Saturday, November 29, 2014

Botol susu terbaik untuk bayi baru lahir.

Aku ni agak paranoia dengan tersalah beli dan sebagainya. Sebab dulu dah biasa beli dan beli without research dan tengok betul-betul specification benda yang dibeli tu. Last-last dapat yang tak ngam saiz, tak sama warna, dan bukan seperti yang diinginkan. Stress dan membazir.

Nanti mulalah mood ke laut. Lepas tu berhari-hari fikirkan tentang pembaziran dan kesilapan itu. So kenalah belajar dari kesilapan even kadang tak dapat elak pun. Macam botol susu untuk bayi ni memandangkan aku tak ada siapa-siapa yang arif yang aku kenal. Maka kita minta pertolongan Google.

Yang sedang dalam pemerhatian ialah Tommee Tippee dan Philips Avent. Tapi aku jugak tak lupakan botol murah. Memandangkan berdasarkan review orang ada yang okay ada yang baby tak suka, ada yang cakap puting dia mahal tapi senang bocor kalau kena gigit. Then ada yang cakap setiap 6bulan kena tukar sebab botol tu selalu sterilize dan basuh so akan ada calar dan keluar chemical dan sebagainya.

Aku ada beli jugak botol dari jenama Pureen. Cuma aku tak pula berminat jenama MAM, NUK dan Mimijumi tu. Maybe sebab review orang susah nak basuh dan leceh nak pasang. Harga pun mahal bukan kemain.

Mula-mula aku nak beli ni :

Tommee Tippee Closure to Nature PP 150ml. Harga dia RM 29.90 dekat lazada tapi masa dekat Baby Expo Mid Valley baru-baru ni harganya RM 10.90. Tapi aku tak sempat beli habis macam goreng pisang panas.

Tapi aku fikir baik amik yang besar sikit tak payah tukar saiz botol sampai setahun kan kalau ni boleh sampai 6 bulan je jumlah oz dia. So aku amik yang ni :


Tommee Tippee Closer To Nature Best Of British 260 ml warna merah dan percuma TT Bottle and Teat Brush. Harga dekat lazada RM 46.90 dekat luar ada lagi murah tapi lepas aku campur postage dan dekat luar kena beli set yang ada 3 aku rasa membazir.

Bagi aku jangan beli yang set bottle 1 jenama banyak-banyak sebab incase baby tak suka or at least kita ada variety. Nanti nak buat apa botol banyak-banyak tak guna tu kan? Sebab tu aku ada beli yang murah dan mahal campur-campur ikut kemampuan.

Ha ni botol murah yang aku beli Pureen Disney Winnie the Pooh Easy Grip Feeding Bottle Hood 125ml dengan harga RM 8.00. Yang ni sesuai untuk newborn ke 3bulan untuk saiz yang kecil macam ni.

* Guna botol susu hanya lepas baby dah mencecah usia 2 minggu. Awal-awal tu bagi dari original je.

* Ikut petua orang tua-tua jangan mak sendiri yang bagi susu ikut botol kalau mak masih boleh BF tak tahu lah sebab apa.

*Teat dia kan ada ikut month flow dia better biasakan dengan 0+ punya teat saja sebab dia sama dengan flow dari ibu. Kalau yang flow laju je takut dia dah biasa laju bagi yang original nanti dia pelik kena flow dia lambat.

Nanti aku cerita pasal botol lain pulak ye bila aku dah beli. Hehe.

Harap membantu mereka yang macam aku ni.

Bye.

Thursday, November 27, 2014

Tak Zabar!!

Eh cepatlah gaji aku dah tak sabar nak beli keperluan ni.
Bila dah tak ada buku untuk dibaca aku baca how to learn English in a simple way.
Husband aku tahu lah tu kalau dah tak ada buku nak baca mulalah baca buku boring.
Asal ada untuk masukkan dalam otak di masa senggang selain main iPad.

