Friday, March 30, 2012

Salam Jumaat

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Surah al Baqarah:216

Aku sudah mengetahui serba sedikit kebenaran.
Manusia yang suka berputar belit ada di mana2.
Baik di depan belum menjamin baik di belakang.
Tidak mengapa, balasan akan muncul jugak.
Kepada kau, aku sudah tahu yang kau selalu menelefon ke rumah BF aku.
Tanpa alasan semata2 ingin bercakap dengan dia.
Pada aku, kau cakap buat apa nak cari dia.
Aku yang putuskan dia.
Tak akan menjilat ludah sendiri.
Tapi kau termakan kata sendiri.
Baguslah, aku tidak marah cuma kasihankan kau.
Rendahnya martabat kau.
Dan kepada kau yang suka memaki.
Yang merasa zaman remaja adalah segalanya.
Berubahlah untuk kebaikan kau.
Tidak ada yang dapat menjamin kita akan hidup lama.
Kata2 ini untuk diri aku juga.

Bye.

Monday, March 26, 2012

lcct, sepang

posing 1, 5 minit sebelum boarding

post2 da mula nk marah sebab dia asyik amik gmbr terpotong muka

post 3, senyum ala2 terpaksa

baru okay seket
okay last sebab da majuk

Bye.

Sunday, March 25, 2012

Takut

Telah melakukan sesuatu perkara yang sangat menakutkan.
Mencuakkan.
Mendebarkan.
Sangat rasa bersalah.

Bye.

Saturday, March 24, 2012

20 sebab perlu bersyukur

1. Kerana masih hidup.

2. Masih boleh bernafas.

3. Sihat tubuh badan.

4. Mempunyai sepasang kaki yang boleh berjalan.

5. Mempunyai sepasang mata yang boleh melihat.

6. Tangan yang berguna.

7. Telinga yang mampu mendengar.

8. Mulut yang boleh bersuara dan makan.

9. Mempunyai tempat tinggal.

10. Ada rezeki makanan.

11. Mempunyai keluarga.

12. Tidak papa kedana.

13. Mempunyai kawan.

14. Ada orang yang menyayangi kita.

15. Tinggal di negara yang aman.

16.  Duit yang cukup walaupun tidak kaya.

17. Tidak kelaparan.

18. Lengkap kemudahan.

19. Bebas bergerak.

20. Mampu membaca post ini.

Bye.

Friday, March 23, 2012

Pusat Rekreasi Seksyen 7

Gemuknya aku. Fine.

Bye.

Boyfriend 7


Comel je waktu ni hehe.
Ni tak silap waktu hari jadi aku tahun 2010.
Okay aku janji hari tu nak cerita yang tahun 2011 punya cinta pula kan?
Masa awal tahun 2011 kami ada krisis sikit.
Dia terasa hati dengan kata-kata aku.
Dan aku terasa dengan kata-kata dia.
So masa hari jadi aku tahun 2011 agak hambar sedikit.
Sebabnya masih dalam mood bergaduh.
Dia cuma belikan aku hadiah saja, sebab on the day hari jadi aku dia pergi ke Jakarta.
Lepas itu barulah kami ke Sunway Lagoon tapi dalam mood bergaduh.
Hurm. Lepas tu masa bulan dua aku ikut akak dia ke Kedah Mizie tak ikut sebab kerja dan ada shooting.
Akak dia pinjam kereta dia ke sana.
Nak dipendekkan cerita, akak dia minta tolong aku pergi kedai naik kereta Mizie.
Dan waktu tu jugak aku excident.
Of course lah pergaduhan bertambah besar kan?
Sebab kereta tu baru beli dalam 4 bulan lah.
Proses membaiki kereta memang lah sangat mahal.
Nasiblah mak aku tidak marah and willing to help me to pay half of the amount.
Tapi tidak lah bergaduh lama, sehingga lah kereta dibaiki.

