Sunday, August 31, 2014

Buku Pink : IC Baby

Bagi bakal ibu, akan perlu untuk membuat buku kesihatan bayi. Ia macam catatan kesihatan bulanan lah. Aku pun tak terkecuali. Khamis tu aku lunch then aku tertelan tulang ikan keli so tulang tu menyangkut lah dekat tekak. Aku dah rasa tak selesa tapi aku biar je.

Esoknya aku rasa macam demam so aku cadang nak amik mc. Aku pun pergi klinik kesihatan. So dah alang-alang aku buat buku pink ni terus. Al maklumlah office aku susah nak cuti. Mula-mula dia akan tanya lah ada penyakit ke apa ke. Then dia akan brief sikit mengenai pregnancy. Lepas tu timbang berat. Dah siap timbang dia akan suruh kencing dan darah untuk check HIV dan Talesemia.

Dah settle dia akan scan sebab aku ni kan hari tu ada masalah sikit. So lepas dah scan tu aku nampak lah baby dia cakap saiz normal dengan minggu dia. Sebab aku dah 11 minggu 2 hari masa tu. Cuma perut aku je tak nampak lagi. Maybe hujung bulan ni nampak. Lepas tu doktor tu tengok lah tekak aku mana tulang ikannya. Tapi tak nampak so refer aku ke Hospital Serang.

Walaupun nampak lawak tersangkut tulang tapi bahaya sebab boleh kena cancer kalau biarkan. Aku dah lah penat kan tunggu sehari pulak kat kecemasan kat hospital tu. Suami aku terpaksa EL temankan. Then masuk je jumpa doktor, doktor tak dapat buat pulak. So dia refer aku pulak pergi ENT. Malangnya lepas masukkan macam-macam dalam mulut aku (camera, besi, etc.) tak nampak jugak tulang tu. Aku sampai kuar air mata nak muntah-muntah.

Last-last dapat ubat dan buat appointment lain. Doktor ingat perasaan aku je sebab dia ingat tulang tu dah kat dalam. Tak nampak kan. Dia ingat luka je ke aku rasa macam tulang tersangkut. Sebab aku cakap sakit dia pindah-pindah macam ada dua tempat. Memang betul pun dia sakit tak tetap sebab dia bukan melekat cuma sangkut je.

Aku dah rasa takut kalau sakit camne nak makan, camne nak bercuti ke Johor. Hurm. So malam tu aku macam paksa nak keluarkan. Nak jolok macam tak berani sebab loya aku berada di tahap yang tinggi. So aku pun batuk-batuk sampai rasa dia dah kat tekak. Then keluarkan kahak banyak kali, last-last aku dapat rasa tulang tu dah kat lidah. Aku berjaya keluarkan sendiri. Alhamdulillah. Panjang gak tulang tu patut lah sakit.


Bye.

Saturday, August 30, 2014

Baby Fair Meet Up.

Ni cerita Ahad minggu lalu aku ajak lah suami pergi tengok baby fair sebab dekat dengan rumah kan MIECC, The Mines je. So dengan terpaksa dia pun ikut, haha. Dia tak suka sebenarnya pergi tempat ramai orang. Tapi demi baby dia bersetuju.

So pagi tu cousin aku call. Dia cakap nak ajak jumpa sebab saja-saja. So dia tanya aku ada pergi mana-mana ke? Aku cakap nak pergi tengo baby fair dia pun nak ikut sebab dia pun bakal ada baby bulan 11 ni. So kami jumpa dekat The Mines pukul 12.

Aku tak ada beli apa pun sebenarnya. Saja nak usya list apa lagi yang perlu beli. Sebab laki aku cakap awal lagi. Lagipun aku rasa bulan depan kot baru nak start. Budget pun tak sedia lagi. So jalan-jalan saja. Cousin aku lah yang banyak membeli sebab pameran sekali dengan home punya kan.


Tu mak cik aku, Hiew Chong Lim kakak mak aku. Tu cousin aku Trace Jevayaraj, anak dia Declan suka senyum.

Ni aktiviti sambungan kat rumah aku sebab dah dorang dekat ajaklah datang rumah. Lagipun hujan lebat nak balik macam bahaya. 

