Sunday, November 25, 2012

Kenapa?

Kenapa aku suka dia?
Azrul Azmiezie Aziz.
Dia tidaklah handsome.
Tidak jugak kaya.
Tidak miskin.
Tidak tinggi.
Tidak tough.
Tidak putih.
Tapi tidak jugak hodoh.
Mungkin bagi yang memandang tiada apa yang istimewa.
Tapi bagi aku dia sempurna buat aku.
Dia mampu buat aku tersenyum dengan lawak dia.
Buat aku dihargai.
Buat aku rasa special.
Walaupun kadang-kadang dia memang ada buat aku terasa.
Sakit hati.
Tapi dia jugaklah yang banyak pertahankan hubungan ini.
Di saat mulut aku senang saja mengucapkan kata putus.
Dialah yang banyak bersabar dan bertahan.
Dia yang banyak memujuk.
Lumrah manusia banyak kekurangan.
Dia jugak tidak lari dari membuat kesilapan.
Tapi bersama-sama memperbaiki kesilapan itu.
Lebih baik dari lari dari kenyataan.
Terima kasih kerana telah menjadi kekasihku selama hampir 3 tahun.
Terima kasih kerana sanggup bersusah senang bersama.
Terima kasih kerana masih bersama hingga ke hari ini.
Syukur ya Allah di atas kurniaan-Mu.
Satu pergi yang lebih baik sebagai pengganti.
Alhamdulillah.

Bye.

Wednesday, October 24, 2012

Datang lagi

Tak lama lagi convo untuk degree bagi UITM akan berlangsung lagi.
Mine on 27th November.
Lepas tu mulalah ke alam perkerjaan.
Ceeee. Haha.
Setakat ni ada dapat beberapa interview dan tawaran, rasanya akan memilih salah satunya.
Mungkin yang jauh atau pun mungkin yang dekat.
Yang pasti cari pengalaman dulu.
Anyway beberapa hari lagi Raya Haji.
Selamat Hari Raya semua. :)
Nampaknya aku makin hari makin malas nak updated blog. :(
So nak masukkan gambar baru-baru ni semasa pergi Kundasang. :)









Bye.

Selamat Hari Raya AidilAdha.

:)

Thursday, October 4, 2012

Hi October.

Untuk September berjaya buat dua post sahaja. Hebat tak hebat.
Nampaknya October bakal mengikut jejak langkah.
Saya tak malas, tapi laptop saya rosak.
Alasan boleh diterima kan?
Logic kan?
I've got my baby today.

MINIMO-X

Antara gambar yang berjaya diambil hari ini.









Sangat gembira.
Okay bye.



Tuesday, September 18, 2012

Laptop rosak.

Ye laptop aku rosak sebab tu lama tidak updates.
So mungkin aku akan updates secara pukal.




I love shopping.
Okay bye.

Buat sendiri.

Popiah udang. 

Batang buruk. 

Kek batik coklat. 

Kerepek bawang.  

Cornflakes Madu

Semuanya aku buat sendiri. Bangga jugaklah walaupun sebenarnya semua kuih yang aku buat ni tahap kesukarannya paling rendah. -___-".
Tak habis pun masih ada lagi, walaupun raya sudah habis.
Entah-entah masuk angin dah pun.

Bye.

Friday, August 17, 2012

Last.

Tinggal lagi sehari untuk meninggalkan Ramadhan.
Sayu.
Sebab malam2 terakhir tak dapat berbuat apa2.
Nasib tak menyebelahi.
Cewah.
Gusi aku sedang meragam.
Doctor Hensem cakap ada gigi bongsu nak keluar.
Itulah jawapan untuk demam dan kesakitan yang aku alami hampir seminggu ni.
Harap2 Raya ni sempat lah sembuh.
Kalau tak macam mana nak makan?
Ni pun dah kurang makan.
Sebabnya gusi yang sakit mengakibatkan susah nak telan makanan.
Nak masuk makanan pun susah.
Berat badan pun dah turun 3kg.
Hurm.
Nasiblah raya di rumah sahaja.
Okaylah dikesempatan ini, alu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang mengenali diri ini, yang tak mengenali, yang pembaca senyap dan kawan2 jauh.
Minta maaf salah dan silap.