Tahun tu jugak aku sudah tidak duduk di kolej dan menyewa di Pusat Komersial Seksyen 7.
Mizie berhenti kerja dekat syarikat Pak Uda dia.
Then mengganggur agak lama jugak.
Kerja dia just some business and shooting.
Kadang-kadang kerja dekat Sepang.
Then dia pindah rumah dari Putra Mahkota ke Serdang balik.
Itulah dulu cerita buat masa ni.
Nanti ada masa aku sambung lagi.

Tunggguuuuu . . .

Bye.

3D part 6 Degree

Okay ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk okay.
Ini sekada perkongsian sahaja.
Saya masih lemah dalam membuat 3D apatah lagi membuat drawing CAD.
Ini pun di buat atas bantuan kawan saya Liana yang membantu dan menunjuk ajar.
Ini untuk projek akhir part 6 degree iaitu Boutech Hotel.
Dari segi carpet ada masalah.
Enjoy.






Bye.

Monday, March 19, 2012

Rumah Sewa

Semenjak duduk dekat rumah sewa ni, aku makin rajin masak.
Walaupun sebelum jarang-jarang masak.
Jarang-jarang tu maksudnya setahun 2,3kali sahaja harap maklum.
Hehe.
Tapi tidaklah masak yang over the vass.
Sekadar yang mampu saja dibeli saja.
Paling rumit pernah masak nasi ayam.
Yang simple2 tu contohnya bubur dengan lauk, nasi dengan lauk, mee hun goreng, nasi goreng, roti bakar, burger dan yang mudah2 dan jimat.
Tapi tidak lah terror yang penting sendiri rasa sedap.

Bye.

Sunday, March 18, 2012

Hurm.

Nothing much to say.
Cuma kadang2 tension dengan kerja.
Subject banyak.
Lepas itu nak shopping tapi tak mampu.
(Ini memang sedih)
Handphone pulak rosak.
Tak dapat nak BBM dan online.
Huhu.
Sebenarnya tak tahu nak updated apa.
Sebab nak upload gambar tapi asyik failed je.
Sabar jelah.
Nantilah ada cerita aku updated.
Tungguuuu ...

Bye.

Monday, March 12, 2012

kesedihan hati.

kini sudah terungkai.
kalau nak kata aku benci semua orang kat dunia ni tak boleh juga.
ada juga yang aku sayang tapi kenapa aku selalu jumpa manusia yang menyakitkan hati.
jangan marah aku kalau aku benci kau sebab itu hakikat.
aku kah yang kena bertanggung jawab di atas kesalahan kau?
benci betul lah. menyampah tahap gaban.
sudahlah tidak meminta maaf, perasaan diri bagus.
masih nak menegakkan benang yang basah.
tapi nak tuduh orang lain.
yang tua ke muda ke sama saja.
semua perasan diri bagus.
orang lain akan tetap salah tanpa perlu diselidik.
tak payah lah susah2 nak nasihatkan aku.
urus dulu ahli keluarga sendiri.
mak aku masih boleh ajar aku mana betul mana salah.
jangan bodoh sombong.
macam mak ketam nak betulkan jalan anak sendiri, sendiri jalan mereng.
tak tau cerita a-z, mungkin tau a-q je terus nak blame orang ni jahat.
come on. kalau ko dewasa sangat selidik dua2 pihak baru buat kesimpulan.
sedih lah dengan perangai yang macam ni.
don't be bias. berdosa besar menyembunyikan kebenaran. sebab menzalimi orang lain.
aku rasa korang lagi arif bab2 ni.
sudahnya aku juga yang di cop kanak2 riang, besarkan hal kecil.
fikirlah semua ni berpunca dari siapa.
jadi kalau orang tak boleh guna purpose fb semata2 nak jaga hati orang lain.
duduk dalam gua la wey.
tak ada kemudahan internet orang tak kacau perasaan kau.
kalau betul2 tak salah tak perlu terasa.
kalau betul kenapa diam.
aku dah tak ada baru berani nak cakap?
nak takut apa. kalau ko betul aku sanggup minta maaf sebab aku salah tuduh.
tapi dari cara ko memang menunjukkan bukti ko salah.
siapa yang stupid sebenarnya?
ko ingat aku ketagih sangat ke dengan baju 10hengget tu?
aku tak kisah pun. tapi minta lah izin jangan main amik je dari beg.
macam baling batu sembunyi tangan.
dah kantoi, nak marah2 orang lain pulek.
aku lagi sakit hati dengan perangai ko tu.
belajarlah menghormati perasaan orang lain.
kalau nak diri tu kena hormat lah.

