Wednesday, July 30, 2014

Raya ketiga.


Kami berjaya sampai ke rumah terbalik. Cuma satu je tempat tak dapat pergi iaitu 1Borneo. Tapi tak apa ini sudah cukup baik.







Memandangkan tak boleh tangkap gambar dalam rumah kami just round-round luar saja dan singgah souvenir shop beli magnet.

Bolehlah balik kl dengan tenang esok. Hehe.

Bye.



Tuesday, July 29, 2014

Jalan-jalan Raya.


Lunch di Pasta Pasta, Gaya Street.


Spaghetti dan macaroni.


Observation Tower.


Clock Tower.


Art street.


Sutera Harbour.

Bye.





Sunday, July 27, 2014

Rumah sekarang.

Dua area yang aku baru berjaya hias dan beli furniture. Sebenarnya tak siap sepenuhnya sebab aku nak pasang carpet lagi. Memandangkan aku baru start mengumpul barang dan furniture untuk penuhkan rumah aku target hujung tahun aku berjaya la 70%. Barang elektrik pun ada nak beli jugak. So kalau orang tanya buat rumah terbuka ke House warming ke, maybe tahun depan. Tau?



Bye.

Friday, July 25, 2014

Singapore Trip Day 2 - USS

Disebabkan masa malam sebelumnya semua kepenatan meronda Bugis Street aktiviti hari ni yang dirancang awal menjadi lambat beberapa jam dari jadual. Kitorang sampai ke USS dalam jam 11 pagi. Selepas berbaris membeli tiket ( abang ipar cousin dan cousin aku ), berita baiknya ialah abang ipar cousin belanja tiket kami.

Dia kerja di Sentosa Island jadi dia dapat staff price untuk ticket. Tak adalah murah sangat tapi adalah discountnya. Dan kami pun masuk USS untuk bersarapan which aku pilih nasi lemak kerana kebanyakkan stall dalam tu macam tak halal.

Inilah rupa nasi lemak itu. Sini setiap barang yang dibeli dia bagi rebate sebab dia ada charge tax, so nanti sebelum naik flight tukar rebate tu dengan duit boleh lah shopping di airport. Tapi aku tak naik flight balik. Aku bagi dekat cousin aku resit-resit aku yang ada.


Masuk-masuk je nampak segala macam kedai cenderamata yang menggiurkan. Haha.


Yang ni kedai souvenir Betty Bopp.


Yang ni gerbang rumah Shrek.


Ni lah Istana Far Far Away.


Gambar-gambar lain tak dapat di post atas sebab-sebab aku seksi masa ni. Ini gambar masa nak keluar dari USS, orang kata gambar wajib bagi yang masuk USS ataupun tak.


Bukti-bukti penting.


Lepas dari itu kitorang makan kat area Sentosa Island. Dan semua rasa nak shopping lagi sebab nak tengok sea musical baru je habis. Jadi terus semua pergi balik Bugis Street dan China Town untuk beli souvenir lagi.


Ini pulak magnet aku beli di dalam USS.


Adalah lagi cerita last day lepas ni. Tapi nanti lah aku cerita kalau aku dah tak ada cerita nak ditulis. Okay? Itupun kalau menarik, kalau ramai pembaca.

p/s : Hari ni last kerja sebelum cuti raya. Macam mana nak shopping raya lagi kalau suami isteri demam?

Bye.





Thursday, July 24, 2014

Balik Kampung.

Tak sabar aku nak cuti. Makin hari macam makin menyampah dengan HOD aku tu. Kesabaran amat diperlukan di sini. Hari-hari tanda kelendar dan menghitung berapa hari lagi nak cuti. Even cuma cuti 2 hari potong gaji tapi rasa berbaloi bila tak payah tengok muka dia. Haha.

Disebabkan raya pertama selepas kahwin kami balik Sabah maka marilah kita berangan-angan nak pergi mana.

Rumah terbalik.


Bundle Putatan.


Kaison Putatan.


1 Borneo.

Dan banyak lagi sebenarnya. Aku nak makan ketam, makan bakso, soto dan ngiu chap. Sedap lah pulak ngiu chap Keningau. Tak lupa jugak kepada pisang cheese cuma mango sago aku tak berapa suka sebab manis. Tak apa kita round semua tu raya kedua.

p/s : Kuih raya dah beli. Ulang suara beli. ;p Sampul duit raya pun hari-hari dapat kat ofis ni. Pfft expect nak bagi duit banyak-banyak ke?

Bye.

