Tuesday, January 31, 2012

Putrajaya

Akhirnya tercapai pun hasrat untuk bergambar kat jambatan itu.
Kesian tak?
Ye saya tau saya jarang jalan2. Sob. Sob.

Ni antara gambar yang berjaya diambil menggunakan nokia c3.





Tidak lupa juga En. Gemuk yang merealisasikan impian itu.


Juru camera juga tidak terkecuali.


23.01.2012

Bye.

Bersukan untuk kesihatan

Okay tak perlu kata apa2 just tengok gambar saja.
That's why my otot is sakit.

Okay ini gambar paling cantik untuk ditonton. Gambar lain hurmmm jangan ditanya. haha.
Panas, nasib tiada perubahan warna berlaku.

Baby paling susah untuk senyum dan cakap, mungkin paling berat. 17kg at the age of 2. Woot woot.
29.01.2012 :)

Bye.

Monday, January 30, 2012

Fashionista!

Hello blogger!
Untuk kesekian kalinya menghapdate blog.
Fuh.. Fuh.. Sambil meniup habuk2 yang berkumpul. Hehe.
Sempena cuti sem ini aku tergerak hati untuk menulis post.

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru cina dan selamat hari jadi kepada diri sendiri.
Aku sudah mencapai peak hour iaitu 23tahun.
Tiada sambutan tiada hadiah.
Cuma ucapan selamat hari jadi sahaja yang banyak diterima.

Hey!
Aku sangat merindui shopping.
Ingin membeli sesuatu yang baru.
Mencari fashion baru.
Menonton kembali video Chriselle Lim dan Michelle Phan di youtube.
Mencari inspirasi fashion baru untuk tahun baru.

Sebelum basi aku nak upload beberapa gambar baru.
Mungkin tidak terlalu baru.

Haha. gambar ni Mr. Boyfie yang editkan. Masa 1.1.12 pukul 2.30pagi di Genting.

Yang ni pun dia yang edit. At KLIA, on my birthday before my flight.
Itu jelah gambar yang aku rajin upload. Tunggu gambar lain pula ye?

Bye.

Tuesday, January 17, 2012

Habis

Lega rasanya.
Tapi belum sepenuhnya.
Exam yang 1 paper tu da tamat.
ID pun sudah present.
Tapi ada kerja rumah pula kena bagi.
Cuti pun sudah bermula.
Tinggal nak balik rumah tidur saja.
MUET punya result pun sudah dapat.
Duit bantuan beli buku RM200 pun sudah dalam tangan.
Wah! Seronoknya.
Salji sebenar pun sudah dapat rasa.
Cuma satu je belum dapat.
Tengok Ombak Rindu. :(
Sedih tak?

Bye.

Sunday, January 8, 2012

Buku baru.

Masuk tahun baru ni, tiada yang berbeza.
Semua sama.
Aku melatih diri aku untuk tidak mempunyai azam.
Kerana ingin berubah tidak memerlukan tahun baru.
Setiap hari boleh berubah untuk kebaikan.
2012 tiada kelainan dapat aku rasakan.
Mungkin cuma akan bertambah usia lagi setahun.
Bertambah usia perhubungan.
Masuk fasa baru iaitu final degree.
Selain itu semua masih sama.
Cuma mengharapkan tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya.
Insyaallah.

Bye.