1. Kontraksi Braxton-Hicks
– Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks sebagai persediaan kelahiran bayi nanti. Kebiasannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran.
2. Sakit Belakang Bahagian Bawah
– Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat.
3. Pecah ketuban
– Hanya 1/10 ibu-ibu mengalami pecah ketuban sebelum kelahiran, selebihnya doktor yang akan pecahkan dalam bilik bersalin.
4. Lendir pekat bercampur darah (bloody show)
– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Bila pluk mula keluar bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan2 dan kepala akan masuk kedalam rongga pelvis. Masa untuk ke hospital jika kontraksi semakin kerap ye.
5. Kerap terkentut
– Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah.
6. Kerap kebilik air
– Ibu-ibu akan kerap kebilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah.
7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
– Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin kebawah
8. Cirit Birit
– Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti..ia juga akan membutkan ibu-ibu terasa loya.
9. Keputihan
– Lelehan keputihan makin terasa.
10. Berat badan berkurangan
– Berat badan ibu-ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir.
Aku dah ada tanda 1, 2, 5, 6, 7, dan 9.
Phew.
Bye.
No comments:
Post a Comment