Tapi,
Aku tak zabar nak pergi BBW.
Entah proceed ke tak sebab aku dah memboyot, husband aku malas nak bawak tempat sesak macam tu.
Sebab kalau nak pergi kena naik motor baru cepat dan tangkas.
Naik kereta nak parking lagi nak redah jammed lagi, mampu pulak dia tak membebel.
Even buat dekat The Mines yang sekangkang kera dari rumah, tapi kat flyover tu jammed owh.

BBW 

Cuci  mata dulu.
Aku dah sogok husband dengan lego yang dia ada jual kat sana tapi macam tak jalan.
Hurm.

THE BIG BAD WOLF BOOK SALE 2014: THE GREATEST BOOK SALE ON EARTH!!
The Big Bad Wolf is out to bring Malaysia the greatest, most AMAZING book show on Earth!
After going into space, saving the world and sailing the seven seas, the Wolf is now gathering amazing curiosities from across the globe for the world’s most INCREDIBLE circus of books! Enjoy 75-95% discounts on all 3.5 million...yes, ALL 3,500,000 books!! Get ready for a real show!
Date: 5 - 16 December 2014
Venue: Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)
Time: Begins 7 am 5 Dec, Ends 9 pm 16 Dec
Tengoklah ea kita berjaya ke tidak pujuk dia.
Hehe.

Bye.

Wednesday, November 26, 2014

Perkembangan Bayi Minggu Ke 25-28

Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

Minggu 26

Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.

Minggu 28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Bye.

Tuesday, November 25, 2014

Resepi : Labu Air Tumis

Sejak mengandung ni tekak teringin nak makan sayur labu air tumis. Memandangkan first time masak aku pun tak tahu nak potong macam mana potong ikut ingat macam mana mak masak je. Nasib lah jadi.

gambar ehsan google.

Bahan-bahan :

1 labu air sederhana besar (ikut berapa orang nak makan)
Segenggam udang kering
Sebijik cili besar
1 sudu makan bawang putih dan merah yang dikisar
Oyster sos secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk cukup rasa secubit
Setengah gelas air


Cara-cara :

  1. Kupas labu air, cuci dan belah dua, kemudian belah lagi dua setiap bahagian, potong serong setiap belahan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan udang kering, bawang merah dan bawang putih yang dikisar. Tumis hingga perang dan harum. Masukkan air dan oyster sos.
  3. Masukkan labu air dan perasakan dengan garam dan secubit gula *cukup rasa. Masak hingga labu air lembut. Siap untuk diratah.

Bye.

Friday, November 21, 2014

Review - Pearl Aura Brightening Essence Etude House.

Semalam masa nak balik kawan ofis aku tegur yang aku putih sebenarnya. Siap buat perbandingan kulit. Dia memang putih aku ni bak kata abang dekat ofis kejap nampak cerah kejap nampak gelap.

Aku pun terfikir product apa yang aku pakai nampak putih. Kalau lotion badan tu aku tak ada pakai lotion yang pemutih tu sebab nak habiskan lotion Body Shop hadiah kawen. Setahu aku lotion tu just moisturize kulit.

Maybe ada pakai scrub Sumber Ayu itu pun kalau aku rajin dan ingat. Sebulan 2 kali je kot aku pakai. Tu pun tak bersungguh pakai. Aku syak maybe sebab kerja dalam aircond lepas tu pakai long sleeves kan. Mungkin.

Muka pulak masa keluar dengan Nisa dua bulan lepas dia ada bagi set trial dari Etude House. Boleh pakai berbulan-bulan walaupun trial. Nama dia Pearl Aura Brightening Essences. Ada dua set 1 cream 1 lagi lotion muka.

Gambar ehsan google.

Ada separuh lagi tahu. Walaupun dia state situ untuk kegunaan seminggu. 

