Friday, January 30, 2015

Shine Bright Like A Diamond

Malam ni ada annual dinner yang temanya Shine Bright Like A Diamond konon.




Nak pakai yang mana ye? Haha.

Aku rasa kalau ada kategori pakaian paling simple aku lah tu yang menang.

Eh doakan aku dapat hadiah apa-apa tau malam ni saguhati pun jadi lah kalau tak dapat grand prize.

p/s : Esok genap setahun.

p/s lagi : Untunglah dorang dapat bonus 2,3bulan. Gigit jari.

Bye.

Thursday, January 29, 2015

Basuhan Pertama.

Nampak tak kerajinan?

Aku rasa awal-awal ja ni rajin membasuh melipat cantik-cantik semua. Maklumlah baju baru.

Meh aku describe apa yang aku basuh untuk batch pertama.

1. Tuala mandi x 2helai
2. Lampin printed x 8helai
3. Tuala muka x 6helai
4. Baju lengan panjang / Pyjama (6month) x 3helai
5. Baju newborn lengan pendek / romper x 3helai
6. Baju pyjama newborn x 4helai
7. Baju jalan (3bulan) x 4 helai
8. Baju romper (6bulan) x 3helai
9. Topi x 5
10. Barut x2 jenis
11. Selimut hooded x 1
12. Clothes Diapers x 2
13. Toy Blankie x 1
14. Stokin x 3 pasang
15. Botties x 6pasang
16. Mittens x 7pasang
17. Swaddle x 1
18. Bibs x 5helai

 

Akan ada batch kedua memandangkan nurse dah suruh packing bag. Sebulan ni boleh lah tambah-tambah lagi.

Bye.

Wednesday, January 28, 2015

Perkembangan Bayi Minggu ke-33 hingga 36

Minggu 33

Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Bye.

Tuesday, January 27, 2015

Dapat hadiah lagi.

Aku dah nak beli benda ni masa dia baru start keluar dulu. Tapi waktu tu dihalang sebab laki aku tak bagi makan mc d. Sob sob.

So nak dijadikan cerita Ahad tu aku dengan family in law cari tempat makan dekat area Kampung Pandan. Kami makan dekat Satey Station dekat dengan Nasi lemak Saleha.

Sebelum pergi tu kami singgah isi minyak, adik ipar aku nak Mc Flurry pulak so dia turun pergi belilah. Sambil aku pesan tengok kereta sebab dia main lari je.

Laki aku duk isi minyak. Then dia tanya mana adik ipar aku, Aqeel, aku cakap dia beli ais krim dalam Mc D. So dia pergi teman.

Masuk je kereta cam sorok-sorok tangan belakang badan. Aku ingat dia belikan aku ais krim sebab aku tak pesan pun.

Rupanya dia beli ni :


Haha. Peminat Hello Kitty lah katakan. 

Thank you for the part 3 punya surprise. Haha. Bestnya kalau hari-hari hari jadi.

Bye.

Monday, January 26, 2015

Birthday Surprise from Beloved Husband.

Hari Sabtu 24.01.2015 genaplah aku 26 tahun. Macam tak sangka dah lebih 25tahun. Hahaha. Tapi memang aku target umur 26tahun nak ada baby. Ke situ pulak kan? Tapi, ada tapinya, aku kerja. So laki aku dah janji lepas kerja, lepas dia kerja nak bawak aku pergi Mid Valley nak makan-makan sikit.

Aku cakap okaylah kan. Tapi aku suggest tempat lain dia macam nak kat situ jugak. Aku ikutkan je lah dia kan nak belanja. Haha. Lepas tu dia tanya nak makan mana aku cakap macam nak makan dekat Delicious sebab dah lama ngidam pavlova. Tapi dia suggest nak makan Secret Recipe sebab dia nak grapertizer. Fine.

Lepas habis kerja pukul 1 aku tunggu lah dia kat bawah macam biasa. Pukul 2.30 baru dia sampai aku ni dah kepenatan dah tunggu. Then balik rumah dulu sebab dia nak siap-siap katanya. Dalam pukul 5.15 kitorang gerak pergi Mid Valley, dan disebabkan nasib baik dapat parking dengan cepat.