Wednesday, July 23, 2014

Adakah Pendarahan semasa Awal Pregnancy Normal?

Kemarin dan semalam aku mengalami hari yang paling mencabar. Mula-mula aku perasan ada keluar cairan berwarna coklat yang cair. Atas paksaan kawan-kawan yang concern aku pun dihantar ke klinik dekat ofis aku. Sebabkan first time aku macam takutlah kan. Malangnya klinik tu tutup makanya aku call suami aku minta amik.

Bila dia dah amik aku pergi Klinik Kesihatan Batu 13, malangnya doktor tak ada. So kami buat keputusan untuk pergi Klinik Kesihatan Serdang. Nasib doktor ada, dan keputusan dia normal cuma kencing ada jangkitan. So bagi aku antibiotik. Aku pun dapat time leave. Esoknya aku bagi la kat bos cina, malangnya dia tak nak sign sebab aku tick kotak sick leave. Memang aku geram dah masa tu, bila letak emergency leave tolak gaji baru dia nak sign, perangai.

So, semalam balik kerja aku macam rasa ada benda keluar lagi dan ianya adalah darah disusuli dengan ketulan sikit. Aku terpaksa pakai pad takut dia meresap keluar. So aku pun dah takut masa tu dicampur dengan stress. Lepas berbuka, kami pergi ke Hospital Serdang, aku terus masuk kes semi critical.

Dari pukul 9malam aku sampai. Kena cek tekanan darah dan suhu badan. Lepas tu scan perut. Kelonsong nampak tapi tak ada degupan jantung, sudah! Kelonsong aku bersaiz 4.6mm. Then aku cek kencing pulak, dah dapat result kena tunggu untuk refer kepada doktor. Dalam jam 12 malam jugak baru doktor sampai.

Aku dibawa ke bahagian bilik bersalin. Masa tu doktor tanya soalan basic, bila last period, ada cek doktor tak lepas cek postif, ada scan ke sebelum ni dan sebagainya. Lepas tu scan lagi sekali, then doktor tak berapa nampak kelonsong. So dorang scan dari bawah (faraj). Memang ada pendarahan, dan terus nampak kelonsong which is fetal dengan terang dan still no heart beats.

Tapi doktor cakap maybe sebab baru 6 minggu jadi boleh jadi belum ada. So conclusion kena tunggu lagi 3 minggu. Dia tak berani bagi apa-apa keputusan tapi memang mengandung cuma dia tak dapat pastikan jadi ke tidak. Berdoa jelah yang mampu semoga semuanya selamat. Cuma bentuk dia normal lah untuk 6 minggu.

Sekarang aku berada dalam keadaan tertekan jugak tapi terpaksa menyedapkan hati sendiri. Harapan tak ada lagi bleeding yang berlaku.


Tuesday, July 22, 2014

Iphone 5s

Looking forward for this beautiful invention. Sejak aku beli iPad mini tahun lepas aku macam jatuh cinta dengan produk Apple. Macam nak kumpul setiap satu. Sebabnya kalau main game smooth je lepas tu tak ada lah hang-hang. Gambar pun okay kalau ada pencahayaan yang cukup.


Sekarang ni aku nak mengumpul untuk beli iPhone 5s pulak. Aku nak warna gold. Ah melting. Niat nak beli yang 16gb je, harga RM2399. Huaaa. Terpaksalah kumpul duit selama 6bulan. Nasib aku dah lepas kahwin tak adalah terkilan sangat. Haha. Kalau tak lagi lama okay nak kumpul. Kita start bulan ni target bulan 12 okay?

The very first iPhone introduced the world to the idea of touch as the most natural way to interact with a smartphone. Touch to hear a song. Touch to browse the web. Touch to take a picture. All of it began with something perfectly simple: your finger. And now we’ve taken touch to the next logical place with Touch ID, the fingerprint identity sensor. Your fingerprint is the perfect password. You always have it with you. And no one can ever guess what it is. But beyond that, it just made sense to us that your phone should recognise you. It should learn you. Not require you to memorise and enter passwords in order to use it. We also knew the right place to locate the sensor was where you naturally touch your iPhone — on the Home button. But how could we fit all the technology that sensors require in such a small space?
That required a team of biometric experts and hardware engineers to rethink how sensor technology works and redesign the iconic Home button. Made from laser-cut sapphire crystal, the surface of the button directs the image of your finger to a capacitive touch sensor, which reads beneath the outer layers of your skin to get a detailed print. Surrounding the button is a stainless steel ring that detects your finger, wakes the sensor and improves the signal-to-noise ratio. Software then reads the ridges of your print and finds the match to unlock your phone. It’s all highly advanced technology that simply disappears as you use it. So you don't notice anything. Except how unlocking your iPhone is suddenly so effortless.
p/s : semalam aku emergency terpaksa pergi klinik.
Bye.