Bye.

Happy Birthday Mum!

12.08.12,
xoxo.

Bye.

Wednesday, August 15, 2012

Suatu ketika dahulu.

Baru-baru ni aku buat cleaning laptop aku.
Sebab beliau sudah sangat uzur.
Lembab dan cepat panas.
Aku syak sebab C dia penuh lepas tu kat Dekstop banyak benda pula.
Then aku delete lah and pindahkan mana yang patut.
Disebabkan aku miskin tak mampu beli External, CD jelah mampu aku save mana2 benda yang penting.
Tiba-tiba terjumpa gambar bersama Ex lama.
Aku pun tak tahu sejak bila aku simpan kat sana.
Sejak bila kewujudannya.
So belek-belek sekejap sebelum buang.
Malulah dulu I comot. Hehehe
Terus teringat kisah dulu-dulu.
Masa sudah berpisah dalam beberapa bulan.
Aku ada pergi Genting dengan kawan ramai-ramai.
Masa praktikal.
Waktu tu Ex tu ada turun KL tidur rumah kawan dia Samad tak silap nama dia.
Budak ID jugak.
Masa tu zaman main Myspace lagi katakan.
Ex tu pun IM aku kata nak jumpa dia kat KL.
Haruslah aku tak nak kan.
Then dia marah sebab aku tak nak terus maki hamun aku.
Aku rasa dia nampak kot gambar aku ke Genting.
Masa kat sana tu baju aku kotor, so aku beli baju baru.
Jadi nampak lah macam aku tidur sana sebab pakai banyak baju.
Padahal hari yang sama je pun.
So aku pun tak pasti siapa yang rasa tercabar lepas aku post gambar tu dekat Myspace.
Then Ex tu pun pergi lah Genting jugak dengan "Wife" dia tu.
Tapi dorang tidur sanalah.
Mungkin sebab cemburu ingat aku tidur sana dengan boyfriend kan.
So dorang pun bertindak berani lah dengan post gambar landing baik punya kat dada.
Ada satu gambar yang dia nak sangat menunjuk dia tidur sana.
Tajuk gambar tu " OUR ROOM ". Hahaha.
Tak pelah dek non, akak tak kisah pun.
Lepas tu dia sengaja blur-blurkan tarikh kat gambar tu.
Berani takut namanya tu. Haha.
Aku teringat je cerita ni, tapi benda ni dah lama.
Yang cerita pun kawan aku kat Perak dulu.
Kalau tak aku pun tak faham semua sandiwara itu.
Dialah yang tunjuk semuanya.
Hai lawak jugak bila ingat-ingat balik. ;P

Bye.

Monday, August 13, 2012

Him.

Kenapa aku sayangkan dia. (Poyo)

1. Dia tak pernah ungkapkan kata perpisahan. ( Ugut pernahlah kalau aku tak dengar cakap )
2. Dia banyak membantu aku.
3. Dia banyak berkorban untuk aku.
4. Kalau aku ada dengan dia, dia akan ajak aku kemana saja, even aku tak nak ikut dia akan bawak.
5. Dia akan selalu call.
6. Dia tak suka gaduh depan public, which is semua orang akan tahu masalah dalaman kau.
7. Dia tak suka gaduh lama2, akan call masa tu jugak untuk berdamai.
8. Dia comel. (Okay ini tipu)
9. Dia akan hantar aku kemana saja even dia bebel2. Hee~
10. Dia sanggup bekerja keras untuk nak kahwin.
11. Dia bawak aku jumpa family dia, and sanggup jumpa family aku.
12. Dia banyak menangkan aku.
13. Dia akan bagitau aku dia kemana then jumpa siapa. (if perempuanlah)
14. Dia jaga aku.
15. Dia akan tenangkan aku kalau aku nak marah orang. (aku garang)
16. Dia penyayang.
17. Dia manja.
18. Dia gedik.
19. Dia suka mengalah.
20. Dia suka menyakat.
21. Dia kuat cemburu. :P
22. Yang paling penting dia sayang kan aku.

