Friday, January 9, 2015

7 Bulan

Ha takut ke tidak?
Dalam masa lagi 2 bulan baby akan menemui dunia.
Aku, masih tak fikir secara details apakah perubahan yang bakal berlaku dalam selang masa 2 bulan lepas ni.
Yang pasti aku belum kuat untuk tahu.
Haha. Poyo.
Sebenarnya aku risau dari segi kewangan.
Jika sebelum ni rasa panjang lagi masa tapi bila tengok calendar, "Eh lagi dua bulan".
Bermaksud lagi dua kali gaji yang mampu untuk beli barang.
Aku tak rasa company ni bermurah hati nak bayar gaji tanpa kerja.
Hurm.
Anyway, harapan untuk mendapat bonus bulan ni ada walaupun tipis dan samar-samar.
Bolehlah dari tak ada harapan langsung.
Selain tu dengarnya medical claim pun dapat bulan ni.
So kena pandai-pandai menyimpan untuk dua bulan tanpa gaji.
Aku kena bayar duit kutu. Wuwuwu.
Sekarang barang yang tak beli lagi adalah kategori yang besar dan mahal-mahal.
Contohnya :

Set bedding ( harga pasaran dalam RM60 ke atas )
Stroller ( paling cikai pun RM 200++ )
Car seat ( RM 150++ )
Set grooming Tommee Tippee ( RM 99.00 senang ada semua tak perlu fikir nak beli asing )
Bottle and food warmer ( RM70 kalau jenama tak terkenal )
Sterilizer ( RM 100 jenama tak terkenal jugak )
Set berpantang ( RM250++ ni kalau termasuk bengkung)
Breast pump ( RM 200 kalau yang jenama tak terkenal )

Hurm. Pening ni.
Setakat ni yang ada willing nak sponsor is my dad dan kawan ofis. Tapi tertakluk pada dua barang je lah.
Selebihnya?
Hurm. Stress mak.
Nanti kita sambung fikir petang ni nak beli Starbuck buy one free one.

Chocolate Cream Chip Frappuccino® Blended Beverage

Bye.

No comments:

Post a Comment