Monday, November 30, 2009

funny cartoons.

























Last day as a trainee~


~ tiada lagi naik taxi pergi ke Taman Bukit Ampang.
~ no more working for 9-5.
~ no more allowance. :(
~ tiada lagi firm.
~ tiada officemate.
~ buat kerja sendiri.
~ no more Taman Kenchana.
~ no more lunch together.
~ makin susah nak hang-out bersama kawan.
~ tiada lagi Tesco Ampang, Pandan Indah stalls, LRT Cempaka.
~ back to usual.


Bye.

Monday, November 23, 2009

~Quotes~




Add Video

Bye.

Never say never~


Saya teringat sikit masa dahulu saya pernah ikut seorang kawan saya balik ke kampungnya di Kedah. Maklumlah saya pelajar yang belajar jauh dari rumah jadi musim cuti yang panjang saya tak ada tempat nak pergi. Selain Kedah, saya pernah ikut kawan saya balik ke Pahang, Kuala Lumpur dan Perlis. Jadi, banyaklah pengalaman saya berada di tempat orang. Orang kata, belajar mengikut arus. Itulah yang saya buat. Saya akui saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga saya yang sederhana kerana walau macamanapun kehidupan orang lain saya akan memilih kehidupan saya sendiri. Kadang-kadang saya bersedih melihat kehidupan kawan saya yang sangat sederhana dari segi tempat tinggal, makan dan pakai. Tapi saya sedaya upaya mengawal diri dan membiasakan diri dengan keadaan itu kerana saya tidak mahu menyinggung perasaan kawan saya. Memang saya kurang biasa dengan mandi air kolah, tidur dalam suasana bernyamuk, makan ikan sungai tapi saya tidak tunjukkan sedikitpun perasaan kekok kerana sejak dari awal lagi kawan saya sudah berpesan yang dia serba kekurangan tapi nampaknya apa yang dia cakap betul. Bayangkan rumah dia terletak jauh ke dalam kawasan kampung dan perlu meminta pertolongan pak ciknya yang mempunyai kereta kerana perlu masuk jauh ke dalam. Mungkin kerana kawan saya berasa malu, jadi dia membawa saya ke rumah mak ciknya yang terletak lebih dekat dengan pekan. Serius saya tak pernah kisah. Namun, ia membuatkan saya menghargai apa yang saya ada. Oleh kerana saya bersikap seperti biasa dengan keadaan itu, kawan saya sangat senang hati dan memuji saya kerana dia tahu saya dilahirkan dalam suasana bandar dan dia jangkakan saya akan banyak songeh. Tapi tiada sedikitpun keluhan keluar dari mulut saya melainkan saya ada mengatakan saya lebih rela mandi memakai baju kerana tidak pandai berkemban. Haha. Alhamdulillah, keluarga dia dapat menerima saya seadanya dan mereka sangat ramah. Tiada diskriminasi yang saya alami.

Kaya atau miskin bagi saya sama sahaja. Kita tetap perlu mencari sesuatu dan mencapai sesuatu. Yang penting hati kena bersih niat kena ikhlas.

Satu kisah benar yang akan saya ingat sampai bila-bila.

Semasa mak dan bapa saya berkahwin penghujung tahun 1987, mak saya baru berusia 20 tahun dan baru habis Maktab. Bapa saya berumur 27 tahun dan baru mula bekerja sebagai dejay. Saya lahir awal tahun 1989, semasa mak saya berumur 22 tahun. Jadi, waktu itu kehidupan dorang belum stabil sangat. Rumah pun kecil saja bak kata orang masa itu macam jari kelingking saja. Kata dorang la, saya pun tidak pasti sebab saya bayangkan kalau rumah sebesar itu macam mana kami nak masuk? Tapi saya tahu mak dan bapa saya gembira dan sayangkan saya.

Nak dijadikan cerita sewaktu saya berusia dalam 3 tahun ada satu peristiwa yang saya akan ingat dan pegang sampai bila-bila, iaitu pesanan mak saya kepada saya. Mak saya akan membeli barang di kedai runcit mungkin barang dapur atau keperluan harian, saya tak ingat. Tapi kadang-kadang mak saya akan bawa saya. Sebelum keluar rumah dia akan berpesan kepada saya, "Peeya, duit mak tak banyak tau. Jadi, jangan minta beli apa-apa ya. Jangan ikut macam budak-budak lain yang suka tunjuk-tunjuk barang yang dorang nak." Saya jawab, " Baik, mak."
Sesampai di kedai, saya terlihat satu benda yang saya sangat suka seingat saya sama ada mainan atau warna air yang dalam bentuk make-up tu. Saya lihat mak saya sambil pegang benda itu, dan saya pasti dia melihat saya juga. Tapi, saya letak semula barang itu dan cakap kat mak saya, " Mak, Peeya dapat pegangpun dah cukup. Tak payah la beli." Kemudian saya pegang tangan mak saya.