p/s : aku harap tak ada orang nak halang aku nak tulis apa kat blog aku. sebab ni hak aku aku punya suka lah. fb ko nak control tak kan ini pun ko nak sapu juga. siapa suruh jadi stalker?

Bye.

Saturday, March 10, 2012

Chop. Chop. Chop.

Telah menukar image baru.
Telah membeli baju baru.
Mungkin akan membuat bertambah semangat untuk pergi ke kelas.
Mr. Boyfie pun telah mendapat kerja baru.
Tempat baru.
Gaji baru.
Semuanya baru di bulan baru.
:)

Bye.

Friday, March 2, 2012

MARCH

Makin hari makin ramai kawan-kawan seusia tunang, kahwin dan ber-anak.
Sudah 23 tahun kan cukup sesuai lah untuk berkahwin.
Tahniah lah kepada yang kahwin dan tunang awal itu.
Aku doakan kekal lah hendaknya.
Bila aku usya-usya dekat FB ramai kawan sekolah aku yang dulu-dulu ganas, dialah samseng.
Tengok-tengok sekarang post gambar anak dia.
Haha. Kelakar sangat bila ingat.
Hey, yang I maksudkan ini lelaki bukan wanita.
So korang wajar terkejut. Haha.
Dulu dan sekarang perangai sangat berbeza.
Baguslah at least ciri-ciri bertanggungjawab itu ada.
Ada yang suka ponteng kelas dulu-dulu ( perempuan ) tengok sekarang sudah berbadan dua.
Ada yang selalu sama-sama dengan aku masa kawad kaki sudah ada anak mungkin nak tambah lagi.
Ada jugak yang sudah bercerai okay.
Tak apalah.
Apa-apa pun aku tumpang gembira untuk mereka.
Entah bilalah turn aku.

Bye.

Quotes






Bye.

Thursday, March 1, 2012

Boyfriend 6

Selalunya kita akan ada kes ex-gf BF kita menghantui hubungan kita sekarang. Aku pun begitu jugak. Masa awal-awal hubungan aku, dalam 3 bulan macam tu lah tiba-tiba ex Mizie macam add aku dekat myspace dengan YM. Tapi aku approve dekat myspace je la kan. Aku masih simpan lagi conversation itu. Mula-mula aku ingat dia nak berkawan ke apa kan. Yela macam tanya aku ni GF Mizie ke bla bla bla. Peliklah jugak dari mana dia tahu pasal aku. Then yang buat aku rasa macam annoying asal aku macam ada krisis sikit dengan Mizie dia tahu je lah.

Aku tak lah kisah sangat bila Mizie cerita yang ex dia itu ada called papa and masih berhubung dengan adik-beradik Mizie. Sebetulnya aku cool saja pasal itu. Tapi yang aku tak cool bila dia jadikan keluarga Mizie sebagai alat penghubung untuk dia contact dengan Mizie. Macam contoh, telefon papa macam nak cakap dengan Mizie. Itu aku tak boleh terima. Lepas dia contact dengan aku dekat myspace aku tak layan sangat dia add aku kat FB pula. Aku pun approve atas dasar kawan, tapi yang aku tak boleh blah bila dia stalk pasal aku. Asal ada apa yang berlaku dia akan PM aku, then tanya macam-macam.Cara dia tanya memanglah dia buat-buat macam ambil berat tapi sebenarnya dia nak cari point. Then dia akan menyampaikan dekat orang yang aku cakapkan tapi dalam version dia.