Mula-mula aku dah agak ini adalah surprise, tapi aku tak nak lah spoil mood laki aku yang dah prepare macam-macam kan. Masa on the way nak masuk mall tu dia tertinggal kat parking. Aku dah agak dah masa tu mustahil lah kad parking tertinggal sebab selama ni memang tak pernah miss bawak. Aku syak dia telefon someone ni. Haha.

Tak pe layan je dulu, then terus lah ke Secret Recipe masa nak masuk tu aku dah terkantoikan sebab aku nampak Tira kawan aku. Haha. Dorang tunduk lepas tu. Sampai je meja terus dorang nyanyi lagu happy birthday. Walaupun aku dah tekantoi tetaplah speechless.


Speechless sampai tak tangkap pun gambar kek ada lilin. Haha.


Happynya muka dia dapat kenakan aku.


Ni muka dalang-dalang disebalik surprise ini. Sebelum tu aku memang ada post kat group ni cakap nak keluar, Acha tanya nak kemana nak ikut katanya. Padahal dah kat situ. Haha.

Tapi ada kejutan part 2. Sebenarnya aku dah lama nak beg longchamp ni konon nak bagi hadiah kat diri sendiri selepas penat kerja dan mengandung. Tapi duit yang dikumpul asyik digunakan untuk benda lain yang lebih penting. Aku cadang nak beli online je dari kawan aku dekat UK tapi....


Haha aku dapat longchamp yang dibeli branch di The Garden. Patutlah beriya-iya ajak aku pergi The Garden nak cari barang konon lepas makan tu. Rupanya nak cari outlet Longchamp. Ni aku tak expect sebab aku tahu tahap kewangan kami kan. Maybe boleh beli tapi bukan dalam masa terdekat. Tapi alhamdulillah lah dapat dalam masa terdekat. Hehe.


Ini hadiah dari kawan-kawan. Banyak untuk baby untung baby.

Terima kasih kepada suamiku yang dicintai untuk semua surprise ini. Tak sangka ayang seorang yang romantik jugak. Haha. Geli-geli. I appreciate sangat semua yang you buat ni, pengorbanan you untuk buat isteri gembira. And I am happy to have you by my side. I love you. To my beloved friend thank you for being my bestfriend for 7 years. Love you too. Alhamdulillah.

Bye.

Friday, January 23, 2015

Review : OKBB Baby Product

Kali ni aku nak review jenama product barangan bayi yang aku rasa sesuai untuk mereka yang berbudget rendah macam aku. Selalunya bayi pertama ni banyak list dan perkara baru yang kita kena belajar dan tahu.

Aku baru beli barang bayi untuk batch ketiga aku rasa sebab aku start beli bila dah masuk 5 bulan. Sekarang dah nak masuk 8 bulan. Okay jenama yang aku cakapkan itu adalah OKBB . Aku kenal jenama ni pun dari Kid's Gallery yang ada dekat The Place depan office aku.

Tapi kawan aku yang berpengalaman ada anak kedua cakap jenama ni memang banyak dekat Tesco or Giant. Maklumlah tak tahu. Tapi harga dia memang affordable bagi ibu yang baru nak up macam aku. Hehe.

OKBB is one of the major players in Malaysia’s retail and production of baby products ranging from baby apparels to feeding accessories. With our strong manufacturing and retailing foundation, OKBB range covers all the needs of mother and baby from new born through weaning.

We are to ensure mother is able to confidently select the desired products for the different stages of her child’s development. We have more than 600 outlets across Malaysia.

Our product includes Baby Apparel(Basic, Basic Fashion and Fashion Wear), Baby Soft-line Accessories(ie Baby Sock, Mitten & Bootee, Binder, Hat, etc), Feeding Accessories (ie Bottle, Pacifier, Teat, etc), Napkin, Baby Wipes, Other baby necessities products (ie Rattle, Feeding set, Teether, etc), Baby Toiletries, and Gift set & Hampers.

