Thursday, February 12, 2015

Review : Set Bersalin Orang Kampung

Set Bersalin Orang Kampung dilengkapi dengan:
  • Seri Lulur
  • Seri Pilis
  • Seri Susut
  • Kapsul Kacip Fatimah
  • Minyak Telon
  • Minyak Gamat
  • Minyak Merah
  • Ubat Periuk
  • Jeli Gamat
  • Bengkung
Di samping membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin, amalan berpantang menggunakan Set Bersalin Orang Kampung turut berupaya mengecut dan menguatkan otot rahim yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak selain membantu mengembalikan kelangsingan tubuh ibu dalam pantang.
Ia juga mampu membantu para ibu bersalin menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit seterusnya menjadikan tubuh ibu lebih segar dan bertenaga.

KEBAIKAN SET BERSALIN ORANG KAMPUNG

  • Merawat dan memulihkan ibu bersalin
  • Mengembalikan tenaga ibu bersalin
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  • Membuang angin dalam badan
  • Meredakan kekejangan otot
  • Mengembalikan kelangsingan tubuh
  • Membantu mengecutkan dan menguatkan otot rahim
  • Mengatasi keletihan dan kelesuan
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Memelihara kehalusan kulit
  • Mengembalikan keanggunan ibu dalam pantang

KANDUNGAN SET BERSALIN ORANG KAMPUNG

Seri Lulur:
  • Cekur (Kaempferia Galanga): Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.
  • Beras (Oryza Sativa):Karbohidrat, serat dan vitamin B1 yang berupaya membekalkan tenaga dan tahap metabolisme, menstabilkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) dan gula dalam darah, serta memelihara usus daripada serangan penyakit mahupun kanser. Beras yang turut kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin D, kalsium, zat besi dan riboflavin ini juga mampu mengatasi masalah penghadaman, mengurangkan penyakit kardiovaskular menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah penyakit serta menyingkirkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh badan. Ia turut berupaya menanggalkan kotoran dan sel kulit mati serta memelihara kehalusan kulit, mengurangkan kesan parut di samping mencerahkan kulit.
  • Rheum Officinale: Herba ini sering terdapat di China serta sering digunakan dalam rawatan tradisional yang berupaya mengatasi kelesuan, membersihkan usus serta membantu mengatasi masalah sembelit dan masalah perkumuhan. Ia turut mengandungi tannin yang bersifat antioksidan dan astringen yang bukan sesuai untuk membantu menegangkan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit, malah berupaya mencegah kerosakan sel seterusnya melindungi tubuh daripada serangan penyakit.
  • Lada Hitam (Piper Nigrum): Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut. Lada hitam turut tinggi kandungan antioksidan yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Buah Pala (Myristica Fragrans): Selain membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit, buah pala yang bersifat antioksidan ini diyakini mampu menentang proses penuaan, membuang angin dalam badan, mengatasi penyakit sendi, meredakan kesakitan di samping menstabilkan tekanan darah, menjana penghasilan darah merah, memelihara sistem saraf serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan bagi meningkatkan tahap kesihatan.
  • Bonglai Putih (Zingiber Cassumunar): Bonglai merupakan herba yang memainkan peranan penting dalam rawatan tradisional. Selain membantu memulihkan demam dan membuang angin dalam badan, bonglai putih juga mampu merawat wanita selepas bersalin, menstabilkan tekanan darah serta menyingkirkan toksin dan darah kotor.