Monday, July 21, 2014

Makanan yang dilarang sewaktu mengandung.

1. Rokok

2. Arak

3. Minuman berkafein
    Kopi, koko, minuman bergas, coklat.

4. Pil dan ubat-ubatan 
    (Sila rujuk doktor terlebih dahulu).

5. Gula
     Menyebabkan baby lebih besar dari normal.

6. Vitamin A
    Jauhi multivitamin supplement berdos tinggi dan fish liver oil supplement.

7. Raksa ( Mercury )
    Terkandung dalam markerel, tuna, shark fin dan ikan yang besar.

8. Makanan mentah/ separuh masak
    Daging, susu segar, telur separuh masak.

9. Keju lembut
    Dari susu yang tidak dipasteur.

10. Jus buah-buahan
    Yang dibuat dikedai, seeloknya buat sendiri.

11. Sushi ( sob..sob..)
     Mengandungi bakteria dan parasit, makan ikan yang dimasak sempurna.

12. Adunan tepung mentah.
      Tak tahulah kalau ada yang suka curi-curi makan puasa ni, cubit sikit-sikit tepung untuk       kuih raya. Jangan.

13. Salad dressing
       Mengandungi telur mentah

14. Tiramisu
      Mengandungi telur mentah.

15. Daging yang diproses.
      Ham, sosej, daging burger, ayam turki.

16. Buah-buahan dan sayuran yang tidak dibasuh.

17. Taugeh mentah.

18. Makanan laut atau ikan salai

19. Kerang-kerangan mentah
     Jika cengkerang tidak terbuka selepas dimasak, terus buang, jangan makan.

20. Susu tidak dipasteur

21. Makanan ringan ( MSG )

22. Bungkusan makanan polisterin.
      Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Jangan biarkan dalam kereta terlalu lama.




Harap dapat membantu.

p/s : Tak sabar nak cuti, nak balik kerja. :(

Sunday, July 20, 2014

Makanan ibu mengandung dari 1-8 minggu.

Pada masa ini anda mungkin tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pagi. Tetapi cubalah makan secara sihat apabila anda boleh. Diet yang sihat akan membuatkan anda berasa lebih baik dan akan membantu bayi mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukannya untuk membesar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit serta kerap meminum air boleh membantu menangani loya dan keletihan yang sedang anda alami sekarang.

Berbeza daripada apa yang sering anda dengar, anda tidak perlukan kalori tambahan dalam dua trimester yang pertama, jadi jangan fikir yang anda perlu makan untuk dua orang. 

Fokus pada asid folik

Juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang. 

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan. 

Selain daripada mengambil makanan tambahan, pakar juga mengesyorkan supaya diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan folat.





Courtesy :

http://www.babycenter.com.my/a1051059/pemakanan-sihat-semasa-hamil-0-hingga-8-minggu#ixzz383oJenHf

Bye.

Saturday, July 19, 2014

Perkembangan Bayi Dari 1-5 Minggu

Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.



Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).


Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Bye.

Friday, July 18, 2014

Novel Ketiga & Keempat : Suami Aku Ustaz dan Adam & Hawa

February - March 2013.

Novel Kedua dan Ketiga aku untuk seumur hidup. Haha. Ye dulu aku selalu pinjam kawan or pinjam library ataupun novel mak aku yang dia dapat dari sekolah. Tapi kalau novel sekolah dia tak bergenre cinta lebih kepada persahabatan, keluarga ataupun diri sendiri. Memang jalan cerita dia agak berat. Selepas aku beli novel pertama bulan December aku buat keputusan untuk beli novel sebulan 1. Jimat, melainkan ada Big Bad Wolf baru aku beli banyak. Tapi aku lebih suka novel yang difilemkan or telemoviekan or dramakan. Tak tahu kenapa walaupun cerita dia jiwang. Haha.


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apakah kesudahan kisah cinta mereka?


p/s : Puasa ke dua puluh.

Bye.

Thursday, July 17, 2014

Perlis.

Awal bulan 6 yang lalu, mak dengan adik aku datang ke kl dan tidur rumah aku. Puas lah berjalan meronda KL, berjalan je puas shopping tak puas. So tujuan mak aku datang sebab bapak aku suruh dia teman bapak aku di Perlis. Maklumlah bapak aku pengulas sukan wakil Sabah dari RTM untuk SUKMA yang sampai sekarang kitorang tak tahu keberapa dah.