Tuala baby
Tahap keperluan : Penting
Harga : RM 17.90
Special Price : RM 14.32 ( sebab pekerja MCT or B&G dapat 20% )

Teether
Tahap keperluan : Sederhana
Harga : RM 7.90
Special Price : RM 6.32

Hooded Blanket
Tahap keperluan : Penting
Harga : RM 23.90
Special Price : RM 19.12

OKBB bottle cleanser
Tahap keperluan : Sederhana
Harga : RM 10.90
Special price : Rm 7.10 ( bargain )

Botties & Mitten
Tahap keperluan : Penting
Harga : RM 4.90 (aku beli 2 set)
Special price : RM 3.92

Botties and mitten corak duck
Harga : RM 9.90
Special price : RM 7.92

Memang aku pergi dua kali section tu je nasib yang aku nak beli dalam list tak ada lagi kat situ. Tapi rasanya untuk orang awam pun ada sale tapi lebih kepada apparel not bad jugak harganya dibanding jenama lain.

Lepas banyak membaca ni aku baru tahu yang :

1. Ada cleanser special untuk bottle susu dan soother.
2. Ada serbuk pencuci special untuk baju dan napkin bayi.
3. Bottle susu boleh guna sehingga 6 bulan sahaja.
4. Puting bayi ada saiz ikut flow dan umur.
5. Ada pampers boleh cuci ( kena beli nappy liner dan inner ).
6. Baby carrier ada yang bahaya untuk tulang.
7. Stroller ikut usia bayi.
8. Ada bottle and food warmer untuk kemudahan memanaskan susu badan yang disimpan.
9. Ada mesin sterilizer untuk bottle dan puting.
10. Ada spray untuk sterile mainan dan katil baby.
11. Ada pencuci lantai khas untuk baby.
12. Jenama tropika ganti minyak telon.
13. Kena pakai breast pad. "-__-
14. Dan banyak lagi yang aku tak discover.

p/s : Dulu masa zaman aku baby tak ada pun benda ni semua aman je besar.

p/s kuasa dua : Esok aku tua.

Bye.

Thursday, January 22, 2015

Review : Little Korea at One City

Tengok gambar ni pun buat aku rasa nak makan lagi kat situ untuk kali ke sepuluh juta. Haha.
Sedapnya kimchi weyh, sayur bayam letak minyak bijan tu.
Dengan seaweed lagi. Nyum nyum.

Aku first time cuba set ni sebelum ni set yang nasi je.

Ramen with dumpling beef : RM 13.00
O cha : RM 1.00
Side dishes : Complimentary (Refillable)

Total : RM 15.40


Dulu time ada click yang peminat Korea selalu lah makan sini, sekarang kalau nak makan kena makan sorang-sorang. Sob sob.

Jangan lupa singgah kalau nak cuba.

Little Korea at A1 floor, One city, Skypark.

Bye

Wednesday, January 21, 2015

Review : SebaMed

Product Description :

Sebamed Feminine Intimate Wash Ph 3.8 is the perfect cleaning agent to support the acid mantle against pathogenic micro-organisms. It is 100% free of soap and the low 3.8 pH value supports the ecological balance of normal micro-flora for genital protection. Sebamed Feminine Intimate Wash provides you with all the necessary ingredients for a fresh and clean wash whilst leaving you with a beautiful scent.

Aku guna product ni sejak aku disahkan mengandung. Masa mula-mula mengandung aku asyik nak ke tandas dan rasa senak kat bawah perut. Lepas tu asyik rasa sakit bila nak kencing. Ingatkan kena jangkitan kuman ke apa kan.

So aku pun buat check-up then doktor bagi ni even kencing tak kotor pun. Tapi bila dah pakai memang berkesan dah tak ada rasa sakit bila nak kencing tu. Sebenarnya sakit tu proses awal sebab bayi baru terbentuk dan agak menekan dekat pundi kencing tu.

Lepas dah habis aku pun try balik pencuci yang berasaskan sirih tu tapi tak berkesan infact makin gatal pulak kat bahagian tu. So cari lah balik product ni. Dekat watson macam tak jumpa ni pun jumpa dekat Guardian tapi set besar gedabak.

Harga pasaran RM 27.90 aku dapat masa sale RM 23.90. Okaylah kan dapat free gift sebotol untuk travel.

Aku recommended product ni untuk sensitive skin masa mengandung. Seriously berkesan. Hee.

Bye.

Thursday, January 15, 2015

DATING DI SKYPARK, ONE CITY.