Seri Pilis:
  • Bawang Putih (Allium Sativum):Bawang putih kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu membasmi bakteria, melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Ia juga baik untuk membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan cara menggalakkan pembakaran kalori, mengurangkan tahap kolestrol, serta mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh.
  • Lada Hitam (Piper Nigrum): Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut. Lada hitam turut tinggi kandungan antioksidan yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Kayu Manis (Cinnamomum Zeylanicum): Kulit kayu manis juga kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, menyeimbangkan kandungan hormon serta membantu mengekalkan kehalusan kulit.
  • Sappan Lignum (Caesalpinia Sappan): Selain bertindak sebagai antiseptik bagi membantu mengurangkan kesan jangkitan, tumbuhan ini mengandungi polifenol dan tanin yang bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan.
  • Kunyit (Curcuma Domestica): Kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia kaya dengan khasiat yang mampu memelihara kesihatan jasmani. Ia mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.
  • Habbatus Sauda (Nigella Sativa): Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Seri Susut:
  • Lada Hitam (Piper Nigrum): Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut. Lada hitam turut tinggi kandungan antioksidan yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Manjakani (Quercus Infectoria): Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
  • Bonglai Putih (Zingiber Cassumunar): Bonglai merupakan herba yang memainkan peranan penting dalam rawatan tradisional. Selain membantu memulihkan demam dan membuang angin dalam badan, bonglai putih juga mampu merawat wanita selepas bersalin, menstabilkan tekanan darah serta menyingkirkan toksin dan darah kotor.
  • Calamus (Acorus Calamus): Herba ini kaya dengan asid lemak, serat, fosforus, kalsium, potassium dan magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyegarkan tubuh badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel, membantu melambatkan proses penuaan dan mengatasi masalah kulit.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut, meningkatkan kelembapan kulit dan mengetatkan bahagian faraj.
  • Cekur (Kaempferia Galanga): Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.

Kapsul Kacip Fatimah:
  • Manjakani (Quercus Infectoria): Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
  • Cratoxylon Lingustrinum: Tumbuhan ini bukan sahaja berupaya merawat masalah kulit seperti kegatalan, malah ia turut sesuai dijadikan tonik bagi membantu memulihkan ibu bersalin.
  • Helicteres Isora: Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini turut kaya dengan kandungan serat, protein, kalsium, zat besi dan fosforus yang berupaya menggalakkan fungsi organ dalaman, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit di samping mengekalkan kehalusan dan keanjalan kulit. Ia turut mengandungi phenol, flavonoid, phytosterol dan karotenoid yang tinggi kandungan antioksidan ini merupakan mengurangkan kandungan kolestrol, mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Sirih (Piper Betle): Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria, mempercepatkan pemulihan luka serta membantu merawat masalah jerawat dan kegatalan pada kulit.
  • Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
  • Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem pencernaan.
  • Lada Hitam (Piper Nigrum): Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut. Lada hitam turut tinggi kandungan antioksidan yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Gamat (Holothurians Stichopus): Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Cuminum Cyminum (Jintan Putih): Jintan Putih sememangnya antara tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat seperti mampu mencegah kanser, meningkatkan sistem imunisasi, menyingkirkan toksin, membuang angin dalam badan serta memperbaiki sistem penghadaman dan kitaran haid yang tidak lancar. Selain itu, jintan putih mengandungi thymol yang berupaya merangsang pengeluaran asid dari dalam perut.
  • Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza): Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.
  • Dill (Anethum Sowa): Di samping membantu melancarkan proses penghadaman, herba yang sering digunakan di benua Eropah dan Asia ini turut berupaya membuang angin dalam badan, meredakan demam dan masalah pernafasan di samping membantu mengatasi bengkak, radang dan sakit kepala.
  • Kayu Manis (Cinnamomum Zeylanicum): Kulit kayu manis juga kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, menyeimbangkan kandungan hormon serta membantu mengekalkan kehalusan kulit.
  • Bawang Putih (Allium Sativum):Bawang putih kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu membasmi bakteria, melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Ia juga baik untuk membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan cara menggalakkan pembakaran kalori, mengurangkan tahap kolestrol, serta mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh.
Minyak Telon:
  • Minyak Cajeput (Melaleuca Leucadendra): Minyak cajeput atau minyak kayu putih ini diesktrak dari ranting pohon kayu putih serta banyak digunakan dalam rawatan tradisional bagi menghangatkan tubuh yang sejuk di samping membantu mencegah dan merawat masalah perut kembung dan angin dalam badan.
  • Jintan Manis (Pimpinella Anisum): Turut digelar anise, ekstrak jintan manis yang turut dipanggil minyak adas ini bersifat diuretik serta mampu melancarkan proses perkumuhan di samping membantu meredakan masalah angin dalam badan dan perut kembung.
Minyak Gamat:
  • Gamat (Holothurians Stichopus): Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit serta membasmi bakteria dan kuman. Minyak kelapa juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu yang akan merosakkan kulit.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut, meningkatkan kelembapan kulit dan mengetatkan bahagian faraj.
  • Acorus Calamus: Herba ini kaya dengan asid lemak, serat, fosforus, kalsium, potassium dan magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyegarkan tubuh badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel, membantu melambatkan proses penuaan dan mengatasi masalah kulit.
Minyak Merah:
  • Methyl Salicylate: Ekstrak teaberi yang lebih dikenali dengan nama minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit. Ia juga berperanan mengatasi penyakit sendi dan otot serta melegakan perut kembung dan selsema.
  • Kapur Barus (Camphor): Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan mampu menenangkan bahagian luaran tubuh serta membantu meredakan tekanan.
  • Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit, selain melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah radang, melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.
Ubat Periuk:
  • Daun Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu juga, senduduk berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.
Jeli Gamat:
  • Gamat (Holothurians Stichopus): Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut, meningkatkan kelembapan kulit dan mengetatkan bahagian faraj.