Bye.

Thursday, August 28, 2014

New Ikea Catalogue

Aku dah usya online catalogue baru ni, tapi aku macam tak bekenan pulak. Banyak barang yang aku aim nak beli dah tak ada, and ada yang naik harga sampai RM 50. Memang ada yang turun harga tapi tak banyak. Why Ikea Why?
Website under renovation ke? Sikit je barang yang ada.

p/s : Tulang ikan menyangkut kat tekak. Sakit oi.

Wednesday, August 27, 2014

Novel Ketujuh dan Kelapan : Teduhan Kasih & Love You Mr. Arrogant

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. aku tetap ceraikan kau!" - Ryzal
sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazka talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpanan di anatara keikhlasan dan kenangan semalam. 
"Sebab kita ada Adam. kita nikah sebab Adam. apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. lagipun abang dah bosan hidup begini. hidup abang benar-benar kosong. tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini" - Ehsan
Aku benar-benar terperangkap. sedanfan lelaki yang aki cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan  masa lampaunya yang kotor. kelak akan bahagia untuk aku dan anakku? namun aku tahu hanya dengan Eshan saja kami menumpang teduh.


Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.


Bye.

Tuesday, August 26, 2014

List Barang Bayi yang Patut Dibeli.

Aku rasa aku dah boleh start tengok-tengok harga dan buat list untuk senarai barang bayi yang patut dibeli walaupun aku rancang nak beli sikit-sikit dan start bulan depan tapi rasanya dah boleh rancang dari sekarang.

Aku pun baru je pergi ekspo baby dekat MIECC baru-baru ni untuk tengok lebih dekat camne persiapan baby tu kan. Walaupun ekspo tu tak berapa besar tapi adalah input sikit-sikit yang aku dapat kan.

So mari kita senaraikan antara barang baby yang boleh start beli sebelum dia lahir.

1. Baju baby
Baju lengan pendek.
Baju lengan panjang.
Seluar pendek.
Seluar panjang.
Barut.
Bedung.
Sarung tangan.
Sarung kaki.
Topi.
Napkin.

2. Lampin
Lampin pakai buang atau kain.
Pelapik lampin.
Tisu basah.
Alas atau pelapik untuk menukar lampin.
Beg lampin.

3. Set mandian
Besen mandi.
Tuala mandi.
Tuala muka.
Cecair mandian.
Syampu.

4. Set penjagaan bayi
Losen bayi.
Minyak bayi.
Bedak bayi.
Sikat atau berus rambut.
Minyak telon.
Alat pemotong kuku.
Kapas muka.
Krim ruam lampin.
Termometer digital.

5. Tidur
Tilam.
Bantal kepala.
Bantal peluk.
Cadar.
Selimut.

6. Penyusuan
Pam payu dara (manual / bateri / elektrik).
Bekas penyimpanan susu ibu.
Beg pendingin.
Nursing cover.

Botol susu bebas BPA
Puting botol susu.
Berus botol.
Bekas untuk menyimpan susu formula.
Bekas menyimpan air panas.
Bekas menyimpan air kosong.
Alat steril botol susu.

Buat masa ni, ini yang agak priority barang-barang lain boleh dibeli bila bayi dah besar sikit. Nanti kita cerita untuk mama bayi punya barang pulak.

Bye.

Monday, August 25, 2014

Semuanya sihat-sihat belaka.

Sebenarnya post ni untuk Jumaat lepas #blackfriday kitorang nak pakai baju hitam semua dan dorang ni konon-konon nak pakai shawl sehari. Bukan setakat itu sahaja siap kumpul duit sorang RM 4 untuk masak dan bawak bekal. Yang bawak nasi satu periuk Melissa yang depan tu. Aku bawak sayur goreng kailan. Yang pakai baju bunga tu, Kama, dia bawak kari ayam meletup. Haha. So ni gambar diambil lepas semua kekenyangan makan bekal sendiri.

Nurul, Aku, Dayah, Nasuha, Kama, dan Mel.

p/s : esok ada jamuan raya lagi lah.

Bye.