Isnin yang lepas suami aku dah janji nak tengok wayang. Sebabnya aku ada beli tiket wayang promotion 2 keping RM10 untuk tengok di Premium-X. Valid untuk bila-bila kecuali weekend sepanjang January.

Kalau tak harga ticket adalah RM14 seorang. So balik kerja aku turun tingkat 2 which mana terletaknya that cinema. Tengok ticket yang available dalam masa terdekat. Yes, cerita Night at The Museum jam 6.33pm.

Lepas tengok wayang tu, aku dah janji nak bawak laki aku naik SkyPark. Yelah dia merungut cakap tak pernah ajak dia naik. Ha ni nak bawak. Siap ajak aku beli monopod beberapa minit sebelum wayang start. Semangat.


Aku memang gayat. So adalah dipaksa untuk aku berpijak atas kaca ni. Aku pernah pergi pagi memang tak takut tapi kalau malam rasa macam nak jatuh. Aku cuma mampu berpijak dipalang besi.


Berjaya. Tapi tak nak bangun sebab nanti kena pandang bawah.


Laki aku ni dah biasa kerja site tinggi-tinggi, almaklumlah company dia supply glass. So dia siap baring-baring kot kat lantai tu. Jangan harap.


Kat atas ni ramai jugak orang yang bermadu asmara. Jangankan kat atas dalam lift pun ada. Huhu. So bagi yang belum pergi bolehlah pergi, gerenti datang sekali je.

Bye.

Wednesday, January 14, 2015

REVIEW : KAH HIONG NGIU CHAP

Demi menurut kemahuan isteri tercinta. Ayat laki aku.

Sebenarnya aku dah tahu lama yang Kah Hiong Ngiu Chap ada buka cawangan dekat sini tapi area mana tu tak pasti.

Memandangkan ada 2bulan terakhir sebelum delivered kena lah memuaskan nafsu sebelum kena berpantang makan.


Setelah waze tak jumpa dan gaduh-gaduh merajuk dalam kereta, akhirnya jumpa jugak restaurant ni. Landmark dia adalah Puteri Mart, Bandar Puteri Puchong. Kalau ikut alamat yang dia bagi memang tak jumpa.

Jangan risau dia adalah halal macam yang dekat KK punya. Ada logo halal dekat pintu masuk. Bagi orang Sabah dorang memang kenal sangat makanan dan nama restaurant ni.

Ah, macam di KK. Haha.

Ni antara menu yang ada beserta harga.


Untuk penggemar daging dan yang nak naikkan Hb tu boleh lah makan dekat sini. Main course dia memang daging lembu.

Jangan terkejut ada cili sabah okay. Semua import dari Sabah. Hehe.


Ni pulak senarai minuman.


Aku order Ngiu Chap Noodle Soup. Ada beef balls, beef slices, beef stew dan perut. RM 13.90.


Ha paling penting kena order ice lemon tea. Kalau kat Sabah kalau order ice lemon tea memang betul dapat teh o berserta hirisan lemon. Kalau kat sini order ice lemon tea tak dapat kordial dapat teh limau. Sedih.

Suami den tak minat makan sup-sup ni so aku jelah melantak sorang-sorang. Dengar-dengar dekat Puchong ni first branch kat Semenanjung yang kedua dekat Damansara.

Bagi yang ingin merasa boleh lah singgah ke :


No.11&13, Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri
47100 Puchong New Village, Selangor, Malaysia.
Operating Hours: Mon-Sun 09:00-21:00
Phone: 03-8066 9829

Bagi aku rasa dia lebih kurang tapi yang original kat Sabah lagi sedap. Sob sob. Bersyukur dengan apa yang ada. Jangan terkejut dengan harga yang jugak berbeza tau. Kalau mengidam tak apa lah or kalau nak mencuba. Hee.

Bye.

Tuesday, January 13, 2015

Cara Menggembirakan Hati.

Tajuk taknak kalah kan?

Memandangkan dua bulan terakhir ni aku agak stress memikirkan budget 2015 yang tenggelam timbul, makanya otak tak dapat berhenti berfikir pasal duit.

Siapa tak takut weyh, ada anak sendiri. Tipulah kan kalau tak seram, excited, risau, gembira dan perasaan lain bercampur baur.