Pearl Aura Brightening has the main ingredient from ‘Black Pearl Particles’ which came from Tahiti area, that is called as gift of god. Also self laminating bio plant ‘Aura Particle’ and deep clean ocean water’s Mineral Particle’ is included for instant brightened and clear skin. 
The ‘ ‘Black Pearl Particle’ has abundant of mineral and organic ingredient great for antioxidant and whitening and the ‘Aura Particle’ that is produced while fermentation reflects the light for brightened skin.
The deep clean ocean water’s ‘Mineral Particle’ fills in the uneven skin texture with moisture and strengthens the light penetration for even and bright skin tone
The ‘Pearl Aura Brighten Essence’ is used right after cleansing for long lasting transparent skin.
The ‘Aura Particle’ inside the clear essence shines and dissolves into the skin is a natural plant luminescent extract that adds light to your skin by reflecting them by temperature and arrangement.

Kalau dah habis mampu ke aku nak beli, harga dia RM 109.00 untuk 100ml. Pengsan. 10ml aku pakai 2 bulan kalau 100ml mungkin mahu 18 bulan. Hahaha. Kalau tak tumpah lah.

Bye.

Thursday, November 20, 2014

FRIENDS.

Sejak dua menjak ni jahat aku dah keluar balik, dah meletup.

Sebelum ni simpan dengan ketat.

Sekarang dia main redah je apa dia nak.

Banyak buat dosa betul.

Bye.

Wednesday, November 19, 2014

Attitude

Well, aku sejak dua menjak ni memang malas nak update blog. Like seriously. Bukan saja tak ada idea, tapi nak buat kerja kat ofis pun malas apa lagi nak menaip. Tapi yang aku rajin ialah cari barang baby online.

Beberapa hari ni kecoh kat ofis pasal ada beberapa staff yang bergaduh. Yang menjadikan aku terlibat ialah dia seret aku dalam permasalahan itu. Aku hairan memang lah dalam ofis will ada macam-macam perangai. Tapi yang paling teruk batu api.

Bila dengan kau dia cakap elok bukan ke main. Siap tanya apa masalah kau dengan orang tu. Tapi rupanya belakang kau dia pergi tunjuk mesej kau dengan dia kat orang yang kau bermasalah itu. Kau rasa? Itu kawan ke hantu?

Memanglah kau tak kutuk orang tu tapi kau dah bagi kepercayaan cerita masalah kat dia dia senang-senang bawak cerita. Apa motif pun tak tahu. Memang saja nak mulakan perang lah kan. Dah lah aku memang berbulu dengan orang tu.

Okay nak burukkan keadaan orang yang kutuk kau tu pulak berperasaan dia malaikat dia pulak yang rasa dianiaya. Lepas tu dia kesian pulak dekat orang yang menjadi batu api tu. What??

Game on. Aku tak takut. Sebelum ni aku asyik fikir bila buat benda yang orang tu buat kat aku aku akan jadi sama macam orang tu tak bertamadun. Tapi kalau dah diam je kena pijak. So aku akan balas balik apa yang kau buat kat aku, sebab kau yang mulakan api. Thank you. Aku cuma perlu tuang minyak je. Sekarang you get what you deserved.

Rasalah perasaan dianiaya cukup-cukup.

Bye.

Monday, November 17, 2014

Thursday, November 13, 2014

5 Bulan

Yes, walaupun kecil dah 5 bulan okay. Buat masa ni perubahan yang aku rasakan ialah berat bertambah lagi, masuk angin tu ada lagi lah, kulit dah kurang jerawat, cramp ada tapi jarang, perut cramp kadang-kadang, mengidam tu adalah jugak dan kulit kering balik.

Sekarang baby dah aktif, dah dapat rasakan tendangan dia makin kuat. Kadang-kadang dia pandai pilih time nak rehat, nak tidur time tulah dia akan bergiat aktif. Nakal. Mula-mula macam tak pasti tapi sebab dia tendang kuat sangat terus rasa ngilu.