CARA PENGGUNAAN SET BERSALIN ORANG KAMPUNG

Seri Lulur:
  1. Sapukan pada bahagian tubuh ibu bersalin.
  2. Untuk kegunaan luaran sahaja.

Seri Pilis:
  1. Bancuh 1 paket Seri Pilis bersama sedikit air.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Sapukan pada dahi setiap pagi dan malam.

Seri Susut:
  1. Bancuh 1 paket Seri Pilis bersama sedikit air.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Sapukan pada bahagian perut sebelum memakai bengkung.
  4. Gunakan setiap pagi dan malam.
  5. Jauhkan dari bahagian luka dan kawasan mata.
Kapsul Kacip Fatimah:
  1. Ambil 2 biji Kapsul Kacip Fatimah selepas sarapan pagi dan makan malam.
  2. Jauhkan daripada kanak-kanak.

Minyak Telon:
  1. Sapukan Minyak Telon pada bahagian yang diperlukan seperti perut, dada dan tangan.
  2. Untuk kegunaan luaran sahaja.
  3. Simpan di tempat yang dingin dan kering.

Minyak Gamat:
  1. Sapukan Minyak Gamat pada bahagian yang dikehendaki.
  2. Untuk kegunaan luaran sahaja.

Minyak Merah:
  1. Sapukan Minyak Merah pada bahagian yang dikehendaki.
  2. Gunakan 3 kali sehari untuk hasil yang terbaik.
  3. Untuk kegunaan luaran sahaja.

Ubat Periuk:
  1. Rebus Ubat Periuk bersama 3 kali ganda air dengan api perlahan.
  2. Ulangi langkah di atas untuk penggunaan seterusnya.
  3. Amalkan meminum air rebusan Ubat Periuk selama 10 hari.
  4. Ambil ½ gelas selepas sarapan pagi dan ½ gelas lagi selepas makan malam.

Jeli Gamat:
  1. Dewasa: Ambil 1 sudu besar (10 ml) 2 kali sehari.
  2. Kanak-kanak: Ambil ½ sudu besar (5 ml) 2 kali sehari.
  3. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

Bengkung:
  1. Bermula dari paras pinggul, balut kain bengkung dan menghala ke depan. Kemaskan balutan bengkung mengikut keselesaan.
  2. Masukkan tali di bahagian hujung bengkung ke lubang jahitan secara berselang-seli.
  3. Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke lebihan kedua-dua tali tadi pada tubuh dan selitkan ke dalam bengkung yang siap dipakai.
  4. Boleh digunakan seawal 3 hari selepas bersalin.
  5. Sebaiknya digunakan selama 8 jam sehari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.


Bye.

No comments:

Post a Comment