Okay berhenti dulu cerita seram disiang hari ni, depan office aku ada satu shopping mall (ke?) The Place. Kat situ ada beberapa kedai nak buka.

Yang aku dah rasmikan ialah Kid's Gallery. Tempat tu untuk bakal ibu menghabiskan duit. Sempena pembukaan dia, dia bagi banyak discount dan 20% discount untuk pekerja B&G dan MCT.

Dah selamat dah beli booties dan mittens, tuala dan swaddle kat sana. Tapi main point post ni ialah Starbuck pun baru buka.

Dan bila dah buka adalah discount kan which is buy one free one. Ha. Mula-mula aku ingat semua beverages dan foods tapi cuma untuk dua jenis beverages je.


So aku pun ajak Dayah sebab dia dah cakap lama nak minum situ tapi sampai lah hari last discount baru berpeluang pergi.


Memandangkan aku bukan peminat coffee lebih kepada coklat maka aku bagi 3 bintang je lah. Haha.

Mana taknya balik tu memang aku nak muntah sebab aku memang tak boleh minum coffee or nescaffe or frapucinno ke apa ke yang bercampur dengan susu. Baby pun aktif semacam. So agak menyesal minum.

Bye.

Saturday, January 10, 2015

Review : Philips Avent Bottle

Meh nak bercerita tentang product baby yang kalau kita jalan-jalan dekat shopping complex ataupun kalau tengah check up kat klinik kesihatan, ramai baby akan pakai bottle ni. Philips Avent.

Kalau nak tahu kedai yang ada menjual product ni kalau yang selalu pergi is Jusco (known as AEON), Tesco dan Speedmart bawah rumah aku. Hehe. Speedmart 99 jual murah sikit puting dia.


Jujurnya aku tak tahu kenapa orang suka beli bottle ni. Sebab kebanyakkan review aku baca cakap bottle ni jenis yang Classic tu senang menumpahkan susu. Maybe sebab jenama kepuasan ke kalau pakai yang mahal-mahal. Ye dok.

Pregnancy and early parenthood is an exciting and challenging time, when it's good to know there is expert advice on hand to help take care of you and your baby. AVENT has been designing and manufacturing products since 1984 that are inspired by nature and have been developed through extensive research and clinical trials. Now, as part of the Philips Group, the new Philips AVENT will continue to produce innovative solutions that make feeding and caring for your baby easier.
Sleep and nutrition are vital to your baby’s health and happiness. Clinical studies show that the AVENT bottle is clinically proven to reduce fussing  and colic. Fussing is reduced especially at night.


Ha, dia tak menyebabkan baby kembung perut. Selain itu, design dia yang gemuk dan comel serta bentuk puting yang slightly macam ibu punya.


AVENT Feeding Bottle
Clinically proven to reduce colic
The AVENT Feeding Bottle uses the unique AVENT Teat, which promotes healthy, active feeding and works with baby’s natural feeding rhythm. The AVENT Teat makes it easier for baby to switch between breast and bottle and is clinically proven to reduce colic.

Shaped for stability and comfort, the bottle’s waisted shape is easier to hold and its wide-neck design makes filling easy. This ultra-hygienic bottle is easy to clean and assemble as there are no small parts.

Clear markings on the bottle ensure accurate measurement and make it easier to determine how much baby has been fed. The dome cap seals the AVENT Teat securely to ensure leakproof mixing and travel without the need for separate sealing disc.
FEATURES:
The Philips Avent bottles has naturally-shaped teats, combined with the fact that your baby controls milk flow more like breastfeeding, makes it easier to combine breast and bottle feeding.
As your baby feeds, the unique skirt on the AVENT nipple flexes to allow air into the bottle, preventing any vacuum build-up.

This allows your baby to suckle almost as at the breast. Listen for the gentle whistling sound and watch the air bubbles burst on the surface of the milk. That's your guarantee that the air is being released into the bottle not into your baby's tummy. 