Saturday, August 23, 2014

Masak lemak cili api ayam

Antara menu yang aku boleh masak dah lepas kahwin adalah masak lemak cili api ayam. Ni memang dah praktis banyak kali, ada yang jadi ada yang biasa saja. Aku pernah try rebung, ayam, sayur pucuk ubi dengan ikan patin. Ha hebat tak berlagak haha.


Bukan gambar sebenar.

Bahan-bahan :

Setengah ekor ayam (ikut berapa jumlah orang) dipotong kecil
Setengah kotak santan
Sebatang serai diketuk
Sesudu besar garam
3cm kunyit*
6 biji cili padi*
5 biji cili kering*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
*diblender
1 keping asam keping
Sesudu kecil gula

Cara-cara :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Apabila api panas masukkan bahan yang diblender tadi.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan ayam untuk hilangkan hanyir.
Masukkan serai dan asam keping tadi.
Gaul sekejap sehingga mendidih, baru masukkan santan tadi.
Kacau lagi sehingga ayam empuk, masukkan garam dan gula.
Siap untuk dimakan. Kalau nak sihat boleh tambah tomato atau sayur kacang nanti kuah akan jadi pekat dan cukuplah rasa masin, manis sikit dan masam. Nyum nyum.

Bye.

Friday, August 22, 2014

CITA - CITA

Dulu masa kecil - kecil seawal sekolah rendah dah start ditanya cita-cita bila besar nak jadi apa. Siap tulis dalam buku rekod pelajar yang sekali dengan markah periksa dan tinggi berat tu setiap tahun tu.

Aku tak berapa ingat aku cakap nak jadi apa tapi setiap tahun berubah. Yang aku ingat ada tiga pilihan tapi pilihan pertama aku taruk peramugari. Tapi masa tu aku dikutuk kawan-kawan sebab dorang cakap berdosa tunjuk rambut, pakai seksi nanti mati kalau kapal terhempas. Jahat sungguh mulut budak kecil dahulu.

Ada satu tahap aku rasa dah tak ada idea nak cakap apa kat cikgu pasal cita-cita, yelah setiap tahun tanya kan? Makanya aku jawablah nak jadi penyanyi. Confident kau suara sedap. Haha. Lepas tu menyesal bila tengok kat buku rekod tu. Adik aku lagi lah cita-cita nak jadi ustazah.

Lepas tu dah sekolah menengah dah matang sikit, nak jadi peguam. Masa tu stick lah jugak dengan cita-cita tu berapa tahun. Tapi bila naik tingkatan empat orang dah sibuk cerita pasal universiti semua. Aku masa tu duk usya borang UPU yang manual masa tu. So baca la requirement setiap cita-cita.

Aku tengok peguam macam sangat susah je nak kena score banyak subject. So masa tu macam tiba-tiba tertukar cita - cita nak jadi pereka dalaman. Aku mohon tu first choice kedua arkitek, ketiga landscape dan lain-lain. Masa tu dimomokkan dengan gaji besar tapi hakikatnya bila dah kerja. Hurm.

So aku pun dapat interview untuk first choice masa tu kena suruh lukis aku siap tanya interviewer cantik tak aku lukis. Haha, nasib dia jawab cantik. Masa tu dia tanya kalau dapat dekat Kelantan okay tak, aku diam. Haha. Jawab jugak tapi saya baca dekat dalam UPU pereka dalaman ada dekat Shah Alam dengan Perak je ada ke dekat Kelantan? Dan-dan dia cakap mungkin akan pindah ke Kelantan aku iyakan saja. 

Alhamdulillah aku dapat dan aku kerja sejajar dengan cita-cita aku. Walaupun kadang-kadang aku give up dengan kerja aku tapi nikan pilihan aku masa tu. Aku harap sangat kalau masa tu sebenarnya cita-cita aku lain. Haha. Untuk yang pramugari tu aku memang ada mohon 3 kali sekali manual 2 kali aku pergi untuk MAS dengan Malindo tapi reject dekat interview. Sebab aku cakap aku nak kahwin.

Kalau add math aku okay mungkin aku dah kerja dekat laut sekarang. Aku terpilih antara beberapa ribu orang shortlist interview untuk Jurutera Marine tapi add math ku sangat teruk walaupun matematik A. Harapan bersyukur lah nak dengan apa yang ada sekarang.