Bye.

Sunday, August 12, 2012

Kesian.

Sebenarnya aku tak suka masuk campur hal lelaki.
Tapi entah lah laki zaman sekarang macam suka cari lawan perempuan.
Hobi kot.
Tak pun mungkin kalau lawan dengan laki ada pukul2.
Kalau dengan perempuan lawan mulut saja.
Tu pun dorang mesti boleh menang sebab guna maki hamun sebagai senjata.
Gembiralah kot menang macam tu?
Dah lah libatkan aku.
Tuduh aku macam2.
Macam lah aku desperate sangat.
Kalau bukan sebab Mizie sabarkan aku, dah lama aku menentang.
Yela tiba2 komen kat gambar FB yang Mizie just tagged aku sahaja.
Itupun gambar yang dia reti masak dah.
Tiba2 diserang.
Kena cakap macam2.
Tuduh aku kongkong dia.
Hasut dia.

Semua cara yang adalah yang mampu halang Mizie kuar rumah jumpa dorang.
Gara2 dia tak lepak.

Logik ke semua ni?
Kalau aku mampu buat macam tu alhamdulillah lah.
Macamlah Mizie nak dengar cakap kan.
Macamlah dia senang2 je ikut apa aku nak.
Dia pun pandai fikir.
Aku pun seumur hidup tak pernah halang dia.
Kalau nak keluar jumpa kawan silakan lah kan.
Janji benda tu tak mendatangkan mala petaka.
Please lah act matured.
Mizie pun kerja, ada life lain lagi.
Tak kan lah semata2 nak lepak nak ponteng kerja.
Balik kerja pun lambat.
Nak rehat.
Keluar dengan aku pun dia tak ada masa.
Balik kerja mesti terlelap2.
Ada masa adalah dia jumpa.
Bukan dia yang tak nak pun.
Lepas 2 mula lah ungkit lupa sahabatlah.
Lupa jalan pulang lah.
Nak lepak bila susah je lah.
Come on. Apa semua ni?
Korang pun bukan perfect so jangan nak pandai2 atur hidup orang.
Kalau korang tak keje banyak masa terluang lepak lah ikut suka bila.
Tapi jangan expect orang lain pun kena ikut cara korang.
Aku rimas dengan semua ni.
Jangan nak tuduh2 aku.
Kalau dia tak lepak aku tak pernah jampi dia suh jangan lepak.
Itu antara dia dengan korang bukan salah aku.
Pandai2 lah fikir penyelesaian.

Salam.

Bye.

Saturday, August 11, 2012

Sunway Pyramid








Bye.

Maafkan saya.

Maafkan saya si pemalas ini.
Bukan niat ku untuk tidak mengupdated.
Hahaha.
Aku sebenarnya tak mempunyai idea untuk mengarang.
Tak tau nak bercerita apa.
Tengok gambar saja lah.
Okay tak?

Mungkin nanti.
Sebab aku terlalu malas untuk mengambil pendrive.
Hahaha.

Berjaya membuat cleaning laptop.
Dah ringan sikit dah.
Wohoo.
Ada lagi yang perlu dibuang.
Tunggu masa sahaja.

Eh okaylah. Dah tak tau nak merepek apa.
Selamat bersahur kepada semua blogger.

Bye.

Thursday, August 9, 2012

Habuk.