The Philips AVENT bottle was shown to significantly reduce fussing by approximately 28 minutes a day as compared to the comparator bottle (46 min vs 74 min, p=0.05). This was especially true during night time
What is BPA?
Bisphenol A, also known as BPA is a chemical used to make certain types of plastics. It is thought that if consumed BPA can be harmful, especially throughout the early stages of development. It can interfere with healthy growth and body functions.Babies are particularly vulnerable to this damage.
What is AVENT'S Polypropylene (PP) Bottles?
PP bottles are BPA-free and are clinically proven to help prevent colic and reduce fussing at night. 
*Polypropylene (PP) is a more plyable material that has a milky hue. Philips AVENT bottles made of this material come with an additional adaptor ring (For Classic Series Bottles) and without additonal adaptor ring (For Natural Series Bottles) to ensure the unique skirt on the teat always fits the ring of the bottle, guaranteeing the anti-colic feature.
 Comparison
Aku pun ada beli 1 untuk percubaan. Bukan tak sayang anak tak nak bagi yang original tapi kena bagi dia dari bottle untuk kemudahan dia jugak. Kita tengoklah nanti mana yang sesuai dengan kehendak dia.
Bye.

Friday, January 9, 2015

7 Bulan

Ha takut ke tidak?
Dalam masa lagi 2 bulan baby akan menemui dunia.
Aku, masih tak fikir secara details apakah perubahan yang bakal berlaku dalam selang masa 2 bulan lepas ni.
Yang pasti aku belum kuat untuk tahu.
Haha. Poyo.
Sebenarnya aku risau dari segi kewangan.
Jika sebelum ni rasa panjang lagi masa tapi bila tengok calendar, "Eh lagi dua bulan".
Bermaksud lagi dua kali gaji yang mampu untuk beli barang.
Aku tak rasa company ni bermurah hati nak bayar gaji tanpa kerja.
Hurm.
Anyway, harapan untuk mendapat bonus bulan ni ada walaupun tipis dan samar-samar.
Bolehlah dari tak ada harapan langsung.
Selain tu dengarnya medical claim pun dapat bulan ni.
So kena pandai-pandai menyimpan untuk dua bulan tanpa gaji.
Aku kena bayar duit kutu. Wuwuwu.
Sekarang barang yang tak beli lagi adalah kategori yang besar dan mahal-mahal.
Contohnya :

Set bedding ( harga pasaran dalam RM60 ke atas )
Stroller ( paling cikai pun RM 200++ )
Car seat ( RM 150++ )
Set grooming Tommee Tippee ( RM 99.00 senang ada semua tak perlu fikir nak beli asing )
Bottle and food warmer ( RM70 kalau jenama tak terkenal )
Sterilizer ( RM 100 jenama tak terkenal jugak )
Set berpantang ( RM250++ ni kalau termasuk bengkung)
Breast pump ( RM 200 kalau yang jenama tak terkenal )

Hurm. Pening ni.
Setakat ni yang ada willing nak sponsor is my dad dan kawan ofis. Tapi tertakluk pada dua barang je lah.
Selebihnya?
Hurm. Stress mak.
Nanti kita sambung fikir petang ni nak beli Starbuck buy one free one.

Chocolate Cream Chip Frappuccino® Blended Beverage

Bye.

Thursday, January 8, 2015

Novel Ketujuhbelas dan Kelapanbelas : Suamiku Mr. Perfect 10 dan Cinta Pandang Kedua

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Cinta Pandang Kedua mengisahkan mengenai seorang gadis bernama Ainnur (Izara) yang sering menjadi mangsa ejekan dan diperlekehkan rakan-rakan di sekolah kerana fizikalnya yang gemuk sehinggakan Ainnur menjadi seorang yang pemarah dan bengis.  Walaupun sering dinasihati oleh ibunya, Puan Dalila (Maria Farida) supaya mengawal permakanan dan sikapnya, Ainnur sering tidak mengendahkannya.  Kehadiran Zairul (Dazrin Kamarudin), budak baru yang ditukarkan sekolah kerana mempunyai masalah disiplin di sekolah lamanya, akhirnya membuatkan kesabaran Ainnur tercabar apabila Zairul telah memalukannya di depan rakan-rakan sekelas mereka. 

Ainnur telah bersumpah pada suatu hari nanti, Zairul akan melutut dan merayu-rayu untuk berkahwin dengannya.  Adakah Zairul, jejaka playboy itu akan jatuh cinta pada gadis gemuk yang pernah dicercanya dahulu?

Bye.