Tak ada maknanya pakai pensel computer sudah.

p/s : Semalam kami tidur hotel.

Bye.

Thursday, August 21, 2014

Enchanted Wardrobe


Just nak kabor kan den punya insta shop ni ha. Walaupun dah lama tak buka tak renew tak upgrade tapi den tak kisah. Kalau rajin add la ye. Nanti den rajin den update.

@enchantedwardrobe

p/s : Hari ni mood tak berapa okay sebab pagi-pagi dah kena marah sebab hal kecil. Aku pulak yang jadi bengang.

Bye.

Tuesday, August 19, 2014

Cara Mengetahui Jantina Baby.

Sebelum ni bila orang tanya aku apa alahan aku apa yang aku alami waktu pregnant ni ramai yang meramalkan aku akan dapat baby lelaki. Betul ke? So aku pun tanya encik google antara cara orang meramal jantina baby sebelum scan. Ini cuma sekadar perkongsian yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Kalau baby lelaki :-


Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.

Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.

Perut anda “rendah”.
Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Kulit anda menjadi kering.
Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
Anda tidur mengiring ke kiri.
Air kencing anda berwarna kuning cerah.
Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.




Kalau bayi perempuan :-

Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
Perut anda bulat.
Perut anda “tinggi”.
Muka anda tidak berseri-seri.
Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
Kulit anda lembut.
Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
Anda tidur mengiring ke kanan.
Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
Air kencing anda berwarna kuning samar.



Tapi aku pulak rasa perempuan sebab muka aku memang nampak sembab dan tak berseri. Aku baca ikut kajian 90% kalau berjerawat masa hamil adalah anak perempuan. Aku memang tumbuh jerawat teruk seminggu dua ni sebabnya aku pun tak tahu. Aku sampai cuci berus make up aku semua. Sebab sebelum pregnant dan kahwin aku jarang tumbuh jerawat kalau ada pun seketul setahun 2,3 kali je. Ni berlambak jerawat siap bersepah lagi kat muka, aku pun naik takut.

Lagi satu aku tak boleh makan daging terutamanya rendang. Aku akan mengalami pedih ulu hati yang teruk dan tak selesa sepanjang hari even makan daging seketul kecil je. Sob sob. Makan ayam dengan ikan jelah.

Aku kan selalu rasa mual loya-loya so aku tak berapa suka asam sangat kalau dulu yes suka, jadi bagi hilangkan perasaan itu aku suka manis-manis macam gula-gula ataupun kismis. Mulut akan rasa tawar pahit-pahit tak selesa so makan lah benda manis untuk hilangkan rasa tu. Tapi mangga mentah aku tak tolak kalau mangga tu ranggup-ranggup cicah sambal kicap. Hurm hurm terliur. Haha.


Monday, August 18, 2014

RAYA BELUM TAMAT.

Ini cerita semalam. Okay nak bagitau aku balik Perak mengejut Jumaat baru ni sebab Tok suami aku meninggal sakit tua. Aku terpaksa amik EL dan nak dijadikan cerita sakit pulak masa hari Sabtu tu siap berdarah hidung semua. Sedih. Kami sampai Beruas agak lewat sebab bertolak pagi jam 9, sampai dalam jam 12.

Tapi aku tak adalah nak amik gambar kat Perak tu sebabnya orang tengah berkabung apa kes kau nak bergambar. So ni cerita mengenai semalam yang aku pergi beraya ke rumah kawan sepejabat *baku lagi.

Muka tak boleh belah.

Ni antara office mate aku sekarang dan ex office mate. Lain-lain department sebenarnya. Ni kami beraya rumah Melissa, Puchong. Nasi ayam dia sedap.

p/s : aku macam boring nak kerja sini sebab HOD dia aku tak berapa kenan. Ke dia tak kenan aku sebenarnya.

Friday, August 15, 2014

Beraya ke rumah Nisa.

Ini rumah pertama yang aku kunjungi untuk berhari raya tahun ni. *ayat tak nak kalah baku dia. Rumah Nisa, Nilai. Nisa masak ayam penyet special, roti jala dan kuah lodeh. Kitorang datang agak lewat sebab suami aku ni kerja sabtu.

