Sunday, August 22, 2010

ketidak mampuan.

aku selalu tidak dapat menyiapkan projek aku dengan jaya,
aku selalu tak mampu beli apa yang aku nak.
aku selalu tidak dapat capai apa yang aku target.
aku selalu tidak cukup tidur.
aku selalu tidak mampu nak hasilkan sesuatu yang sepatutnya.
aku selalu gagal,jatuh dan kena pijak.
aku selalu terdesak.
aku selalu kalah.
aku selalu tidak dapat menyuarakan pendapat yang berlegar2 di kepala.
aku selalu diam.
aku selalu berfikir.
aku tidak peramah.
aku malu.
aku benci penipu.
aku pemalas.
aku seorang yang lemah.



Bye.

Saturday, August 21, 2010

dimana ada kemahuan di situ ada jalan raya.

kadang2 aku macam give up dengan keputusan aku sendiri.
aku keliru betul kah dengan pilihan aku ini.
atau aku salah langkah. pening.
kadang2 aku tidak dapat buat benda yang sepatutnya aku expert. DESIGN.
sedih. tension.
aish. berikan aku kekuatan ya ALLAH.

hari ni aku dapat free hotspot dari kolej melati.
untuk 2hari.
wahai encik internet please la.
aku ada kerja nak buat.



Bye.


Thursday, August 19, 2010

pengalaman

ok bercerita tentang shah alam.. ermmh tak banyak beza sebenarnya. cuma ia lagi besar dan padat. orangnya pun lebih kepada buat hal masing2. maksudnya jaga tepi kain sendirilah. tak peramah. oleh kerana uitm shah alam lebih besar dan luas maka aku selalu mengalami keadaan dimana aku terlupa jalan lurus yang sepatutnya aku amik. aku selalu terlencong ke tempat2 lain dan ini sangat memenatkan. hatta, aku juga mengalami sindrom allergic kepada matahari yang sangat terik di sini. memandangkan aku tiada kenderaan bus adalah pengangkutan utama aku. letih. sangat letih. memandangkan bus sekali naik seringgit aku buat keputusan naik bus sehari dua kali saja. sebab mahal tau kalau balik 10 kali. lagipun penat nak naik bukit fspu yang bertingkat2 tu. kalau pasal makan pula memang agak mahal. tapi yang best kolej aku sebelah dataran cendekia( akhirnya aku ingat nama tempat itu) ada bazaar dan cafe yang banyak plus ada bank. dan kadang2 kalau bertuah dapat jumpa artis. assignment aku memang berlambak. banyak buat slide show dan present. lepas tu datang berjemaah pula 2. sampai boleh termuntah lah. subjek design memang yang paling tough di abad ini. kata 10jam kredit hour. dan aku menang anugerah kredit hour terbanyak iaitu 25kredit hour untuk satu sem, yeaah!!



Bye.

Thursday, August 5, 2010

degree:tough!!

kalau org tnya aku apa pendapat aku tentang degree aku akan jawab, susah sangat dan mesti ada ciri2 tahan maki. tapi memang best lah.
haha


Bye.