Buat masa ni aku tak sihat sangat sebab tengah demam, batuk, selesema dan sakit tekak. Pakej. Selera pun susah nak agak nak makan apa. Kadang-kadang takut makanan tu pedas sangat, tak pun tak berkhasiat dan lebih ngeri kalau menggemukkan.

Mengikut pembacaan aku berat bertambah is normal tapi, ada tapinya kena lah mengikuti piawaian. Maksud, seminggu boleh naik 200gm sebulan 1kg atau kurang. Kalau ikut BMI aku, aku boleh naik sehingga 10-16kg sepanjang tempoh mengandung. Tapi aku buat keputusan tak nak naik sebanyak itu nanti nak turunkan balik siapa nak menjawab?

Buat masa sekarang berat aku bertambah 6kg. Dulu sebelum mengandung 54kg sekarang dah jadi 60kg. Hebat kan? Ha time nak naik penimbang tu lah paling cuak kalau boleh menipu memang nak menipu je.

Bulan ni jugak aku boleh scan gender tapi buat masa ni tak scan lagi. Tunggu masa yang sesuai. Kami memang kalau boleh nak tahu sebab masing-masing nak beli barang yang comel kan kang silap beli pasrah je baby. Hehe.

Bye.

Tuesday, November 11, 2014

Dating di Times Square.

Aku mesti update entry ni weyh, maklumlah suami kita jarang berperangai baik macam ni. Hehe. Cerita dia aku macam cakap aku nak beli cardingan tapi tak sempat hari tu tak cukup duit, so laki aku dengan baik hati cakap jom lah kita pergi lagi nanti. Aku pun demand nak pergi cepat-cepat nanti habis.

Yelah aku pernah weyh aim baju nak beli kat sana pergi selang 2 minggu dah habis. Tak kau meroyan? So seminggu lepas tu which is Ahad aku bangun pagi tapi bermalas-malasan lah kan. Sebab Sabtu aku tak kerja so aku dah berpenat kemas rumah. Aku macam tak expect yang laki aku akan semangat nak jalan awal pagi kan?

Tiba-tiba :

Suami : Ayang bangunlah siap-siap.
Aku : Japlah (sambil buka novel)
Suami : Cepatlah cakap nak pergi TS.
Aku : Ha? (Pura-pura terkejut dalam hati gembira)

Aku pun bersiap lah sebab once in a lifetime kot suami aku semangat nak ajak keluar, nak masuk KL pulak tu. Untuk pengetahuan semua minggu lepas aku baru kena marah sebab dia kena redah jammed hantar aku masuk KL. So ni peluang keemasan ke tidak? Sebelum aku masuk kereta aku dah cakap kat dia aku nak dia belanja tau.

Malam sebelum tu kitorang dah merambu ke downtown tapi dia tak adalah semangat macam ni. Dalam pukul 11.30pagi kitorang gerak menghala KL. Memang dia sukalah sebab jalan lengang. Sampai TS pun dalam jam 12.15tengahari, kitorang amik keputusan untuk park kereta kat car park dia. First timer.


Sebelum mula shopping dia beriya suruh tangkap gambar dia. Aku je malas-malas. Haha. Amik berapa kali sebab dia tak puas hati. Tapi aku bagi alasan camera HP dia buruk. Rupanya dia semangat sebab dia nak beli kasut baru. Nak tambah koleksi. Tak faham aku baru je kot beli kasut bulan lepas. Aku pun beli 2,3 bulan sekali maklumlah saiz susah nak cari. Dia pun saiz susah nak cari sebab kaki kecik bagi lelaki.


Sebelum start shopping, dia tanya nak makan dulu ke? Aku cakap sambil-sambil lah kita shopping sebelum nak sampai tempat makan. Tapi bila dah beli cardigan aku nak tu perut rasa lapar pulak yelah tak sarapan pun pagi tu, so makanlah dekat Teppanyaki. Suami aku dah sebut banyak kali means dia nak lah makan situ. Even dia tanya aku nak makan mana 2,3 kali. Ikutkan saja aku okay je sebab dia belanja. Hewhew.