*muka dia penat kerja Sabtu, aku cuti Sabtu tu. 

Gambar makanan tidak diambil sebabnya dah sampai lambat dah lapar. Hehe. Aku tak makan banyak sebab selera tak berapa nak ada masa tu.

*Gambar bersama Nisa yang sudah keletihan menggoreng ayam penyet.

p/s : Minggu ni kurang productive sebab tak sihat. hukhukhuk.

Wednesday, August 13, 2014

Bila aku google nama aku.

Antara yang aku jumpa yang menarik :

1. Wedding kami.

2. Diploma.

3. Banyak gambar poyo dulu-dulu.

4. LUMOS.

Itu saja yang lain merepek.

Tuesday, August 12, 2014

Novel Kelima dan Keenam : Manisnya Cinta & Kampung Girl

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 

Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. 

Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya. 



Kisah bermula apabila Ashraf Khairi, 28 tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan 

Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun,

seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan

masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur 

strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat 

ibubapanya. Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan 

kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa 

tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin 

mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.



p/s : RIP Robin William.

Bye.

Monday, August 11, 2014

Raya keempat balik KL.

Ini namanya throwback. masa hari terakhir sebelum balik KL kitorang sempat pergi ke CP atau nama panjangnya Centre Point. Memandangkan aku dah minum YOYO waktu dekat Suria Sabah so aku makan ice cream Caramel Almondo saja. Sambil pergi membeli CD 3 rm10. Haha.


Lepas tu kemas-kemas barang menuju ke airport KKIA. Lepak minum di Old Town.



Tiba masanya untuk bertolak balik. Dan seperti dijangka Malindo Air lewat setengah jam. Si poyo minta diamik gambar tapi malu so dia buat-buat tak tengok camera. Dah lah paksa orang amik gambar dia. ;p


Bagaimana dengan hari raya anda?

Bye.


Sunday, August 10, 2014

Perkembangan Bayi Minggu 9-12

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.


Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.

Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Bye.

Saturday, August 9, 2014

Raya Ketiga Part 2.

Lepas dari Rumah Terbalik kami bertolak ke Papar untuk pulang ke kampung, tapi sebelum tu isi perut dulu dekat Seafood Restaurant.



Sebelum sampai kampung kami singgah lagi di air terjun. Dah lama aku tak pergi sini. Tapi celup-celup kaki je lah mampu nak mandi berkelah macam tak sempat.





Tulah cerita di raya ketiga. Balik Sabah bukan beraya sangat pun lebih kepada berjalan-jalan. Tahun depan suami cakap balik Perak. Kita tunggu.


p/s : godek-godek gambar kat ipad untuk buat cerita.

Bye.


Friday, August 8, 2014

Resepi : Sambal bilis petai

Bahan-bahan :

2 genggam (ikut kesesuaian) bilis kecil *kalau bilis besar sesuai untuk buat sambal bilis nasi lemak
Sepapan petai *dikopek kulit dan dibelah dua
4 sudu makan air asam
4 sudu cili boh giling
Sedikit belacan
1 sudu makan bawang putih dan merah yang diblender
Separuh bawang besar yang dihiris nipis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng bilis dan sambal

Cara-cara :

Mula-mula panaskan minyak kira-kira cukup untuk menggoreng bilis. Goreng sehingga garing.
Angkat bilis dan toskan, asingkan.
Boleh guna minyak baru or kalau nak rasa bilis tu guna balik minyak yang sama tapi jangan banyak. Agak-agak cukup untuk menumis sambal.
Panaskan kejap minyak, masukkan bawang putih dan merah yang diblender. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan bawang besar dan goreng.
Apabila naik bau, masukkan cili boh giling dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan belacan, kacau, masukkan air asam dan kacau sehingga mendidih.
Boleh masukkan petai tadi dan kacau sehingga bergaul dan masak.
Masukkan bilis goreng dan gaul dengan sambal itu sehingga sebati.
Bubuh garam dan gula secukup rasa, aku guna separuh sudu teh garam dan satu sudu teh gula sebabnya bilis dah masin. Gaul hingga sebati, siap.


