Isnin yang lepas suami aku dah janji nak tengok wayang. Sebabnya aku ada beli tiket wayang promotion 2 keping RM10 untuk tengok di Premium-X. Valid untuk bila-bila kecuali weekend sepanjang January.
Kalau tak harga ticket adalah RM14 seorang. So balik kerja aku turun tingkat 2 which mana terletaknya that cinema. Tengok ticket yang available dalam masa terdekat. Yes, cerita Night at The Museum jam 6.33pm.
Lepas tengok wayang tu, aku dah janji nak bawak laki aku naik SkyPark. Yelah dia merungut cakap tak pernah ajak dia naik. Ha ni nak bawak. Siap ajak aku beli monopod beberapa minit sebelum wayang start. Semangat.
Aku memang gayat. So adalah dipaksa untuk aku berpijak atas kaca ni. Aku pernah pergi pagi memang tak takut tapi kalau malam rasa macam nak jatuh. Aku cuma mampu berpijak dipalang besi.
Berjaya. Tapi tak nak bangun sebab nanti kena pandang bawah.
Laki aku ni dah biasa kerja site tinggi-tinggi, almaklumlah company dia supply glass. So dia siap baring-baring kot kat lantai tu. Jangan harap.
Kat atas ni ramai jugak orang yang bermadu asmara. Jangankan kat atas dalam lift pun ada. Huhu. So bagi yang belum pergi bolehlah pergi, gerenti datang sekali je.
Bye.
No comments:
Post a Comment