Lepas dah makan-makan sambung shopping lah kan. Aku gembira lah jugak walaupun penat yelah kitorang jarang lebih-lebih suami aku dapat keluar dan membeli benda yang dia suka. Sebabnya sebelum ni sibuk membayar hutang. Lagipun banyak benda lain lebih urgent dari kehendak. Tapi laki aku cerewet sikit, aku ni amik je kalau berkenan takut nanti tak beli balik dah termimpi-mimpi. Dia pulak pilih lama.

So balik tu aku dapat lah 3,4 helai baju paw, haha, nasib betul-betul kena belanja kalau tak teman shopping jelah. Sekali-sekala dating macam dulu-dulu best jugak. Walaupun dia cakap lagi 5 bulan, tapi tak pe nanti kita goda dia dengan kasut baru. Hehe.

Bye.

Saturday, November 8, 2014

TARGET TERCAPAI.

Yeay!
Dengan ini secara rasminya aku telah mencapai target untuk dapatkan 10000 viewers.
Alhamdulillah.
Aku mencapai target sebelum bulan December.
Sebab tulah gembira sangat.
Sangat tak sangka.

Xoxo.

Bye.

Friday, November 7, 2014

Baby Romper

Kenapa benda ni comel sangat?
Dah lah boleh pakai kejap je.
Kitorang kalau tak ditegur memang nak beli semua yang comel-comel.
Ni nasib beli yang saiz 0-3months, takut gak nak beli newborn nanti baby tak muat.
Baby besar ke pakai sekali je, rugi kan?
Kalau besar sangat nanti longgar dah tak macam pakai baju sendiri.
Tapi kenapa comel sangat ni?


Bye.

Thursday, November 6, 2014

Addicted To This.

Hari tu laki aku amik aku lambat dari ofis. Then dia suruh aku dinner dulu dekat One City. Memandangkan esok gaji aku ada duit lebih sebelum gaji so aku pun jalan-jalan dekat tingkat 1A. Nak dijadikan cerita aku berminat dah lama dengan lego (bukan lego sebenar) yang murah tu. Ada pulak kedai dia kat tingkat tu so aku pun pergi lah.

Niat asal nak usya harga dan tengok-tengok je tak ada pun nak beli sangat. Tapi bila uncle yang kedai tu macam bersungguh sangat layan aku siap keluarkan set-set baru yang bagi dia best (bukan aku paksa). Aku pun layankan. Last-last atas alasan uncle apek tu dah tua dan kesian kedai dia tak ada orang pergi aku pun beli lah set yang ada 8 figures. Hehe.

Aku beli set Star Wars sebab aku nak set Avengers tapi dah habis. Mula-mula nak beli asing konon nak beli dua je ke kan. Tapi aku terbeli 8. Uncle tu cakap ada discount kalau 1 RM 5 kalau set 8 RM30. Dia ada yang RM3 je tapi uncle cakap kadang-kadang ada part yang hilang. Aku pilih jenama yang nampak semahal lego. 

Lagi, masa pergi baby expo Shah Alam minggu lepas laki aku pulak terjebak. Aku dok sibuk-sibuk cari barang baby, tiba-tiba dia hilang lama. Lepas tu datang balik senyum-senyum. Aku dah agak dah sesuatu yang buruk berlaku, firasat. Haha. Rupanya dia beli set Superhero 8 figures pulak. Harga sama RM 30.

Nak marah pun dah dibelinya. So kitorang pun berebut lah nak pasang yang paling susah. Konon hebat lah kan. Masing-masing tak nak kalah. Tapi sebab dia yang beli kali ni so aku kena lah pilih figure yang tak best. Sob sob. Ni contoh set tu dia ada kad sekali tapi aku tak tahu kad tu untuk apa.



p/s : Tak lama lagi nak capai target.