Lebih kurang macam ni sambal kering tapi petai tu aku belah dua dan kopek makanya jadilah 4. :)

p/s : hari ni bawak bekal tomyam dengan sambal petai ni lah. Hee.

Bye.

Thursday, August 7, 2014

KENA BLOCKED.

Aku tak tahulah apa lagi peraturan baru ni but seems semua website macam dah kena blocked. Blogspot ni pun kena blocked tapi aku berjaya buka kejap. Cumanya tak dapat baca blog orangnye pun. Makin boring nak berkerja tak ada sumber hiburan, kalau takat FB dengan twitter dia blocked boleh lagi buka dekat HP. Hurmmm.

Tak ada mood.

p/s : Susahlah bergurau dengan orang sensitif. Lagi susah berkawan dengan mulut laser.

Bye.

Wednesday, August 6, 2014

RESEPI - KANGKONG GORENG BELACAN

Bahan-bahan :

Seikat kangkung
1/10 belacan ( bentuk pensel )*
Segenggam udang kering *
5 biji cili padi*
Minyak
Gula secukup rasa
Garam
Bawang putih dan merah yang telah dikisar

Bahan ditanda * ditumbuk kasar.

Cara-cara :-
1. Potong kangkung kepada beberapa bahagian. Belah dua batangnya.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam kuantiti sedikit.
3. Masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan tumis.
4. Masukkan bahan *.
5. Dah boleh masukkan sayur, tumis dan campur bersama bahan tadi.
6. Masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
7. Masakkan sehingga sayur menjadi layur dan siap untuk dimakan.

p/s : saja tulis sebab kawan aku minta resepi kot-kot dia minta lagi aku print saja yang ini.

Bukan gambar yang aku amik tapi lebih kurang macam ni la ye.

Bye.


Peralatan Rumah.

Bagi kami yang baru kahwin, adalah menjadi rutin mengikut perancangan untuk merancang perbelanjaan bulanan agar tidak menjadi papa kedana sebelum waktunya. Tapi bulan ni terpaksa dibuat pengecualian kerana merupakan pertama kalinya kami menyambut syawal bersama. Jadi perbelanjaan melambung naik dari start beli tiket flight lagi, diikuti dengan beli baju dan barang-barang raya lain.

Mengikut perancangan awal, satu barang elektik setiap bulan. Tapi aku baru start kerja lepas 5 bulan kahwin makanya tak dapat lah den tolong. So barang letrik pertama suami aku belikan iaitu rice cooker which is sebelum ni masak nasi guna gas. So lepas aku dah kerja ni aku rasa dah boleh start kumpul aset.

So mengikut perancangan macam ni :-

8% dari gaji : RM 150 simpan ASB
10% dari gaji : RM 200 beli barang keperluan sendiri (makeup, baju, tudung dll)
20% dari gaji : RM 400 (rahsia)
17% dari gaji : RM 300 untuk belanja ke pejabat.

Baki 55% ni lah yang digunakan untuk kecemasan, beli perabot IKEA, beli barang dekat DAISO, perhiasan dekat KAISON dan beli barang elektrik. Tu dari pihak akulah. Sebab sometimes kena membantu perbelanjaan dari segi dapur dan bil.

Memang itu tanggungjawab suami dan tak boleh manjakan suami sangat tapi kalau kita redha dan ikhlas membantu InsyaAllah pahala menanti. Tapi jangan beri lebih uols nanti suami naik lemak nanti dia lepas tangan pula. Jinak-jinak miaw orang kata. Hehe. Untuk bulan ni aku nak beli ini :-

Jug air tapi tak tahu antara dua, yang macam ni ke atau yang cenggini,

Kalau boleh nak harga berpatutan dan tahan lama aku rasa antara dua ni harga berpatutan lah. Yang atas tu RM 53, yang bawah RM 102 tak lari dari budget bulanan. Nak jenama Philips tapi apakan daya mahal sangat. Nanti kalau dah beli aku bincang barang lain pulak tahu. 

p/s : hari ni bawak bekal beramai-ramai.

Bye.