Aku memang sangat tidak tahu apa motif perempuan itu. Nak berkawan dengan aku, aku tak kisah nak rapat dengan family Mizie aku tak halang tapi janganlah nak menyampaikan cerita yang tidak benar pasal aku dan memporak-poranda kan hubungan orang. Dia siap fitnah Mizie lagi. Aku tak tahu apa yang dia nak, aku dengan Mizie sudah hampir 3 tahun, perempuan itu pun ada BF. Adakah dia nak pisahkan kami dan rampas Mizie? Atau sekadar hobi di masa lapang? Tidaklah aku tahu. Tapi aku memang simpan semua PM dia kepada aku dan apa comment yang dia fitnah Mizie itu. Mungkin berguna di masa depan.

Waktu Mizie di Sabah
Mula-mula aku ingatkan aku tak dapat degree, aku siap dah mohon kerja semua. Ada yang hampir dapat dah. Tengok-tengok last minit aku dapat tawaran so lepas habis diploma aku terus sambung degree. Kiranya aku degree dulu sebelum convo la. Aku masuk sessi July - Dec 2010. Kalau ikut perkiraan kami nak bertunang dalam tahun ni, dua-dua family pun macam sudah bersetuju. Tapi disebabkan ada masalah sedikit benda itu ditangguhkan. Sebab ingatkan aku tak sambung degree nak kerja, so Mizie macam nak ikatlah kan. Tapi memandangkan tak jadi, dalam bulan October Mizie dapat keluarkan Myvi SE hitam. Hari pertama keluar kereta terus pergi Melaka. Gigih. Kiranya senang lah sikit dia nak bergerak tak payah pinjam-pinjam kereta lagi. Tapi dia terpaksa menjual Ninja untuk tujuan itu.

Mizie : I jual kereta ni sebab u tau, untuk kepentingan u. Senang nak bawak barang tak kena panas.
Aku : Yela tu. :p

Then masa convo dalam bulan November dia beriya-iya nak temankan, convo first time dekat Perak. Haha. Sebab aku cakap aku tak nak ajak dia sebab dia convo tak ajak aku pun. Jahat kan? Tapi dia merayu-rayu sambil menangis *propa* dan dia ikut jugak akhirnya dengan mak aku, bapak aku dan adik aku dua orang. Kira dia lah yang bawak dorang ke Perak, sebab aku turun Perak dulu naik bus. Aku nak kena settle kan hal jubah dengan raptai dulu. So dia sempatlah bawak dorang jalan-jalan Perak dulu. Pergi Tambunlah, Juscolah. Then kami semua tidur dekat rumah sedara bapak aku dekat Medan Gopeng.

Okay Perak memang panas, auww.
Masa aku belajar dekat Shah Alam ni, dia tidaklah selalu datang macam masa aku dekat Perak dulu. Dia pun kerja kan. Dia dudk B. Antarabangsa kejap then pindah ke Bandar Seri Putra kejap. Duduk menyewa dengan kawan dia dan sepupu dia. Kadang-kadang kalau aku bosan dekat Shah Alam dia hantar aku ke rumah kakak dia. Yelah semester pertama dan kedua aku duduk kolej, jadi ada kebosanan di situ sebab kawan-kawan aku duduk luar kebanyakannya. Dekat dalam kolej tu aku selalu terperaplah. Tapi masa tu kalau kami keluar akan ada cousin dia ikut.

Then penghujung tahun 2010 akak dia pun kahwin. So tamatlah kisah cinta kami tahun 2010. Tahun 2009 dan 2010 tahun yang mana Mizie sangat menyayangi aku. *Mata ke atas* Awal tahun 2011 bermulalah sedikit crisis yang membuatkan perubahan sedikit di dalam hubungan kami. Ceaa. Ayat nak mantap saja. Nantilah aku cerita tentang 2011 pula. Penatlah nak taip.

Tunggggguuuu . . .

Bye.