Kitorang pergi sini, Padang Besar. Memandangkan pergi hujung minggu waktu peak makanya harga pun mahal. Aku beli fridge magnet je dekat sini selain sehelai seluar. Haha. Tapi aku adalah beli bantal yang Thailand tu tapi bukan 3 segi yang 4segi. Sebenarnya bagi aku Wang Kelian lagi best.


Ini (Pepero) dengan yang oat wheat tu memang banyak kat sini murah pulak tu. Maklumlah masa tu musim. Tinggal dua sebab adik aku kebas 1. -__- 



Suami aku ikut sama sebagai penghantar tapi dia tidur sehari je sebab dia kerja. Aku belum kerja waktu ni, so masa kami bergambar kat padang ni semata untuk buktikan kami pergi sini dia dah balik. Haha.


Tiba-tiba nampak rumput dia cantik pulak.  Tulah seluar yang aku beli dekat Padang Besar. Memang besar.

 

Yang ni kawan mak aku ajak makan, dia siap buat sambal belacan lagi untuk cicah. Nama dia buah Keriang. Orang belah utara tahu la kot.


Itu jelah aku nak cerita, even macam nak basi je cerita ni kan. Mak okey je. Daripada mak lupa peram lama-lama tak guna. Sehari satu post katanya. Gambar orang tak dapat dipost sebab belum berhijab masa ni.

p/s : Adakah aku lambat masuk ofis hari ni?

Bye.




Wednesday, July 16, 2014

Tanda-tanda Awal Mengandung.

Assalamualaikum,

Lain orang lain tanda awal yang dia akan dapat sebelum disahkan mengandung. Jangka usia bayi dalam kandungan akan dikira bermula dari tarikh pertama datang period. Waktu subur pula adalah dari hari ke-11-14 yang jugak dikira dari hari pertama period. Tapi ini pun bergantung kepada seseorang itu jika period dia normal atau tidak.

Kadang-kadang ada orang boleh merasa awal tanda itu, dan ada yang rasa hanya selepas lambat period dan cek kehamilan. Bagi aku sendiri aku rasa selepas beberapa hari aku melakukan acara suami isteri. Haha. Iaitu rasa tidak selesa di bahagian intim (gatal, sakit dan tak selesa). Itu tanda pertama yang aku dapat rasa, tapi aku belum terfikir yang itu tanda mengandung waktu tu.

Bila keadaan berlarutan even aku pakai pembersih wanita, aku sampai nak jumpa doktor untuk pastikan apa yang berlaku. Tapi disebabkan aku sibuk dan cuti susah untuk diluluskan makanya aku tahan saja. Lama-lama rasa sakit berkurang tapi dia bertukar menjadi rasa ingin untuk buang air kecil (kencing). Tanda kedua ini berpanjangan sampai lah sekarang. Kadang-kadang setiap lima minit kalau dia behave setiap 30minit atau setiap sejam. Bergantung kepada cuaca dan aku duduk dekat mana. Masa ni aku dah syak wasangka yang aku mengandung iaitu kira-kira 2 minggu lepas tanda pertama kan. Tapi aku tak cek sebab period aku lama lagi, takut kecewa.

Tanda ketiga yang aku alami ialah kepenatan dan kemengantukan yang amat. Aku jadi senang tidur. Balik kerja je aku macam rehat jap masak-masak sikit, then berbuka lepas tu mandi dan masa untuk tidur. Masa yang diambil lepas baring untuk masuk ke alam mimpi pun jadi sangat cepat. Berbeza dengan sebelum ni aku susah tidur. Kalau buat kerja rumah macam menyapu or mengelap aku jadi cepat penat sekejap-sekejap berhenti amik nafas dan tenaga.

Selain itu, tanda keempat yang aku alami adalah mual-mual dan loya tapi taklah sampai tahap muntah. Pernah sekali je tapi tu aku syak aku makan penuh sangat sebab tu muntah. Haha. Kadang-kadang buat kerja lebih sikit rasa pening nak pitam. Kalau penat sangat pun rasa nak pitam. Dia macam angin nak uwek uwek tapi just tu jelah tak keluar muntahnya. Kadang-kadang aku tahan tak bagi muntah sebab puasa kan nanti batal pulak.

