Monday, January 26, 2015

Birthday Surprise from Beloved Husband.

Hari Sabtu 24.01.2015 genaplah aku 26 tahun. Macam tak sangka dah lebih 25tahun. Hahaha. Tapi memang aku target umur 26tahun nak ada baby. Ke situ pulak kan? Tapi, ada tapinya, aku kerja. So laki aku dah janji lepas kerja, lepas dia kerja nak bawak aku pergi Mid Valley nak makan-makan sikit.

Aku cakap okaylah kan. Tapi aku suggest tempat lain dia macam nak kat situ jugak. Aku ikutkan je lah dia kan nak belanja. Haha. Lepas tu dia tanya nak makan mana aku cakap macam nak makan dekat Delicious sebab dah lama ngidam pavlova. Tapi dia suggest nak makan Secret Recipe sebab dia nak grapertizer. Fine.

Lepas habis kerja pukul 1 aku tunggu lah dia kat bawah macam biasa. Pukul 2.30 baru dia sampai aku ni dah kepenatan dah tunggu. Then balik rumah dulu sebab dia nak siap-siap katanya. Dalam pukul 5.15 kitorang gerak pergi Mid Valley, dan disebabkan nasib baik dapat parking dengan cepat.

Mula-mula aku dah agak ini adalah surprise, tapi aku tak nak lah spoil mood laki aku yang dah prepare macam-macam kan. Masa on the way nak masuk mall tu dia tertinggal kat parking. Aku dah agak dah masa tu mustahil lah kad parking tertinggal sebab selama ni memang tak pernah miss bawak. Aku syak dia telefon someone ni. Haha.

Tak pe layan je dulu, then terus lah ke Secret Recipe masa nak masuk tu aku dah terkantoikan sebab aku nampak Tira kawan aku. Haha. Dorang tunduk lepas tu. Sampai je meja terus dorang nyanyi lagu happy birthday. Walaupun aku dah tekantoi tetaplah speechless.


Speechless sampai tak tangkap pun gambar kek ada lilin. Haha.


Happynya muka dia dapat kenakan aku.


Ni muka dalang-dalang disebalik surprise ini. Sebelum tu aku memang ada post kat group ni cakap nak keluar, Acha tanya nak kemana nak ikut katanya. Padahal dah kat situ. Haha.

Tapi ada kejutan part 2. Sebenarnya aku dah lama nak beg longchamp ni konon nak bagi hadiah kat diri sendiri selepas penat kerja dan mengandung. Tapi duit yang dikumpul asyik digunakan untuk benda lain yang lebih penting. Aku cadang nak beli online je dari kawan aku dekat UK tapi....


Haha aku dapat longchamp yang dibeli branch di The Garden. Patutlah beriya-iya ajak aku pergi The Garden nak cari barang konon lepas makan tu. Rupanya nak cari outlet Longchamp. Ni aku tak expect sebab aku tahu tahap kewangan kami kan. Maybe boleh beli tapi bukan dalam masa terdekat. Tapi alhamdulillah lah dapat dalam masa terdekat. Hehe.


Ini hadiah dari kawan-kawan. Banyak untuk baby untung baby.

Terima kasih kepada suamiku yang dicintai untuk semua surprise ini. Tak sangka ayang seorang yang romantik jugak. Haha. Geli-geli. I appreciate sangat semua yang you buat ni, pengorbanan you untuk buat isteri gembira. And I am happy to have you by my side. I love you. To my beloved friend thank you for being my bestfriend for 7 years. Love you too. Alhamdulillah.

Bye.

No comments:

Post a Comment