Tuesday, January 13, 2015

Cara Menggembirakan Hati.

Tajuk taknak kalah kan?

Memandangkan dua bulan terakhir ni aku agak stress memikirkan budget 2015 yang tenggelam timbul, makanya otak tak dapat berhenti berfikir pasal duit.

Siapa tak takut weyh, ada anak sendiri. Tipulah kan kalau tak seram, excited, risau, gembira dan perasaan lain bercampur baur.

Okay berhenti dulu cerita seram disiang hari ni, depan office aku ada satu shopping mall (ke?) The Place. Kat situ ada beberapa kedai nak buka.

Yang aku dah rasmikan ialah Kid's Gallery. Tempat tu untuk bakal ibu menghabiskan duit. Sempena pembukaan dia, dia bagi banyak discount dan 20% discount untuk pekerja B&G dan MCT.

Dah selamat dah beli booties dan mittens, tuala dan swaddle kat sana. Tapi main point post ni ialah Starbuck pun baru buka.

Dan bila dah buka adalah discount kan which is buy one free one. Ha. Mula-mula aku ingat semua beverages dan foods tapi cuma untuk dua jenis beverages je.


So aku pun ajak Dayah sebab dia dah cakap lama nak minum situ tapi sampai lah hari last discount baru berpeluang pergi.


Memandangkan aku bukan peminat coffee lebih kepada coklat maka aku bagi 3 bintang je lah. Haha.

Mana taknya balik tu memang aku nak muntah sebab aku memang tak boleh minum coffee or nescaffe or frapucinno ke apa ke yang bercampur dengan susu. Baby pun aktif semacam. So agak menyesal minum.

Bye.

No comments:

Post a Comment