Assalamualaikum pengintip tegar. . .
Fuh.. Fuh.. Fuhh..
Eh ini bukan jampi tapi ini membersihkan habuk.
Agak lama jugak aku tidak membuka blog ku ini.
Al maklumlah aku tidak mempunyai masa terluang.
Lagipun aku sangat sibuk dengan persiapan final
Tapi sekarang alhamdulillah.
Aku sudah habis degree.
Tapi belum secara rasmi lagi.
Sebab belum convo.
Insyaallah bulan October akan bemula kehidupan aku sebagai seorang designer.
Misi mencari kerja belum bermula.
Tapi misi membuat kuih raya sudah selesai.
Lepas ni misi mencari cinta pula.
Eh! Eh!
Haha. Sekarang kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan.
Selamat mencari keberkatan.
Okaylah nanti ada sesuatu aku tulis lagi.
Buat masa sekarang ini dulu sebagai mukadimah.

Bye.

Monday, June 4, 2012

Kenduri Kahwen

Ini berlaku baru-baru ini di Ukay Perdana.
Menemankan kawan aku iaitu Acha pergi ke majlis kahwen makcik boyfriend dia. Eh?
Sebabnya dia malu pergi sorang2.
So minta aku temankan.
Almaklumlah dia first time jumpa mak mertua nervous lah tu.
Ni antara gambar aku yang sempat diambil.
Dengan Acha tak sempat.
Sebabnya wedges aku terputus.
Ini memalukan.
So checkitdaut ( ala-ala Lisa )








Okay ini sahaja untuk hari ini.
Bye.

Friday, June 1, 2012

2 tahun 11 bulan 2 hari.

Itu adalah jumlah masa kami menjadi kekasih.
Memang nampak macam " Eh baru lagi, setahun jagung katanye" tapi aku tak kisah.
At least 2 tahun 11 bulan ni adalah masa yang sebenar aku couple.
Apa yang aku maksudkan dengan kata2 itu?
Yela even ada orang yang dah couple 5 ke 6 tahun pun, tapi kalau dalam masa 5 ke 6 tahun tu asyik couple sambung putus break, tak best jugak.
Kira menipu lah nak bangga konon sudah bersama lama, tapi sebenarnya dia tak tolak pun hari yang dorang break kejap or tak bersama or tak contact langsung.
Ke sebenarnya tak pandai kira?
Matematik dapat berapa? Haha.
Atau sebenarnya tak boleh terima kenyataan, kalau boleh nak tutup mata je bab2 yang break tu.
Ambik yang couple je lah anggap je lah 5 ke 6 tahun tu kami bersama dengan gembira.
Pun boleh kakak, aku tak kisah pun.
Tapi jangan nak bangga sangatlah.
Kalau sudah mencapai 5 ke 6 tahun tu kawen saja lah.
Jangan nak tunggu lama2 sangat.
Nanti basi.
Eh! Bus Rapid Tunggggggggggguuuuuuuuu.

Bye.

Wednesday, May 30, 2012

Tunang

Persiapan untuk tunang boleh dikatakan zero.
Perbincangan ada.
Tapi selalunya diakhiri dengan percanggahan pendapat.
Selalu dia tidak setuju dengan cadangan yang aku berikan.
Dan aku pula tidak setuju dengan cadangan dia.
Tak tahulah kalau dia sengaja tak setuju untuk menyakat aku.
Atau memang betul tidak setuju.
Entahlah.
Makin ditunggu makin drag waktu yang sepatutnya.
Datang pula masalah baru.
Hutang itu ini nak dilangsaikan.
Dengan kena tanggung orang yang tak sepatutnya.
Sekarang ni konsepnya adalah redha.
Tunggu dan lihat sajalah.
Bila tarikh yang dijangka sampai apa akan berlaku.

Tunggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuu.

Bye.

