dan makan pavlova dekat delicious. Tapi..
Ye benda yang aku nak memang dapat tapi dia menjadi benda yang tak nak pulak yang dibeli. Lebih-lebih lagi laki aku yang 2,3bulan sekali shopping. Dari kejap menjadi berjam-jam. Kaki aku pun dah nak terpatah jalan pusing Sunway.
Jangan tertipu apa yang ditangan dia tu baru warm up. Mula-mula dia buat muka time aku cari barang, lepas tu bila time dia cari barang aku pulak buat muka.
Okay barang pertama kitorang cari ialah seluar mengandung, tak ada sale aku dapat RM 39.90 tapi sangat selesa. Then beli mittens dan booties set 2 jenama Pureen untuk yang last. Aku beli biru dan putih. Rm 4.90 sepasang tambah 10% sale. So sekarang cukup lah 10 pasang pakai pun 2bulan je kan insyaAllah.
Lepas tu dia nak pergi Romp beli seluar okay layankan. Lepas beli seluar nak pergi Asean Avenue pulak cari baju. Okay layankan lagi.
Lepas dah settle baru pergi Sephora dan aku sekejap je sebab aku dah aim nak beli apa kan. Then pusing-pusing tengok kasut bola lah, tengok hp lah, macam-macam. Dekat Asean Avenue tu je dah berjam aku tunggu dia cari barang.
Last-last aku dah kepenatan, ajak dia pergi tempat yang dirancang iaitu delicious. Dapatlah makan benda yang diidamkan iaitu Strawberry, Hazelnut and Lychee Pavlova. Taklah sedap sangat RM 13.90 air pulak RM 7.90.
Lepas makan online kejap, rehatkan kaki ternampak FOS, walaupun penat shopping tetap sambung. Tapi aku bengang sebab dah amik baju baby romper jenama dua pasang sepasang RM5 dengan seluar 2 pasang RM15, boleh pulak laki aku tercicir baju tu. Sampai rumah pulak baru sedar. Sob..sob.. terus mood godzilla marah-marah datang. Baju dia je dia selamatkan.
Okay sekerat jalan dah ni, tak habis di situ naik atas aku pulak membeli-belah tapi tak banyak sebab badan tengah mengembang nanti menguncup tak muat pulak. Dah alang-alang nampak Parkson maka teruslah beli tilam set bantal dah kena hadiah.
Tapi ia tidak habis di situ.
Ha. Balik tu kitorang singgah kedai baby dekat pekan sebab nak beli set pantang. Aku bagitau siap-siap kat orang kedai budget aku bawah RM 200.00. Yelah kalau dah set pantang pun harga handphone buat apa kan?
Aku beli set Orang Kampung RM199.00 discount 5%. Dia cakap ramai orang guna. So dah settle masa bayar tu tertanya pasal breast pump, dan ada discount pulak. So bincang-bincang beli sekali memandangkan dia buat promosi bagi sekali dengan cooler bag, ice pack, bottle dan plastic milk storage. RM 288.00 jenama Autumnz. Nantilah aku review.
Okaylah.
Bye.
No comments:
Post a Comment