Terharu rasanya kerana mak saya berjaya mengajar saya erti sebenar kehidupan. Tak semua benda yang kita mahu kita boleh dapat tapi kalau kita mahu sesuatu, kita kena berusaha sampai dapat. Saya bersyukur kerana cara didikan mak saya, saya jadi manusia yang sebenar.

Bye.



Sunday, November 22, 2009

Ini adalah blog ke-2 saya!


Yang pertama terpaksa ditutup atas sebab kelambatan update. Haha. Benda yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan ni (menulis la maksudnya) memerlukan masa untuk dan idea untuk dibuat. Ramai orang jadikan blog sebagai tempat menceritakan peristiwa harian (sigh), ada yang sebagai wadah, ada juga tempat berkongsi minat dan pendapat. Walau apapun tujuannya, motif tetap sama untuk bacaan umum. Siapa yang rajin nak buat benda ni hari-hari, kalau bukan disebabkan ketagihan atau mungkin sejenis penyakit? Ingin mendapat perhatian umum, mencapab (mencari publisiti). Ada yang tak mengaku walaupun sebenarnya betul. Saya mengaku kadang-kadang obses dengan benda alah ni (semua jenis rangkaian social) tapi jujur saya masih boleh hidup tanpanya. Haha. Ini serius! Well, blog ni just for my interest iaitu menulis. Mungkin tak best mana atau tak gempak macam orang lain punya tapi yang pasti ia adalah tempat luahan idea yang membuak-buak. So, i'll try my best to always updated. But no promises. Mungkin kesian dengan blog yang lama sebab tidak terusik. Lagipun one of my friend da merayu-rayu ( such a drama queen la me ) suruh saya create one blog before. Tapi now baru ada masa. Jealous juga tengok blog dia up to date. Hehe. Okla, maybe that's enough untuk mukadimah. See you soon, i will. :)

~work like you don't need money, love like you've never been hurt, and dance like no one's watching~


To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed a grade

To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a premature baby

To realize the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper

To realize the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet

To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who missed the train

To realize the value of a ONE SECOND, ask a person who just avoided an accident

To realize the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal in the Olympics.

Bye.



LIVE your LIFE!








What's life?

Life is a challenge.... meet it.
Life is a gift.... accept it.
Life is an adventure.... dare it.
Life is a sorrow.... overcome it.
Life is a tragedy.... face it.
Life is a duty.... perform it.
Life is a game.... play it.
Life is a mystery.... unfold it.
Life is a song.... sing it.
Life is an opportunity.... take it.
Life is a journey.... complete it.
Life is a promise.... fulfill it.
Life is a beauty.... praise it.
Life is a struggle.... fight it.
Life is a goal.... achieve it.
Life is a puzzle.... solve it.
Life is a love.... LOVE IT!

MONEY, MONEY, MONEY

Money can buy house but not home

Money can buy bed but not sleep

Money can buy clock but not time

Money can buy book but not knowledge

Money can buy food but not appetite

Money can buy position but not respect

Money can buy blood but not life

Money can buy medicine but not health

Money can buy sex but not love

Money can buy insurance but not safety

You see, money is not everything..

Therefore, if you have too much, please give some to me :-)

Bye.

What makes you become a human being?


Merupakan ciptaan Tuhan yang menjadi khalifah di muka Bumi yang luas ini. Di tanggungjawabkan untuk mencari sesuatu, melakukan sesuatu, menjaga sesuatu di atas keredhaan-Nya. Biasa dan tiada yang istimewa. Melalui kehidupan yang sederhana seperti yang diajar sejak kecil. Perempuan yang berjiwa halus, mudah tersentuh dan menangis cuma disebabkan hal yang kecil. Suka memilih jalan sukar jika diberi dua pilihan ( THE ROAD HAVE NOT TAKEN ). Belajar dari kesilapan. Menganggap setiap yang berlaku bersebab. Bersangka baik kepada orang yang dikenali. Percaya pada first impression. Mempunyai andaian yang hampir tepat. Dalam hidup membawa banyak watak berdasarkan situasi. Kadang-kadang orang akan sangka kita bodoh tapi sebenarnya sengaja membawa watak itu untuk melihat true color seseorang. Mengikut arus. Suka pantai, benda yang berwarna ungu, bau hujan, bunga cala lilly. Suka tidur sepanjang hari. Pada zaman kanak-kanak sangat lasak, nakal, degil dan bersikap seperti budak lelaki. Berambut panjang tapi tak suka ikat. Pendiam tapi banyak berfikir. Suka membaca dan menulis. Tidak mengikut jejak langkah keluarga. Membuat sesuatu yang dirasakan betul dan tidak menyesal sekiranya silap. Mudah marah dan sejuk. Tidak akan marah dan membuat keputusan yang boleh menyebabkan penyesalan. Sentiasa menyelesaikan masalah berdasarkan apa yang ada. Susah menyatakan maaf dan kadang kala terlupa mengucapkan terima kasih. Masih berebut gula-gula dengan adik. Saving the best at the last. Tidak kisah apa anggapan orang lain yang penting niat. Sahabat sukar dicari. Dan,berbangga dilahirkan sebagai Nur Sufira Roszlan.

Bye.