Saturday, May 26, 2012

MIB3

Minggu lepas memang sangat hectic.
Buat kerja tapi tak pergi kelas.
Boleh pula macam tu.
Cuti awal sebelum cuti sebenar.
Naik cuti ni mampus nak menghantar kerja berjela2.
Lepas saja hari Khamis, heaven.
Tengok wayang cerita MIB3.
Lepas tu pergi Uptown Shah Alam.
Then balik, tidur bangun pukul 1.
Pukul 4 keluar lagi pergi Jusco Bukit Tinggi.
Karaoke 5,6 lagu then bershopping di Cotton On.
Memang sessi menghabiskan duitlah gamaknya.
Apa boleh buat, pesanan ayahanda untuk enjoy minggu ni lupakan kerja tidak disia2kan.
Isnin ambik kau. Haha.

Bye.

Tuesday, May 22, 2012

Bergambar

Sebenarnya aku sudah lama tidak bergambar bersama.
Mungkin sebab sudah lama bersama jadi tidak ada perasaan untuk bergambar bersama macam dulu2.
Atau mungkin sudah bosan dengan lokasi bergambar.
Maklumlah port dalam kereta adalah pilihan utama.
Malu kot nak snap in front of the others.
Tidak mengapa rasanya sebab itu tidak menjadi masalah pun buat kami.
Kalau dulu iyalah boleh bergaduh.
Tapi sekarang stay cool sahaja.
Hurm. Namapaknya dia ada hobi baru sekarang.
MENYAKAT.
Seriously I'm not joking about that.
Contoh : Aku bagi dia pinjam sesuatu seperti beg then aku akan cakap ni pinjam sahaja nanti pulangkan. Dia akan cakap tak mahu nak ambik. Aku takutlah kan then cakap tak nak pinjamkanlah. Then dia akan cakap okay2 akan pulangkan. Then bila dia tak pulangkan aku tuntut, dia akan menyakat aku. Mulalah membuat cerita dia. Alah beg tu sudah koyak Asyraff yang koyakkan. Salahkan adik dia yang umur 2tahun. Jahatkan. Then aku akan mula marah2, bebel2. Then dia akan say sorry dan cakap nanti dia gantilah okay? Berdamai jangan marah lagi. Aku akan bertambah marah sebab dia macam tak concern then dia akan ketawa2 dan cakap okay dia main2 saja beg tu ada je. Urghh! Geram bukan?

Sabar sajalah.
Tak dapek nak menolong.

Bye.

Friday, May 11, 2012

Barang Jualan








And many more.
Find us @r Boutique.

Minggu lepas

Ini antara sedutan peristiwa yang berlaku minggu lepas.
Amboi, macam drama swasta pula.
Haha.


Macamne aku boleh terlepas kat sini?
Masa ni aku dengan Mizie nak cari makan.
Tiba2 terkeluar idea nak makan kat sini.
Sebab hari 2 dengar Nisa cakap kat dalam ni banyak kedai makan rpanya hampeh.
Tak ada yang menarik, masuk pun 10minit je kot pas 2 keluar makan kat tempat lain.

Yang ni pulak macam ni ceritanya.
Orang sibuk nak berniaga buka booth dia pun nak jugak.
So nilah hasilnya.
Kat FSPU, Uitm Shah Alam.
Memandangkan tak ramai yang datang so xbanyak masyuk lah.
Tapi adalah jugak pendapatan.


Inilah hasil pembelian dari duit jualan.
Murah2 sahaja sebab ingin menukar purse lama yang sudah uzur.
Tapi bukan ini sahaja ada lagi.
Nantilah ye saya tunjukkan gambarnya xsempat snap pula.

Okay itu saja cerita untuk hari ini.
Nanti cerita lagi.

Bye.

Thursday, May 3, 2012

Spaghetti. Bonjuor~

Bahan-bahan untuk memasak spaghetti : Bawang putih, tomato puree, cendawan butang, sos kimball( sebab jimat) dan pasta spaghetti.

Campurkan semua bahan-bahan, tambah garam dan air jika perlu. Sambil itu rebus lah pasta spaghetti tadi. Jangan lupa masukkan sedikit garam.

Sudah siap. Selamat menjamu selera~

Bye.