Bye.

Wednesday, November 5, 2014

Novel Ketigabelas & Keempatbelas : Bukan Kerana Aku Tak Cinta & Tuan Rumah Pembantu Rumah

Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.




Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) kerana Taufeeq curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zam Zam). Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya. Dengan bantuan Sara (Syahira), Areen berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan). Areen memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan tentang latar belakang diri serta keluarganya.

Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.

Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk kenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.

Lut (Syafiq Kyle) iaitu pemandu peribadi keluarga Emir telah jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu. Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan Areen dari Lut.

Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul dalam dirinya terhadap Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen sengaja memulakan pertengkaran.

Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin (Hilal Azman) iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu, Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini merupakan seorang chef dan anak orang berada.

Taufeeq pula kembali untuk mencari Areen selepas terdesak oleh kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Taufeeq bertemu Areen dia ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang mengekori Areen dalam diam telah menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serta mengaku dia adalah kekasih Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada padanya untuk memaksa Areen menjadi teman wanitanya. Apakah yang akan terjadi selepas itu?



Bye.

Tuesday, November 4, 2014

Kepentingan Obimin

Kandungan Obimin :

Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin B3
Vitamin B5
Folic Asid, 
Iron, 
Calcium, 
Copper, 
Iodine.

Kepentingan Obimin :

Obimin akan diberikan apabila ibu mengandung masuk ke stage second trimester. Ia membantu meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien. Nanti tidaklah gusi berdarah, kaki cramp, rasa nak pitam dsbg.

Aku tak tahu pulak orang anggap yang obimin ni membesarkan saiz baby. Aku jarang makan obimin ni, aku hanya makan kalau aku rasa tekak aku masa tu tak ada rasa mual yang kuat. Seminggu makan 2,3 bijik je, tapi aku cakap kat nurse aku makan hari-hari. Hewhewhew. Yelah saiz dia besar pastu bila dah makan akan rasa pahit kat mulut dan tekak rasa nak muntah.

Kebaikan lain obimin adalah ia vitamin untuk menambah kandungan darah. Ianya akan menambah unsur ferum(Fe), untuk sel darah merah yang baru supaya ibu mengandung tidak mengalami anemia (kurang hemoglobin). Ini akan mencegah ibu mengadung daripada letih dan kelihatan pucat. Kekurangan ferum menyebabkan ibu mengandung mudah letih dan ini tidak bagus untuk kandungannya.

Bye.

Monday, November 3, 2014

November Haul - Body Shop

Memandangkan aku nak pertahankan member Body Shop aku untuk tahun depan aku pun kena lah beli something kat Body Shop. Tapi bukan sebab itu saja, aku pun suka product dia yang less chemical. Anyway, aku sedih sebab harga barang kat Body Shop dah mencanak naik. Baru last month tengok harga hujung bulan dah tukar. Hurm.

So bulan ni aku beli Body Cleanser, sebab aku punya yang Honeymania dah habis. Nasiblah kau habis hujung bulan.

Bau dia sangat-sangat best, dan ini best seller tau. Vineyard Peach Shower Gel. Harga RM29.90.

Second item yang aku beli ialah BB Cream.

Tea Tree Flawless BB Cream. Aku amik nombor 02, tak kan nak fefeling putih kan? Lagipun tu je warna yang ada aku rasa untuk Asia dia jual color tu je kot. Ni harga dia RM 55. Dari segi tekstur okay sebab dia tak melekit even tak pakai bedak after apply. Cuma dia ada bau-bau ubat sikit.

Untuk dua item ni aku habis :

Body Cleanser - RM 29.90
Paper Bag - RM 0.50
BB Cream - RM 55 tolak aku punya rebate RM15 = RM 40

Total - RM 70.40

Aku beli dekat Body Shop Branch Times Square. Aku ingat tak de branch dia kat situ.

Okaylah aku tak de mood nak cakap banyak-banyak.

Bye.