Tanda kelima ialah breast bengkak dan puting sakit. Ini tak perlu dielaborate cukup sekadar dibagitau aku mengalami tanda ni. Rasa sakit dia macam period tapi kalau period lepas seminggu or beberapa hari dia kembali normal kan tapi ni berpanjangan.

Aku jugak perasan yang perut aku macam agak kembung or buncit. Sebabnya selama ni perut aku flat je lebih-lebih lagi time puasa. Makan pun tak banyak kenapa perut asyik kembung kan, sesuatu. So aku dah start syak dah dengan tanda keenam ni. Aku macam asyik-asyik tengok cermin dan tengok perbezaan perut. Terus rasa diri gemuk. :(


Tanda ketujuh ialah perut dah start rasa kejang dan sakit. Lebih-lebih lagi kalau angkat benda berat yang guna otot perut dan aku rasa sakit belakang akan menyusul lepas ni. Aku macam kena jaga kedudukan perut sewaktu duduk supaya tak terjepit yang buat dia rasa senak.

Lambat datang period, seeloknya lambat lebih dari 6 hari lah. Sebab kalau lambat 2,3 hari kadang kecewa je kalau cek sebab belum dapat ukur hormon upt tu. Melainkan guna yang sangat accurate macam Clear Blue tapi harganya mahal. Orang kedai pharmacy yang bagitau aku ada beberapa jenis pregnancy test ada yang boleh cek lepas lewat 2 minggu, ada yang lepas seminggu ada yang lepas 2 hari, ada yang 3 hari sebelum period. Ini tanda kelapan yang aku alami. Aku lambat period 6 hari baru aku cek itu pun aku terlupa sebab aku salah kira aku ingat tarikh period lambat lagi.

Dan kalau dah ada tanda dua line dekat pregnancy test tu tahniah lah memang sah mengandung. Dah boleh jumpa doktor untuk maklumat lanjut apa nak buat lepas tu. Okay?

p/s : Lepas ni aku cerita pasal pemakanan pulak tau. Bye.

Tuesday, July 15, 2014

Pregnancy Test. I am pregnant :).

Alhamdulillah. Keraguan selama ini telah disahkan. Aku dah check sendiri dan check dekat Poliklinik Penawar dan yes! the result is positive. I am a mummy-to-be. Kandungan berusia 5 minggu.


Balik je kerja semalam aku macam beli makanan Blackey dan pasir berak dia sekali terlintas nak beli pregnancy test sebab aku macam kira period dah lewat 6 hari. Sebelum ni aku dapat rasa perubahan iaitu bila malam aku rasa nak tidur saja lepas buka berehat then pukul 10 nak tidur. Aku ingat sebab puasa dan sebab kena bangun sahur jadi mengantuk lah kan.

Lagi satu aku rasa perut senak-senak, then keinginan untuk kencing tu kerap even puasa. Kalau dulu puasa aku akan buang air sekurang-kurangnya dua kali je sekali ni lebih dari 8 kali. Aku pun kadang-kadang rasa bengkek je dah lah tandas jauh kau dah kenapa asyik nak pergi tandas puasa-puasa kan? Lepas tu rasa macam geli-geli dan gatal-gatal. Tapi aku takut kalau tak keluarkan kencing nanti terkencing sendiri sebab keinginan itu memang paksaan. Sabar jelah nak.

So berbalik kepada test kehamilan itu aku disahkan positif sebab dua tanda merah. Selama ni 1 je. Dan tadi aku dah berjumpa doktor untuk pengesahan dan positif juga. Doktor cakap nak kencing tu normal sebab dia tekan kat pundi kencing. Then dia pagi asid folic untuk first trimester. Aku tak ada muntah-muntah lagi, cuma pening, loya dan cepat penat sajalah yang ketara. 

Lepas ni aku kena jaga pemakanan. Aku pun tak tahu macam mana nak bagitau office aku sebab aku baru masuk kerja dan dah mengandung. Hari tu doktor yang cek kesihatan masa masuk kerja ada cakap bos tak suka orang baru kerja mengandung sebab nanti selalu cuti. Tapi aku malas nak fikir dah rezeki nak buat macam mana.


Aku sarankan beli pregnancy test yang ini sebab dia lengkap siap bagi bekas untuk letak kencing, pam dia dan alat untuk test tu. Dia siap bagi kertas cara-cara, harga pun murah RM 9. Aku pun first time beli ni selalu beli yang lain. Katanya 99% accurate sebelum period pun boleh cek.

P/s : Lepas ni tak cerita pasal Kerja Kahwin dah tau. Pasal lain pulak. :p

Bye.