Thursday, January 8, 2015

Novel Ketujuhbelas dan Kelapanbelas : Suamiku Mr. Perfect 10 dan Cinta Pandang Kedua

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Cinta Pandang Kedua mengisahkan mengenai seorang gadis bernama Ainnur (Izara) yang sering menjadi mangsa ejekan dan diperlekehkan rakan-rakan di sekolah kerana fizikalnya yang gemuk sehinggakan Ainnur menjadi seorang yang pemarah dan bengis.  Walaupun sering dinasihati oleh ibunya, Puan Dalila (Maria Farida) supaya mengawal permakanan dan sikapnya, Ainnur sering tidak mengendahkannya.  Kehadiran Zairul (Dazrin Kamarudin), budak baru yang ditukarkan sekolah kerana mempunyai masalah disiplin di sekolah lamanya, akhirnya membuatkan kesabaran Ainnur tercabar apabila Zairul telah memalukannya di depan rakan-rakan sekelas mereka. 

Ainnur telah bersumpah pada suatu hari nanti, Zairul akan melutut dan merayu-rayu untuk berkahwin dengannya.  Adakah Zairul, jejaka playboy itu akan jatuh cinta pada gadis gemuk yang pernah dicercanya dahulu?

Bye.

No comments:

Post a Comment