Wednesday, May 30, 2012

Tunang

Persiapan untuk tunang boleh dikatakan zero.
Perbincangan ada.
Tapi selalunya diakhiri dengan percanggahan pendapat.
Selalu dia tidak setuju dengan cadangan yang aku berikan.
Dan aku pula tidak setuju dengan cadangan dia.
Tak tahulah kalau dia sengaja tak setuju untuk menyakat aku.
Atau memang betul tidak setuju.
Entahlah.
Makin ditunggu makin drag waktu yang sepatutnya.
Datang pula masalah baru.
Hutang itu ini nak dilangsaikan.
Dengan kena tanggung orang yang tak sepatutnya.
Sekarang ni konsepnya adalah redha.
Tunggu dan lihat sajalah.
Bila tarikh yang dijangka sampai apa akan berlaku.

Tunggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuu.

Bye.

Saturday, May 26, 2012

MIB3

Minggu lepas memang sangat hectic.
Buat kerja tapi tak pergi kelas.
Boleh pula macam tu.
Cuti awal sebelum cuti sebenar.
Naik cuti ni mampus nak menghantar kerja berjela2.
Lepas saja hari Khamis, heaven.
Tengok wayang cerita MIB3.
Lepas tu pergi Uptown Shah Alam.
Then balik, tidur bangun pukul 1.
Pukul 4 keluar lagi pergi Jusco Bukit Tinggi.
Karaoke 5,6 lagu then bershopping di Cotton On.
Memang sessi menghabiskan duitlah gamaknya.
Apa boleh buat, pesanan ayahanda untuk enjoy minggu ni lupakan kerja tidak disia2kan.
Isnin ambik kau. Haha.

Bye.

Tuesday, May 22, 2012

Bergambar

Sebenarnya aku sudah lama tidak bergambar bersama.
Mungkin sebab sudah lama bersama jadi tidak ada perasaan untuk bergambar bersama macam dulu2.
Atau mungkin sudah bosan dengan lokasi bergambar.
Maklumlah port dalam kereta adalah pilihan utama.
Malu kot nak snap in front of the others.
Tidak mengapa rasanya sebab itu tidak menjadi masalah pun buat kami.
Kalau dulu iyalah boleh bergaduh.
Tapi sekarang stay cool sahaja.
Hurm. Namapaknya dia ada hobi baru sekarang.
MENYAKAT.
Seriously I'm not joking about that.
Contoh : Aku bagi dia pinjam sesuatu seperti beg then aku akan cakap ni pinjam sahaja nanti pulangkan. Dia akan cakap tak mahu nak ambik. Aku takutlah kan then cakap tak nak pinjamkanlah. Then dia akan cakap okay2 akan pulangkan. Then bila dia tak pulangkan aku tuntut, dia akan menyakat aku. Mulalah membuat cerita dia. Alah beg tu sudah koyak Asyraff yang koyakkan. Salahkan adik dia yang umur 2tahun. Jahatkan. Then aku akan mula marah2, bebel2. Then dia akan say sorry dan cakap nanti dia gantilah okay? Berdamai jangan marah lagi. Aku akan bertambah marah sebab dia macam tak concern then dia akan ketawa2 dan cakap okay dia main2 saja beg tu ada je. Urghh! Geram bukan?

Sabar sajalah.
Tak dapek nak menolong.

Bye.

Friday, May 11, 2012

Barang Jualan








And many more.
Find us @r Boutique.

Minggu lepas

Ini antara sedutan peristiwa yang berlaku minggu lepas.
Amboi, macam drama swasta pula.
Haha.


Macamne aku boleh terlepas kat sini?
Masa ni aku dengan Mizie nak cari makan.
Tiba2 terkeluar idea nak makan kat sini.
Sebab hari 2 dengar Nisa cakap kat dalam ni banyak kedai makan rpanya hampeh.
Tak ada yang menarik, masuk pun 10minit je kot pas 2 keluar makan kat tempat lain.

Yang ni pulak macam ni ceritanya.
Orang sibuk nak berniaga buka booth dia pun nak jugak.
So nilah hasilnya.
Kat FSPU, Uitm Shah Alam.
Memandangkan tak ramai yang datang so xbanyak masyuk lah.
Tapi adalah jugak pendapatan.


Inilah hasil pembelian dari duit jualan.
Murah2 sahaja sebab ingin menukar purse lama yang sudah uzur.
Tapi bukan ini sahaja ada lagi.
Nantilah ye saya tunjukkan gambarnya xsempat snap pula.

Okay itu saja cerita untuk hari ini.
Nanti cerita lagi.

Bye.

Thursday, May 3, 2012

Spaghetti. Bonjuor~

Bahan-bahan untuk memasak spaghetti : Bawang putih, tomato puree, cendawan butang, sos kimball( sebab jimat) dan pasta spaghetti.

Campurkan semua bahan-bahan, tambah garam dan air jika perlu. Sambil itu rebus lah pasta spaghetti tadi. Jangan lupa masukkan sedikit garam.

Sudah siap. Selamat menjamu selera~

Bye.